Friday, January 23, 2009

Mari Ikut GMP Berhimpun di Depan Parlimen!

Salah satu kesetujuan yang dicapai dalam mesyuarat badan penganjur Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) pada Isnin 20 Februari lalu adalah menghimpunkan orang ramai bagi mengiringi wakil-wakil GMP menyampaikan memorandum menentang PPSMI kepada semua ahli parlimen yang bersidang waktu itu.

Tarikh sudah dipilih, manakala jumlah pengiring yang dirancangkan adalah sekitar 4 ataupun 5 ribu orang.

Penggal ke-2 sidang parlimen mula bersidang pada 16 Februari 2009. 

Pada hari pertama parlimen bersidang itu nanti, YB Abdul Wahid Endut akan mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen dan dijangka banyak wartawan akan berada di parlimen. 

Kehadiran wartawan yang banyak itu amat bagus bagi tujuan mendapatkan liputan. Tetapi, penyerahan memorandum itu tidak akan dilakukan pada hari pertama parlimen bersidang disebabkan pada hari itu akan berlangsung majlis perasmian oleh DYMM YDP Agong.

Pada hari itu akan ada banyak sekatan dan langkah keselamatan yang tidak membolehkan orang ramai memasuki kawasan parlimen.

Bagi tuan-tuan yang mahu turut serta mengiringi penyerahan memorandum itu, ikuti blog ini dari masa ke masa bagi mendapatkan maklumat tentang tarikh dan tempat berkumpul.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Orang Patut-patut Melayu Previous entry: Akibat PPSMI Calon UMNO Gagal Mendapatkan Undi Kakitangan Kerajaan
aqil fithri  on  01/22  at  01:06 PM

salaam,

saya tengok pemimpin pembangkang maseh belum serius lagi dengan isu ini. sepatutnya sekarang sudah ada kenyataan pembesar2 mereka utk hadhir dalam sebarang perhimpunan bantah ppsmi.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: