Flanking: Jatuhnya Mahkota Tamin dan Naiknya Bendera Kipas Udang
Sehingga tahun 80-an, kicap buatan Melayu yang paling banyak terjual, yakni pilihan No. 1, di kedai-kedai kecil dan supermarket adalah kicap cap Ayam.
Kemudian kicap Tamin masuk pasaran, lalu senyap-senyap ia berjaya mencuri banyak pelanggan kicap Ayam, sehingga menjadikan Tamin jenama kicap No. 1, baik di kedai mahupun di supermarket.
Apabila pengasas kicap Tamin meninggal dunia, jenama No. 1 itu mengalami apa yang tidak terfikirkan oleh peminat-peminat Tamin. Anak lelaki dan anak perempuannya berpecah, dengan anak perempuannya memperkenalkan edisi Tamin Puteri, yakni Tamin baru, dengan botol wajah baru, menyaingi kicap Tamin resipi original.
Kicap Kipas Udang bermula dari Johor. Dengan senyap-senyap ia berjaya memenangi hati pengguna Johor. Berbelas tahun lamanya orang Johor suka membawa buah tangan kicap itu apabila datang menziarahi keluarga mereka di luar Johor.
Bertahun-tahun kicap Kipas Udang hanya dipasarkan melalui kedai-kedai kecil di Johor, makin hari makin banyak kedai-kedai kecil menjualnya. Tidak ada kempen promosi. Pasarannya berkembang kerana promosi mulut-ke-mulut oleh pelanggan yang puas hati.
Dari Johor, ia masuk Melaka, Negeri Sembilan, Pahang selatan, Selangor selatan, dan kemudian ia masuk kedai-kedai kecil di Lembah Kelang.
Sewaktu kicap Kipas Udang mula masuk kedai-kedai di Selangor dan Lembah Kelang, Tamin original sedang dilanda krisis besar disebabkan ia tepaksa bersaing dengan Tamin Puteri.
Pada saat itu Tamin Puteri menggunakan kempen promosi bagi menghebahkan kemasukannya ke dalam pasaran dengan memberi isyarat ia adalah pilihan yang lebih baik daripada Tamin original!
Tamin Puteri melancarkan kempen promosi yang menikam, bukan hanya dirinya sendiri, malah menikam Tamin original.
Peminat-peminat Tamin tidak mahukan 2 Tamin.
Lebih buruk lagi, kempen promosi Tamin Puteri itu mendedahkan maklumat berkenaan keluarga anak-anak Tamin yang tidak dapat diterima oleh sistem nilai orang Melayu.
Perpecahan anak-anak Tamin itu menyalahi nilai-nilai asas kekeluargaan orang Melayu. Ia mengejutkan sanubari orang Melayu dan menyebabkan peminat Tamin kecewa serta hilang rasa hormat terhadap brand Tamin.
Pada masa Tamin mengalami krisis imej itu, sewaktu orang Melayu kecewa dengan brand Tamin, sewaktu orang Melayu tercari-cari brand lain, Hablal yang sudah berjaya mengembangkan sayapnya ke Lembah Kelang, melancarkan kempen promosi di TV.
Sekarang kicap Kipas Udang adalah superbrand Malaysia.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam ceria Puan Sifu,
Semoga Allah menyenangkan urusan Puan dalam mendidik kami.
saya boleh bersabar jika menemani seorang buta melintas, tetapi debaran jantung saya tidak dapat menahan apabila diberitahu bahawa Sifu akan memdedahkan satu lagi rahsia…
Saya akan tetap menunggu walaupun bagi seribu tahun lagi
——-
Mohon maaf, di atas kesilapan memulakan ayat baru dengan huruf kecil.
Seribu Tahun Takkan Mungkin
Menghuraikan semua….
Saya bersetuju dengan Mr April, tetapi saya teringat kata-kata Iman Al Ghazali yang berkata “Jika kita tidak boleh buat semua, jangan kita tinggalkan semua.
Oleh itu menunggu sehingga sehingga seribu tahun bagi mendapat ilmu lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa.
Hanya Allah yang dapat menghuraikan semuanya.
Betul kata-kata Imam Ghazali itu.Terima kasih kerana berkongsi.
Sham,
Rasa-rasa Sifu marah ke tidak sebab entri tiada lagi tetapi sudah ada perbincangan?
Kata-kata Imam al-Ghazali dalam Bahasa Arab disebut begini,
“La Yudriku Kulluh Fala Yutriku Kulluh”.
Minta betulkan jika tersalah. Sekadar menambah sahaja.
En Saifuddin,
En Saifuddin kan yang ada kedai buku di Kemaman?
Aiyak!
Saudara April, saudara tersilap orang, saya tinggal di Kuala Lumpur. Bekerja di UM. Maaf.
En Saifuddin,
Maaf tersalah orang!!
Itu kaedah fikah. Bukan hanya kata-kata Imam Al-Ghazali.
Sekali Puan Sifu menulis fasal bisnes, terasa sangat laju kuliahnya. Saya yang tak sempat hadam satu-satu ilmu yang disampaikan. Perlu berlari dengan lebih pantas.
Kepada Mr April, saya rasa Puan Sifu gelihati melihat gelagat kita yang tidak sabar ingin menoreh pokok ilmu.
Kepada En Saifuddin, terima kasih kerana memberikan kata-kata Iman Al-Ghazali itu. Sedap kata-katanya itu.
Betul Sham,entri belum ada lagi tetapi sudah ada 12 pos di sini…Teruk betul kita kan..
Biasalah En. April, berbual ketika tunggu guru masuk kelas. hehehe
Memang biasalah berbual sebelum guru kelas tetapi lepas tu memang biasalah kita kena marah sebab bising kan..
Sebiji macam masa kita sekolah dulu ni.
Tapi Ketua Kelas la kena marah dulu sebab tidak menjaga kelas.Selamatlah kita kan.Hmm..siapa ketua?
Mari kita undi siapa yang layak menjadi ketua kelas. Sebelum itu, mana lagi pelajarnya ?
Kenangan lama di waktu sekolah dahulu kembali.
Sayalah Saifuddin yang ada kedai buku di Kemaman. Saya menulis dengan menggunakan nama penuh saya “Saifuddin Awang” untuk membezakan dengan Encik Saifuddin di Kuala Lumpur.
Sekian.
Sekali lagi, di mana-mana, “Family Feud” melenyapkan usaha. Tidak jauh bezanya dengan keluarga Badminton Negara. Kita hanya mengulang sejarah—berterusan.
kicap JALEN juga semakin popular kerana kualiti dan rasanye yg berjaya memikat warga malaysia
bagi keluarga saya pulak,
suami - masih suka lagi kicap cap Tamin(yang asal)
saya - kicap cap kipas udang
anak-anak - kicap Jalen (warna kuning)
hehehe, nak menyampok jugak.
Post a comment