Thursday, July 12, 2007

Flanking: Promosi Senyap-senyap

Strategi masuk pasaran senyap-senyap digunakan oleh Yeo's, Aminah Hassan dan RamLY. Selepas Yeo's membesar dan cukup kuat, ia memulakan kempen promosi di TV, billboard, akhbar dan radio, secara besar-besaran.

Sampai hari ini, meskipun sudah besar Aminah Hassan dan RamLY kekal dengan dasar promosi senyap-senyap, tidak menggunakan bajet kempen.

RamLY hanya mencetak poster berpelekat, itupun dijualnya dengan harga mahal pula kepada pengusaha-pengusaha gerai burger. Manakala orang lain 'buang' duit mencetak poster iklan supaya diedarkan percuma, RamLY 'buat' duit mencetak dan menjual posternya (dan kertas tisunya)!

Pada hari ini, amat sukar hendak mencari remaja Melayu yang tidak pernah memakan burger dan hotdog RamLY. RamLY satu orang menjual lebih banyak burger dibandingkan dengan McDonnald dan A&W bersatu.

Apabila saudara menjenguk ke dalam peti freezer supermarket, terdapat banyak jenama burger, tetapi kita dapat lihat stok RamLY diberi ruang paling banyak dalam peti itu.

Dalam supermarket, Aminah Hassan yang disusun sederet sebelah menyebelah dengan botol-botol Maggi dan Kimball, langsung tidak mengeluarkan duit bagi mencetak apa-apa kit promosi, mencetak poster pun tidak.

Ada gosip mengatakan Ajinomoto Malaysia cuba masuk pasaran sos dengan strategi membeli Aminah Hassan, tetapi proposal mereka ditolak oleh Amisan, nama syarikat pemilik brand Aminah Hassan.

Bagi pelajar-pelajar di fakulti bisnes, baik di dalam dan luar negara, kes kejayaan Yeo's, Aminah Hassan dan RamLY tidak dapat hendak mereka terangkan apalah nama teori dan strategi promosi yang digunakan oleh ketiga-tiga brand Malaysia itu.

Bagi memahami kejayaan 3 brand Malaysia itu, profesor-profesor bisnes di IPT kita perlu menuliskan-semula isi kandungan buku-buku teks yang diajarkan kepada pelajar-pelajar Malaysia. Jika tidak, kejayaan brand-brand Malaysia - terbaru brand Kayu - sampai bila-bila tidak akan masuk buku teks di IPT Malaysia. Profesor Amerika tidak akan menulis tentang Yeo's, Aminah Hassan, RamLY, dan Kayu.

Nota: Makcik Aminah Hassan dan Tuan Hj. Ramli Mokni tidak memiliki ijazah, justeru tidak dipaksa membaca buku-buku teks pengurusan bisnes karya profesor Amerika, ataupun buku tulisan pensyarah tempatan yang hanya menyalin isi kandungan buku-buku Amerika.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Bisnes & Bisnesman
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Flanking dan Promosi Senyap-senyap Brand "PTS Islamika" Previous entry: Kempen Promosi
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/12  at  08:03 AM

Salam ceria Puan Sifu,

Nampaknya amat bahaya jika tersalah membaca buku. Tidak semua buku bisnes membantu meningkatkan kemahiran kita dalam perniagaan.

Mungkin ini adalah salah satu sebab kita diajar supaya mengamalkan doa “Ya Allah, Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku ilmu yang berguna dan lindungi aku daripada ilmu yang tidak berguna” Amin.

Doa supaya dihindari daripada membaca buku-buku yang tidak memberi faedah. Rupa-rupanya ada buku bisnes yang bukan sahaja tidak berfaedah tetapi mengajak kita menghabiskan membuat promosi yang membazir.

Puan, adakah kita boleh membuat rumusan bahawa setiap buku yang tidak syariah compliant adalah buku yang tidak memberi faedah kepada manusia?

Pada suatu masa, ada seorang sahabat Nabi Muhammad datang berjumpa beliau dan bertanya, dia hendak membaca Injil supaya dia tahu apa yang ada dalam buku itu, apakah boleh. Nabi Muhammad tidak mengizinkannya.

Apakah sunnah ini boleh diperluaskan kepada buku-buku lain, ini kita perlu bermuzakarah. (Ustazah Palsu ada senarai cadangan sendiri!)
——-

Sab2  on  07/12  at  08:37 AM

Puan Sifu,
assalamu’alaikum.

Nampaknya Puan Sifu teramatlah teruja apabila menaburkan mutiara-mutiara ilmu berkaitan strategi bisnes. Tabik!

Walaupun tidak ramai yang berdiskusi, namun apa yang pasti kulian-kuliah tersebut padat dengan pendengarnya… tanda memberi perhatian dan konsentrasi yang tinggi ke atasnya (?)

Memang profesor-profesor daripada Amerika bijak lakukan pakejing konsepnya. Termasuklah ilmu-ilmu yang dicuri daripada Sarjana dan Ilmuan Islam. Hatta, kandungan Al-Quran tidak terkecuali. Kadangkala ilmu yang mudah sengaja disusah-susahkan!

Justeru itu, segala bentuk teori, konsep dan pendekatan yang disarankan mereka perlu juga bijak kita adaptasikan di dalam persekitaran bisnes, organisasi dan juga amalan kita.

Wahai Tuan Sab2,
Apabila penonton tidak bertepuk tangan, penghibur pun turun semangat hendak menyanyi terus!

embun  on  07/12  at  09:12 AM

Assalamualikum,

Pn. Ainon yang dihormati dan disayangi,

Walaupun saya hanya berniaga secara kecil-kecilan (saya menjual kerepek di pejabat), namun setiap apa yang puan tuliskan di sini amat bermakna dan menambah luas pengetahuan di minda saya.

Saya doakan agar puan punya kelapangan dan kesihatan untuk terus mencurah ilmu kepada kami yang setia melayari laman ini.

Naik balik semangat Sifu hendak terus menulis!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/12  at  09:29 AM

Puan sifu,

Entri saya hilang. Adakah ini tindakan makhluk Allah yang tidak suka saya memberi sokongan kepada diskusi majlis ilmu yang amat agung ini?

Semoga Embun memperolehi ilmu yang berguna daripada ilmu yang diperturunkan oleh Allah melalui Puan sifu kita ini.

Puan, mentee tengah menadah tangan mohon dicurahkan lagi ilmu itu. Menikmati curahan ilmu itu seolah tiada apa yang lebih baik melainkan daripada membongkar rahsia bisnes dari Al Quran.

xara  on  07/12  at  10:54 AM

Puan sifu,
Saya baru sahaja hendak berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Oleh yang demikian, duduk berdiam diri tanpa memberi komen. Banyak lagi yang belum difahami. Namun begitu, apabila puan sifu mulai hilang semangat berdiskusi berkenaan perniagaan ini, anak murid terpaksalah memunculkan diri.

Semoga usaha puan mencurahkan ilmu kepada kami ini diberkati Allah dan dimurahkan lagi rezeki.

fudzail  on  07/12  at  01:25 PM

Puan SifuPTS

Membaca entri ini teringat bekas bos di Dubai Media City, Saeed Muntafiq yang pernah ke Harvard dalam interviu disebut berkata,  a business leader who admits that everything he was told at business school, he “threw out of the window about five years ago”.

Sedutan dari http://www.arabianbusiness.com/index.php?option=com_content&view=article&id=14358

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/13  at  10:56 AM

Bersetuju sangat denga Puan Sifu.Para pensyarah kita perlu menulis buku-buku rujukan yang berkaitan dengan Malaysia juga.
Kalau tidak selamanya jugalah kita dibekalkan dengan ilmu-ilmu yang sesuai dengan Barat..

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: