Flanking: Taktik Menyusup Masuk Senyap-senyap ke Dalam Padang di mana Sudah Ada Budak Besar Menunggu
Kempen promosi adalah cara kita mewarwarkan kemasukan kita ke dalam padang supaya semua orang tahu kita wujud. Diharapkan apabila semua orang sudah tahu, maka orang akan menukar tabiat pembelian mereka, daripada membeli produk yang sedia ada kepada membeli produk baru kita.
Menyusup masuk diam-diam adalah taktik flanking Nabi Yaakub. Di manakah kelebihan cara begini?
Budak-budak besar menguasai pasaran, dan kuasa pasaran mereka umpama sesungut oktopus. Kuasa pengaruh mereka berada di mana-mana sepanjang mata rantai pengeluaran dan pemasaran produk.
Ambil kes hipotetikal ini. Katakanlah saudara hendak memasuki pasaran cola dengan memperkenalkan brand Rastom-Cola. Lalu saudara pun melancarkan kempen promosi Rastom-Cola.
Apabila CC2-Cola dan PC2-Cola mendapat tahu saudara hendak mengusik pasaran mereka, mereka berupaya melakukan pelbagai taktik bagi menyusahkan saudara.
(1) Saudara perlukan bahan cola.
CC2-Cola dan PC2-Cola mengusai pengeluaran bahan ekstrak cola dan mereka dapat mengancam pengeluar cola supaya jangan membekalkan ekstrak cola kepada syarikat saudara.
(2) Saudara perlukan agen pengimpot cola di pelabuhan.
CC2-Cola dan PC2-Cola mempunyai pengaruh di pintu pelabuhan. Mereka dapat mengancam agen pengimpot supaya jangan mengimpot cola untuk saudara.
(3) Saudara perlukan tin dan botol.
CC2-Cola dan PC2-Cola mempunyai pengaruh ke atas kilang pengeluar tin dan botol. Mereka dapat mengancam pengeluar tin dan botol supaya jangan membekalkan tin dan botol kepada saudara.
(4) Saudara perlukan pengedar besar bagi mengedarkan Rastom-Cola saudara ke seluruh negara.
CC2-Cola dan PC2-Cola mempunyai pengaruh ke atas jaringan pengedar. Mereka dapat mengancam pengedar mereka supaya jangan mengedarkan Rastom-Cola.
(5) Saudara mahu membekalkan Rastom-Cola ke rangkaian supermarket.
CC2-Cola dan PC2-Cola mempunyai pengaruh ke atas rangkaian supermarket. Mereka dapat mengancam rangkaian supermarket supaya jangan menjual Ratom-Cola.
(6) Saudara perlukan sokongan media bagi mengiklankan Rastom-Cola.
CC2-Cola dan PC2-Cola mempunyai pengaruh ke atas media. Mereka dapat mengancam media supaya jangan menyiarkan sebarang berita positif berkenaan Rastom-Cola saudara.
(7) CC2-Cola dan PC2-Cola mempunyai banyak wang (I).
Kalau mahu, mereka boleh "menawarkan" grant penyelidikan kepada makmal terkenal supaya "menjalankan" kajian ke atas Rastom-Cola dan mengeluarkan laporan saintifik yang digubah supaya memburuk-burukkan Rastom-Cola.
(8) CC2-Cola dan PC2-Cola mempunyai banyak wang (II).
Kalau mahu, mereka dapat menggunakan wang bagi mendapatkan "kerjasama" media supaya menyiarkan di muka hadapan hasil laporan kajian makmal yang mereka biayai penyelidikannya yang mengatakan Rastom-Cola tidak cukup tinggi kandungan colanya, oleh itu tidak berkhasiat.
Ada gosip kononnya seorang orang bawahan di sebuah stesen menceritakan bahawa bossnya pernah memberi hint kepadanya supaya jangan diundang lagi pengarang daripada rumah penerbitan Polan-Polan Sdn. Bhd. muncul sebagai tetamu dalam ruangannya.
Bagaimanakah kuasa pengaruh CC2-Cola dan PC2-Cola dapat menjadi begitu kuat? Jawapannya: Kuantiti, saudara. Kuantiti!
Dalam dunia bisnes: Angka adalah kuasa. Budak-budak besar memiliki angka-angka yang besar-besar belaka.
Kilang kecil Rastom-Cola hendak membeli botol daripada kilang botol? Berapa biji botol yang dia mahu beli setiap tahun?
CC2-Cola dan PC2-Cola mempunyai kontrak membeli berapa ratus juta botol setiap tahun?
Dengan angka-angka besar yang dimilikinya, CC2-Cola dan PC2-Cola dapat meletakkan muncung pistol kontrak pada kepala towkay kilang botol itu dan berkata, "Kalau kamu bekalkan botol kepada Rastom-Cola, kami tamatkan serta-merta kontrak pembekalan botol kamu kepada kami!"
Prisip Tukul: Tukul kecil sudah cukup bagi mengetuk paku kecil sampai terbenam. Kos mengetuk budak kecil sampai mati adalah amat murah. Jangan ditunggu sampai budak itu besar baru mahu diketuk.
Tiru strategi Yeo's, RamLY dan Aminah Hassan.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Sifu, kalau tidak salah saya, warwar itu salah penggunaannya. Sepengetahuan saya, warwar bermaksud ‘dahaga kerana memakan kacang’. Istilah yang lebih tepat (juga kalau tidak salah saya) adalah wara-wara. Boleh tolong koreksi seandainya saya tersilap..
——-
Kata Sifu;
(3) Saudara perlukan tin dan botol.
CC2-Cola dan PC2-Cola mempunyai pengaruh ke atas kilang pengeluar tin dan botol. Mereka dapat mengancam pengeluar tin dan botol supaya jangan membekalkan tin dan botol kepada saudara.
Puan,
Dalam kes seumpama ini saya telah melihat ranapnya bisnes seorang usahawan air mineral bumiputera yang tidak mendapat bekalan botol sedangkan permintaan untuk air keluaran syarikat itu telah meningkat.
Kata pengusaha itu dia macam minta sedekah menagih botol tambahan akibat peningkatan pesanan pelanggan ke atas air keluarannya itu. Teruknya apabila suatu ketika jadual kedatangan botol `telah dikucar kacirkan` oleh pembekal, dia mula kehilangan kepercayaan pelanggan.
Akibat bertekak dan ugut mengugut akhirnya botol tidak dibekalkan lagi. Bagaimanapun kes ini berlaku 10 tahun nan lalu.
Ini kes mata rantai industri Melayu yang putus. Rantai paling lemah pada 1 mata yang putus. Semua ada, tiba-tiba botol tidak ada, habis bisnes orang Melayu.
Post a comment