Tuesday, September 26, 2006

Formula Survival Penerbit dan Penulis

Situasi ekonomi tidak pernah stabil lama. Pada tahun 2005 sektor peruncitan naik dengan memberangsangkan sekali. Orang ramai kuat membeli-belah. Para pekedai sibuk menguruskan transaksi yang aktif.

Tahun 2005 menyaksikan jualan buku-buku Melayu pun ikut naik dengan rancaknya. Tidak hairan royalti yang diterima oleh penulis-penulis PTS tahun (2006) ini melonjak!

Tetapi sejak 2006, menurut presiden Persatuan Peruncit Malaysia (Malaysia Retailers Association), sektor retailing jatuh. Malah beliau meramalkan tahun 2007 tidak menjanjikan situasi yang lebih baik daripada 2006.

Kedai-kedai buku elit melaporkan jualan 2006 jatuh 1 persen. Penerbit majalah pun melaporkan kejatuhan jualan. Perempuan yang lazimnya membeli 2 jenis majalah sebulan, hanya membeli 1 majalah sahaja.

Justeru, baik sebagai penerbit mahupun penulis, saudara perlukan formula yang membolehkan saudara survive apabila ekonomi lembap seperti sekarang.

Antara formula itu adalah:

1. Pelbagaikan tajuk dan topik buku saudara.


Sesetengah jenis buku hanya laku dalam zaman ekonomi bagus sahaja, dan tidak laku apabila orang ramai mengambil sikap berjimat-cermat. Contoh yang baik adalah buku kulit keras.

Justeru, jangan menulis buku-buku novel bertaraf sastera sahaja. Buku sastera adalah produk luxury. Kalau ada wang lebihan, baru dibeli. Dalam keadaan ekonomi lembap, buku sastera adalah antara jenis produk yang terpukul teruk.

Adakah saudara memiliki bakat sastera? Bakat sastera adalah bakat yang banyak gunanya. Banyak produk buku memerlukan penulis yang memiliki bakat sastera.

Gunakan bakat sastera saudara bagi menulis buku-buku cerita agama, sebab buku-buku cerita agama adalah evergreen, dan terbukti dalam zaman ekonomi merudum sekalipun, buku-buku cerita agama masih dibeli orang.

Jualan buku-buku cerita agama adalah 6 kali lebih besar daripada jualan buku-buku motivasi! Inilah strategi PTS menubuhkan PTS ISLAMIKA.

Buku-buku cerita agama yang banyak dalam pasaran sekarang ditulis oleh ustaz-ustaz yang tidak memiliki bakat sastera. Itulah sebabnya buku-buku itu tidak memiliki ciri-ciri keindahan pada gaya bahasa dan gaya penceritaannya.

Tulis juga buku-buku cerita bagi bacaan remaja dan kanak-kanak, sebab buku-buku kategori ini pun terbukti masih dapat dijual dalam ekonomi merudum.

Lupakan ego, banyak sasterawan mencemuh genre ini, dan yakin sasterawan besar tidak layak menjatuhkan martabatnya dengan menulis sastera kanak-kanak dan remaja. Tetapi buku-buku cerita kanak-kanak dan remaja adalah sektor yang besar dan ia sektor yang kebal pukulan ekonomi gawat.

Inilah strategi bisnes PTS di sebalik penubuhan PTS ONE yang khusus menerbitkan buku-buku kanak-kanak dan remaja. Lazimnya, walaupun ekonomi lembap, golongan yang makan gaji akan terus membelikan buku untuk bacaan anak-anak mereka.

2. Pelbagaikan braket harga buku-buku saudara.

Apabila ekonomi lembap, semua produk luxury terpukul teruk. Restoran-restoran mahal lengang, termasuk restoran Cina, tetapi restoran makanan segera dan restoran Mamak terus aktif. Butik-butik jenama mahal lengang, tetapi kedai kain dan lantai yang menjual pakaian di supermarket terus aktif.

Buku-buku kulit tebal terpukul paling teruk. Buku-buku yang berharga lebih RM20 juga terpukul, meskipun tidak sama teruknya. Tetapi buku-buku murah masih dibeli orang.

Justeru, jika buku-buku saudara sekarang semuanya dijual pada harga lebih RM20, saudara perlu menulis buku-buku yang dapat dijual pada harga lebih murah.

Inilah strategi bisnes PTS ISLAMICA yang mula memperkenalkan buku-buku agama yang dijual pada harga antara RM5 - RM10 sahaja.

Jadi, jangan hairan SifuPTS pun sudah mula menulis buku-buku agama pada harga RM5.00!

Dalam keadaan ekonomi lembap, semua orang terpukul. Ada orang terpukul sampai jatuh pengsan, lama baru dapat bangun semula. Ada orang terpukul, dia sakit, tetapi tidak jatuh, masih boleh melangkah terus. Mereka survive!

Sebagai penerbit dan penulis, saudara mesti mempunyai produk-produk life-line khusus buat survival pada masa gawat. Produk-produk ini amat istimewa sebab ia pedang mata dua, ke kanan makan, ke kiri pun makan. Buku-buku life-line saudara itu laku keras dalam zaman ekonomi rancak, dan ia laku sederhana dalam zaman gawat.

Kita istilahkan produk-produk itu produk "sambung-nyawa".

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Penerbitan Buku
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Karya Pelampung Keselamatan Previous entry: Penerbit Baru: Dilema Ikut ataupun Tidak Ikut
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/27  at  01:18 AM

Info itu amat tepat pada masanya. Terima kasih
——-

Ainon Mohd.  on  09/27  at  03:34 AM

Sdr Sham,

Bagi pekedai buku, strategi ini amat relevan. Apabila berdepan dengan zaman lembap, tambahkan jumlah judul2 harga patut dalam kedai saudara!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/27  at  04:51 AM

Selain itu buku-buku yang kena pada masa perlu di’highlight’kan. Akan datang musim cuti sekolah dan hujung tahun musim haji. Sekarang orang dah mula mencari buku ‘haji & umrah’

alang bidara  on  09/27  at  12:50 PM

Sifu, mungkinkah buku-buku travelogue termasuk di dalam kategori “sambung-nyawa”..??? Terima-kasih.

Ainon Mohd.  on  09/27  at  02:39 PM

Sdr Alang,

Buku travelogue seperti yang saudara sedang tulis adalah genre baru dalam bisnes buku Melayu, jadi kita belum tahu bagaimana ia berperanan dalam pasaran.

Kita tanya apa pendapat Tuan Ibnurabi! Beliau orang kedai, jadi beliau dapat beri kita maklumat.

Admin  on  09/27  at  08:48 PM

InsyaAllah PTS juga akan keluarkan satu buku Yang OK dan KO dalam Haji dan Umrah. Nanti akan sampai ke tangan saudara ibnurabi

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.