Thursday, September 13, 2007

Gaduh-gaduh Pelukis Cover Buku: Menang 5 sen, Kalah 5 ringgit

Melukis cover buku tidak menghasilkan harta intelek kepada pelukis sebab, (i) cover dibayar sekali sahaja dan (ii) desain cover tidak evergreen, malah hayatnya sangat pendek.

Pelukis jangan terperanagkap dalam isu siapa yang mendapat kerja melukis desain cover buku sebab duitnya amat kecil, dan dibayar sekali sahaja. Kerja melukis cover buku ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Biar sebesar mana bakat seseorang pelukis, dia tidak dapat hidup selesa dengan mencari makan dengan melukis desain cover buku.

Fikirkan konten.

Cipta konten.

Lukis konten.

Konten adalah harta intelek.

Bandingkan antara bayaran untuk sekeping cover dengan potensi nilai royalti sebuah konten yang evergreen.

Ikut langkah Tuan Nuriazam yang sudah mula mencipta konten. Ikut langkah Tuan Alif, yang sudah lama mencipta konten. Tuan Faisal Nordin pun sudah mula mencipta kontennya sendiri.

Jadikan kerja melukis cover dan ilustrasi yang dibayar eceran itu sebagai sumber pendapatan sampingan sahaja.

Pelukis-pelukis animasi Malaysia yang terlibat dengan projek hebat studio-studio luar negara itu dibayar eceran. Ada kerja, ada duit. Tidak ada kerja, tidak ada duit.

Mekipun mereka menghasilkan lukisan yang berkualiti dunia, tetapi IPnya tetap milik studio-studio luar negara itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Royalti
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pengalaman Bekerja dengan Pelukis Cover Indonesia Previous entry: Tip Survival Penerbit: Banyakkan Ilustrator dan Artis Kulit Buku
Sab2  on  09/13  at  02:40 AM

Puan Sifu,
assalamu’alaikum.

Tabik! (3 kali, tanpa springggg!) dalam pengendalian topik “cover design” yang disemarakkan di petang permulaan puasa… tidak payah guna meriam buloh (mainan kanak-kanak awal 60an) untuk memeriahkan kedatangan Ramadhan al-Mubarak.

Semoga puasa kita kali ini akan mencetuskan amalan dan idea terbaik, insyaAllah.
——-

panaharjuna  on  09/13  at  03:17 AM

Gaduh?

Fable Fox  on  09/13  at  05:59 AM

Errr… Puan Ainon, konten konten juga, duit makan, duit makan juga.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.