Thursday, August 28, 2008

Khutbah Jumaat PTS: Surah Yusuf dan Bahasa Budak

Faktor yang membedakan novel sastera daripada buku cerita budak-budak adalah gaya bahasanya. Bahasa percakapan kanak-kanak disebut dengan istilah 'infantile language' ataupun 'bahasa budak'.

Dalam dunia sebenar, orang dewasa yang normal perkembangan psikologinya tidak bercakap menggunakan bahasa budak. Jadi, kalau ada orang dewasa yang bercakap menggunakan bahasa budak, perkembangan mental dan psikologi orang itu dikatakan tidak normal.

Penggunaan bahasa budak dalam karya sastera mencipta kesan negatif ke atas mutu susastera sesuatu karya. Apabila dialog watak-watak budak dituliskan menggunakan bahasa budak, automatis karya itu menjadi buku cerita budak-budak, bukan novel yang bertaraf karya sastera.

Di kalangan artis-artis Melayu, penggunaan infantile language adalah amat meluas. Ada artis-artis perempuan yang sudah mempunyai anak remaja, usianya sudah hampir 50 tahun tetapi masih bercakap di depan kamera TV menggunakan infantile language.

Apabila individu-individu dewasa bercakap menggunakan infantile language tingkah laku itu menyebabkan diri mereka dilihat dan didengar sebagai individu yang tidak matang dan tidak berupaya bercakap sebagai seorang yang berdaya intelek tinggi.

Dalam surah Yusuf, semasa Nabi Yusuf masih kecil, setiap dialog antara Nabi Yusuf dengan ayahnya, Nabi Yaakub, dituliskan menggunakan bahasa Arab yang amat tinggi dan indah. Ertinya, Quran memberikan prinsip penulisan yang betul bagi menghasilkan karya yang bermutu sastera, yakni bagi semua dialog, tanpa ada sebarang kekecualian, hendaklah dituliskan menggunakan Bahasa Tinggi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Tatabahasa & Ejaan
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Dato' Baha Zain Menulis: Ekologi Bahasa Previous entry: Tahniah!

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.