Monday, March 27, 2006

Godam

Dalam pesta buku semalam, saya duduk di meja pelanggan gerai PTS dengan Puan Nursalamah Abdullah, setiausaha Koperasi Buku Malaysia.Datang seorang budiman, lalu duduk.

"Saya mencari buku untuk menambah pengetahuan saya tentang bahasa Melayu," katanya sambil menunjuk ke arah rak kamus-kamus PTS.

"Tesaurus Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan itu tidak bagus!" kata budiman itu.

"Apa yang tidak bagus?" tanya Puan Nursalamah.

"Perkataan 'godam' tidak ada di dalamnya," jawab budiman itu.

Saya mengeluarkan buku nota dan mencatatkan rungutan budiman itu. Dia memerhatikan saya menulis.

"Encik hendak tahu? Inilah Puan Ainon Mohd.," kata Puan Norsalamah sambil ketawa.

"Yakah?"

"Ya," kata Puan Nursalamah.

"Kalau macam ini, saya beli tesaurus itu. Minta Puan Ainon tandatangani, boleh?"

"Boleh! Terima kasih."

Lelaki budiman itu pun segera bangun lalu mengambil tesaurus saya dan saya pun menurunkan autograf saya pada buku yang tidak bagus itu!

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Motivasi Penulis
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Keluhan Tn. Hj. Pakeer Previous entry: 4 Novel RM10 pun Tidak Susut
tujuh86  on  03/28  at  09:37 AM

Mana yang lebih bagus? Orang yang kata buku itu bagus tapi tak beli, ataupun mereka yang kutuk tapi beli (dan minta tandatangan pula!)

smile
——-

Sitie  on  03/28  at  03:09 PM

Kita maklum ramai yang kenal Pn Ainon pada nama sahaja sedangkan kalau berselisih bahu pun mungkin tak tahu… jgn marah Pn ye… Dan saya rasa orang yang baca blog Pn Ainon hari-hari pun masih ada yang tak kenal… betul ke? Maafkan saya jika saya salah.

Saya kenal Pn Ainon pun setelah saya kenal PTS…. Kesimpulannya… Pn kita yang satu ni kenalah ‘tonjolkan’ diri lebih sikit, boleh ke?

Panaharjuna  on  03/29  at  12:51 AM

pendapat saya, dua-dua bagus.

pakhafiz  on  04/02  at  12:27 PM

yang penting kejujuran.
memberi komen kena jujur.
yg membeli juga perlu jujur.

yg tak bagus…yg fotokopi/cetak rompak buku tu!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: