GMP di Parlimen: YB Bung Mukhtar Kurang Ajar

Blogger terkenal, Tuan MSO, yang berada di parlimen pagi tadi, menulis laporan yang bagus di sini.
Orang yang mula-mula menyerang Bung Mukhtar adalah saya. Selepas saya selesai memarahi beliau, dengan disaksikan oleh beberapa orang yang ada di sekitar tempat itu, saya cepat-cepat pergi sebab saya tidak mahu memberi dia peluang menjawab serangan saya.
Selepas itu, mulalah orang-orang lain datang mengerumuni YB Kinabatangan itu, lalu turut ikut menyerang beliau. Saya hanya memerhatikan dari jauh (dengan hati yang masih geram).
Baca laporan peristiwa serangan verbal itu di Malaysiakini di sini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam Puan SifuPTS
YB Kebinatangan itu memang anasir yang tidak perlu dilayan…bahasa menunjukkan bangsa…bahasa dia menunjukkan siapa dia sebagai seorang manusia.
Ada rahmatnya dia bersikap demikian, sekurangnya kita tahu dia adalah anasir angkuh yang tidak mempunyai budi bahasa.
Post a comment