Monday, November 19, 2007

Garis Panduan Cover Buku PTS

Kepada semua pelukis yang kini membekalkan lukisan bagi isi buku dan cover buku-buku PTS, berikut adalah garis panduan tentang imej-imej pada cover buku:

(1) Aurat

Tidak boleh menunjukkan mana-mana bahagian aurat perempuan. Istilah 'aurat' bermakna 'rahsia. Rambut, leher dan telinga perempuan adalah rahsia, oleh itu mesti ditutup.

(2) Bentuk tubuh badan perempuan

Bentuk badan perempuan adalah aurat. Pakaian perempuan tidak boleh ikut bentuk badannya. Contoh pakaian yang ikut bentuk badan perempuan adalah baju kebaya, T-Shirt dan seluar jeans. Pakaian perempuan mestilah dilukis longgar.

(3) Cara duduk dan cara berdiri perempuan

Tidak boleh menunjukkan perempuan yang duduk ataupun berdiri dengan cara yang "kurang manis" sebagai contoh kedua-dua kakinya tidak rapat.

(4) Pergaulan bebas

Tidak boleh menunjukkan sekumpulan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dalam satu frame, kerana ia menunjukkan mereka melakukan pergaulan bebas. Contohnya, lukisan sekumpulan remaja lelaki perempuan duduk dalam kereta sport tanpa bumbung.

(5) "Menggedik-gedik"

Tidak boleh menunjukkan wajah perempuan (walaupun bertudung) yang menggambarkan sifat "mengedik-gedik".

(6) Aurat lelaki

Tidak boleh menunjukkan aurat lelaki, baik lelaki itu Islam mahupun bukan Islam. 

(7) Lelaki Seksi

Tidak boleh menunjukkan lelaki memakai pakaian gaya seksi, sebagai contoh butang bajunya terbuka dan menunjukkan dadanya. 

(8) Keganasan

Tidak boleh menunjukkan simbol-simbol 'brutaliti', sebagai contoh pisau yang berlumuran darah ataupun tubuh yang berlumuran darah. 

Nota: Garis panduan ini dikeluarkan bagi memperbaiki lagi ciri-ciri syariah-compliance pada cover buku-buku PTS. Kita menerima teguran bahawa sesetenah cover buku PTS masih belum 100 syariah-compliance. Teguran-teguran itu sangat kita ambil berat.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Komik & Ilustrasi
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Foto Program Penulis PTS di MPH Previous entry: Komitmen PTS pada Keindahan Moral
mka  on  11/19  at  10:42 PM

Dewan Kosmik November pun menggunakan model bertudung. Juga ada diberikan “kredit” kepada model itu dan syarikatnya. Hehe…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/20  at  08:06 AM

Saya bertambah semangat untuk menulis lebih banyak buku.

Ini adalah peluang keemasan berguru dan berkerjasama dengan syarikat penerbitan yang benar-benar takut kepada hari pembalasan.

Saya komited 100% menyokong usaha PTS ini. Semoga isi kandungan buku juga menjadi 100% syariah compliant juga.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/22  at  12:44 AM

Segala puji bagi Allah, yang memilih PTS sebagai salah satu penerima hidayahNya.  Petunjuk Allah merupakan anugerah yang paling bernilai dalam hidup di dunia fana ini.  Petunjuk Allah yang disambut PTS membuatnya tegar menongkah arus penerbitan yang sekian banyak mementingkan keuntungan duniawi semata.  Sehingga mereka lupa bahawa Allah sentiasa melihat amal perbuatan mereka. Mereka terlalu asyik menghitung keuntungan ringgit sampai mereka terlupa Allah sentiasa menghitung tindakan-tindakan mereka.  Hanya dua kategori yang ada di akhirat: syurga dan neraka.  Tidak wujud istilah atas pagar.  Tidak syurga dan tidak neraka.  Tidak dapat tidak, syurga atau neraka.  PTS tentunya meyakini khasiat ayat 1000 dinar untuk dihadamkan dengan penghayatan.  Bukannya sekadar menjadi penghias dinding-dinding pejabat. 
Memetik ibarat Senator Mumtaz Nawi semasa berusrah dengannya di zaman sekolah, ” Hidayah umpama ‘sportlight’ di stadium.  Terserah kepada individu yang berada dalam stadium sama ada mahu menerima cahaya ‘sportlight’ itu, mahu berlindung dengan menggunakan payung dan sebagainya.  Begitu juga hidayah Allah.  Allah berikan kepada semua para hambaNya.  Terserah pada kita mahu menerimanya atau menolaknya.”  (Boleh juga kita ibaratkan dengan hidayah dengan cahaya mentari-p)
Allah sekali-kali tidak menzalimi hambaNya walau sebesar zarah.  Maha Suci Allah!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: