Thursday, March 05, 2009

“Bangsa Melayu akan sentiasa kalah jikalau kita teruskan PPSMI”  -  Tan Sri Prof. Ismail Hussein

Kata Tan Sri Ismail Hussein, Ketua 1 Gapena: "Kita menolak dan menentang sejak dahulu, tetapi tidak mendapat perhatian. Jikalau ditanya pada saya, memang saya membantah, malah ramai cendekiawan Melayu termasuk yang popular seperti Profesor Emeritus Abdullah Hassan; Profesor Diraja Ungku Aziz, Datuk Profesor Dr Nik Safiah Karim dan ramai lagi profesor lain turut menolak pelaksanaannya.

Gapena mewakili pelbagai gabungan dan perwakilan. Gapena menulis surat kepada kerajaan supaya pandangan dan idea bijak pandai juga diambil kira. Kami terkilan kerana tidak pernah dipedulikan.

Kami melihat masyarakat Cina menggunakan kesatuan guru bagi mendapatkan maklum balas atau melalui MCA. Sebaliknya kerajaan langsung tidak mahu mendekati kami terutama dengan cendekiawan Melayu yang berfikir.

Pada saya, orang seperti Ungku Aziz adalah orang yang berfikir. Beliau tidak minta apa-apa pun. Beliau berkata, PPSMI ini tidak menguntungkan bangsa Melayu. Kami pun berfikiran sama seperti itu.

Bangsa Melayu akan sentiasa kalah jikalau kita teruskan PPSMI."

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mana Dia Penyokong PPSMI Previous entry: Hishamuddin Ingkar Arahan Pak Lah
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/07  at  06:52 PM

Salam Dr Ainon,

Ingin saya bertanya samada betulkah BM itu bahasa ibunda kita? Dalam Tanah Melayu ini kita ada Kelate, Ganu, Kome, Deme, Chowo, Banja, Aceh, Minang etc.
Secara amnya kita mampu mempalajari BM bila menjejakkan kaki ke sekolah rendah dan seterusnya ke menengah serta ada yang Allah berikan hingga ke menara gading dan ada yang dapat doctorate, alhamdulillah. Dan BM bukanlah bahasa ibu kita.

Allah jadikan kita dengan banyak peluang maka adakah sebab Perlembagaan mengkhususkan BM sebagai Bahasa Kebangsaan (bukan bahasa ibunda kita) maka kita menghadkan masa depan anak2 kita Melayu terutama yang mana lemah bukan sahaja dalam BM(kerana bukan bahasa ibunda) malah banyak lagi.

Ketekunan Korean, Japanese, Spaniards, Swedish etc sepatutnya yang patut kita pelajari bukan? ditambah dengan arah tuju cita2 yang fokus.

Cuba kita perhatikan semula peribahasa2 yang orang lama cerdik pandai kita adakan dengan niat memberikan tunjuk ajar supaya kita berubah kepada yang lebih baik seperti hangat2 tahi ayam, enau dalam belukar, ketam melayu etc.

Saya tidak pandai nak memberikan apa2 fakta tetapi apa yang saya tuliskan itu cuba2lah fikirkan baik2 insyaAllah.

Apa jua yang kita telah laksanakan kiranya ada kelemahan maka eloklah kita bantu baiki. Jika kita undur maka yang akan menerima padah adalah anak2 kita jua.

Salam, yang baik dari Allah dan yang bukan dari kelemahan saya sendiri.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: