Formula Kejayaan Siri ‘Dear Yayah’
Siri 'Dear Yayah' adalah siri novel remaja yang sangat laku dalam pasaran. Semenjak siri pertama terbit, tiap-tiap sirinya berkali-kali diulangcetak.
Yang terbaru, rangkaian kedai buku POPULAR membuat pesanan khas di bawah labelnya sendiri, sebanyak 5 ribu naskhah, di mana semua 5 novel siri ini diterbitkan sebagai satu buku edisi mewah dengan harga RM39.90 (Semenanjung).
POPULAR sanggup membayar tunai untuk semua 5 ribu nakskhah itu, dengan syarat edisi itu hanya dibekalkan kepada POPULAR sahaja.
Formula kejayaan siri Dear Yayah adalah:
(i) Ceritanya adalah berdasarkan kisah benar. (Ini prinsip dalam teknik Surah Yusuf.)
(ii) Dunia Yayah adalah dunia persekolahan di asrama, dunia remaja, dan dunia persahabatan.
(iii) Watak-watak dan isu-isu yang diceritakan adalah isu-isu yang dekat di hati remaja.
(iv) Di sebalik cerita-cerita itu adalah mesej tentang nilai pendidikan dan akhlak yang baik.
Kejayaan siri Dear Yayah membuktikan bahawa novel remaja yang ditulis dalam bentuk bersiri lebih mudah dipasarkan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum semua makhluk Allah. Semoga hari ini menjadi lebih baik dari semalam. Saya sudah cuba ‘intai’ kandungan Dear Yayah. InsyaAlah, menarik.
Hari ini, saya sudah melihat packaging edisi mewah Dear Yayah di salah satu rangkaian Popular di Ampang. Sungguh indah! Saya pun cukup teruja untuk memilikinya. Bukan untuk anak saya, tetapi untuk saya sendiri.
Cuma saya mahu tunggu tawaran diskaun dari pihak Popular dahulu, hihihihi…
Post a comment