Wednesday, May 06, 2009

Fungsi Blurp Buku

 

Pembeli-pembeli buku dalam foto-foto ini sedang membaca apa yang tertulis pada kulit belakang novel-novel PTS pada Pesta Buku 2009 lalu.

Membaca blurp adalah tingkah laku penting dalam proses membuat pembelian buku. Blurp yang betul mendorong buku itu dibeli.

Itulah sebabnya, blurp mesti ditulis dengan betul dan baik disebabkan blurp memainkan peranan kritikal yang mendorong orang membeli ataupun tidak mahu membeli sesuatu buku itu.

Fungsi blurp menjadi tersangat penting bagi semua jenis karya kreatif, baik novel, antologi, mahupun buku puisi.

Bagi buku non-kreatif, orang boleh menyemak judul-judul bab bagi mengetahui isi kandungan buku itu.

Bagi buku kreatif, orang hanya dapat mengagak isi kandungannya dengan membaca blurp. Ini lebih-lebih lagi penting apabila buku kreatif itu di-shrink-wrap, yakni dibungkus palstik. 

Cover yang cantik tidak menjamin buku itu dibeli orang. Cover yang cantik mendorong orang berminat mengambil buku itu dari rak buku lalu membelek-belek apa isinya. Tetapi jika blurpnya tidak dikarang dengan baik, orang itu mungkin tidak jadi membelinya. 

 

 

Menulis blurp bukanlah kerja mudah. Ia mempunyai seninya sendiri.

Blurp adalah 'copy'. Mengarang blurp adalah copy-writing. Dalam syarikat periklanan, jawatan copy-writer adalah jawatan yang sangat dihargai dan oleh itu tinggi statusnya.

Pengarang yang mengarang bukunya belum tentu memiliki bakat menulis blurp.

Editor yang bertugas belum tentu memiliki bakat menulis blurp bagi buku yang diterbitkannya.

Di PTS, blurp sesetengah buku dihasilkan oleh bakat-bakat di luar PTS, dan mereka dibayar honorarium bagi setiap blurp yang ditulis dan diterima.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Guruku Tentu Betul Previous entry: Inilah Wajah Tn. Roslan - Eksekutif Marketing PTS yang Menjaga Media
Drimba  on  05/06  at  06:40 AM

Saya amat bahagia melihat pelajar UITM Jengka Pahang berjuang pertahankan syariah Islam di kampus mereka. Mudahan ramai anak bangsa seperti mereka di seluruh negara. Cubalah sahabat telitikan apa perjuangan murni mereka di sana mungkin kita boleh jadikan teladan. Allah Maha Besar.

Cukup kagum. Cubalah lawat:

http://razibanna.blogspot.com/2009/04/jom-bantah-srd-yang-baru.html

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: