Gaya Bahasa Trainer bagi Pakej yang Disampaikan dalam Bahasa Melayu
Gaya bahasa yang digunakan oleh trainer sepanjang tempoh sesi training adalah salah satu aspek yang meningkatkan keyakinan peserta bahawa trainer seorang yang profesional. Dari satu segi, trainer perlu bercakap menggunakan apa yang lazimnya diusebut sebagai 'gaya bahasa buku'.
Ciri-ciri bahasa yang meningkatkan kredibiliti trainer adalah:
1. Sebutan fonetik Bahasa Melayu yang betul. Maksudnya, setiap huruf dibunyikan dengan jelas.
Contoh:
kuala lumpo (SALAH)
kuala lumpur (BETUL)
besa (SALAH)
besar (BETUL)
mahuke (SALAH)
mahukah (BETUL)
2. Semua perkataan diucapkan dengan lengkap.
dah (SALAH)
sudah (BETUL)
tak (SALAH)
tidak (BETUL)
3. Semua penambahan digunakan dengan betul.
Contoh:
dia dapat (SALAH)
dia mendapat (BETUL)
dia jadi (SALAH)
dia menjadi (BETUL)
4. Menggunakan perbendaharaan kata standard.
Contoh:
"Saya ingat belum pukul 9 pagi." (SALAH)
"Saya sangka belum pukul 9 pagi." (BETUL)
"Lepas minum, masuk dewan balik." (SALAH)
"Sesudah minum, masuk dewan semula." (BETUL)
5. Semua ayat adalah ayat lengkap, tidak menggunakan ayat-ayat tergantung, ataupun ayat patah-patah.
Contoh:
"Nak rehat 5 minit sekarang?" (SALAH - ayat tergantung sebab tiada subjek)
"Tuan-tuan dan puan-puan mahu berehat 5 minit sekarang?" (BETUL)
NOTA: Sentiasa bercakap kepada peserta kursus dengan menggunakan gaya Bahasa Tinggi meskipun semasa duduk di meja makan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Terima kasih Puan atas nota trainer tentang sebutan dan bahasa. Ianya amat membantu saya.
Salam. Tahniah atas usaha yang berterusan terhadap penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul.
Rasa saya, ayat “Sesudah minum, masuk dewan semula.” masih belum betul. Yang betulnya, ialah penggunaan kata “sesudah” dan “semula” sebagai ganti “lepas” dan"balik”.
Ayat yang betul ialah: “Sesudah minum, saya masuk ke dewan semula.” Dengan adanya “Saya”, barulah ada subjek dan ayat itu tidak tergantung.
Seterusnya, sesudah kata kerja “masuk”, perlu ada kata sendi “ke”. Kalau bentuk “masuk dewan” itu betul, maka betullah juga bentuk “pergi kedai” (seharusnya “pergi ke kedai”), “pergi pejabat” (seharusnya “pergi ke pejabat”, dan sebagainya.
Saya berpandangan, jika hendak menunjukkan sesuatu yang betul, tunjukkanlah yang betul sepenuhnya, bukan separuh-separuh.
Terima kasih.
Post a comment