Sunday, December 05, 2010

Gaya Hidup Sasterawan Melayu Semakin Bergaya

Pada saat entri ini ditulis, penulis PTS, Tn. Zaid Akhtar sedang melancong ke Eropah pada musim sejuk (foto). Antara negara-negara yang dilawatinya adalah Jerman, Austria, Belgium, Belanda, Perancis dan United Kingdom.

Beliau menggunakan wang royaltinya bagi membiayai pelancongannya itu, yang akan digunakan sebagai input dalam karyanya yang akan datang.

Karya beliau "Salju Sakinah" yang diterbitkan oleh PTS sudah 4 tahun berada dalam pasaran, dan sehingga hari ini masih terus menerima permintaan yang baik, dan masih diulangcetak. Novel itu juga sudah diterbitkan di Jakarta sebagai versi Bahasa Indonesia. Justeru, novel itu menghasilkan royalti yang banyak bagi membolehkan beliau menikmati gaya hidup yang selesa.

Dalam dunia sastera hari ini, aktiviti mengembara ke negara-negara lain sudah menjadi keperluan bagi menghasilkan karya yang lebih bermutu dan lebih memenuhi keperluan pasaran. Dalam Salju Sakinah, Zaid Akhtar menggunakan latar belakang luar negara.

Banyak pembaca buku-buku Melayu terdiri daripada individu yang pernah pergi melawat negara-negara luar. Banyak yang pernah tinggal lama di sana. Mereka mahukan bahan-bahan bacaan yang mewakili dunia yang luas, bukan hanya mewakili dunia lokal yang kecil.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Strategi Mengkomersialkan Sastera: Mencipta Excitement Terhadap Sasterawan dan Karya Sastera Melayu Previous entry: Rumah PENA = Rumah Ratapan Sasterawan Muda Melayu

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.