Thursday, November 25, 2010

Formula Bagaimana PTS Mengaplikasikan Sunnah Ghanimah bagi Mengagihkan Komisen kepada Semua Stafnya

Sejak awal penubuhunan PTS, selaras dengan dasar perniagaannya yang syariah-compliant, Lembaga Pengarah PTS telah menetapkan dasar bahawa komisen bulanan dibayar kepada SEMUA staf, daripada yang paling tinggi kepada yang paling rendah jawatannya.

Dalam pengurusan gaya Islami, ayat Quran yang bermaksud: "Kamu mendapat apa-apa yang kamu usahakan." menjadi dasar mengapa SEMUA staf PTS layak menerima komisen hasil daripada jualan buku-buku yang diterbitkannya, kerana setiap orang staf PTS menyumbang usaha kepada penghasilan dan jualan buku-buku itu.

Formula pembahagian kuantum komisen itu dicontohkan kepada formula yang digunakan oleh Nabi Muhammad apabila beliau membahagi-bahagikan harta rampasan perang, atau ghanimah. Pasukan tentera berkuda menerima porsi yang paling besar, diikuti oleh pasukan pemanah dan infantri, dan diikuti oleh kor sokongan (dalam tentera modern, kor perubatan, kor kejuruteraan, kor komunikasi dll.)

Puan Nur Hasnah Ibrahim (foto) adalah Pengurus Jabatan Kewangan PTS. Beliau menerangkan bagaimana komisen dikongsi oleh semua staf PTS.

Pada setiap setiap hujung bulan, jabatan kewangan PTS mengira jumlah hutang yang dapat dikutip daripada semua pengedar, agen dan kedai buku. Tugas mengutip hutang dijalankan oleh eksekutif-eksekutif kawalan kredit.

Daripada jumlah hutang yang yang berjaya dikutip itu, 4.5% diambil sebagai komisen yang akan diagih-agihkan kepada semua staf.

Berikut adalah formula yang digunakan:

(i) Daripada jumlah 4.5% itu, 50% diagih-agihkan sama rata di kalangan "tentera berkuda PTS". Mereka adalah para eksekutif jualan dan eksekutif kawalan kredit. Jadi, Tuan Pengurus jabatan sales menerima komisen sama banyak dengan salesman.

(ii) Jumlah 30% diagih-agihkan sama rata di kalangan "pasukan pemanah dan tentera berjalan kaki PTS". Mereka adalah staf di (a) jabatan editorial, (b) jabatan marketing dan (c) jabatan gudang dan logistik. Jadi, Tuan Pengurus Besar jabatan editorial menerima komisen sama banyak dengan drebar lori PTS.

(iii) Jumlah 20% diagih-agihkan sama rata di kalangan "kor sokongan PTS" yang terdiri daripada staf (a) jabatan pentadbiran dan sumber manusia, (b) jabatan kewangan dan (c) staf peringkat perkeranian di semua jabatan. Jadi, Tuan pengurus jabatan kewangan menerima komisen sama banyak dengan kerani kewangan.

Komisen staf dibayar pada setiap 15 haribulan. Dari satu sudut staf PTS menerima 'gaji' 2 kali sebulan.

Selain gaji, komisen, dan elaun, staf PTS juga layak menerima 2 jenis bonus:

(i) Bonus tahunan: Bonus ini dibayar setahun sekali, yakni bergantung kepada prestasi keuntungan syarikat. Bonus tahunan ini dibahagi-bahagikan kepada semua staf selaras dengan gaji bulanan mereka.

(ii) Bonus prestasi suku-tahunan: Bonus ini dibayar 4 kali setahun, yakni 3 bulan sekali. Bonus ini hanya dibayar apabila prestasi setiap unit mencapai KPInya.

NOTA: Bagi staf yang berkarya dan menerbitkan karya mereka di PTS, mereka juga layak menerima royalti serupa dengan penulis bukan staf PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Karya SN Dato A Samad Said akan Terbit dalam "Siri Apresiasi Remaja Sasterawan Negara" Previous entry: Iklan 3 USP PTS Menaikkan Jualan Komik-M

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.