Tuesday, May 20, 2008

Gosip Tentang Pusat Zakat Selangor

Hari ini Sifu makan tengah hari dengan beberapa penulis buku motivasi PTS. Salah seorang daripada mereka bercerita tentang gosip-gosip amalan rasuah yang dilakukan oleh pegawai-pegawai di pusat zakat itu sebelum pilihanraya ke-12 yang lalu. 

Menurut gosip-gosip itu, pegawai-pegawai yang menjaga program motivasi di PPZ itu tanpa silu-silu meminta bahagian mereka daripada yuran yang dibayarkan kepada pembekal modul motivasi. Ada yang meminta sampai 40% - 50% daripada yuran itu.

Akibat daripada amalan itu, mereka yang sanggup memenuhi kehendak pegawai-pegawai tersebut adalah 'budak-budak mentah' dalam bisnes motivasi, yakni mereka yang tidak berpengalaman, justeru susah mendapat pelanggan.

Memang kita ada mendengar cerita bagaimana banyak pegawai agama di Selangor terkejut dan tidak suka dengan keputusan PRU-12 yang lalu atas alasan di bawah kerajaan pembangkang mereka 'susah cari makan'.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Dato' Baha Zain: Dosa Mahathir Previous entry: Tip Bercakap dalam Acara Book-Talk: Cuba Menjual Gerudi kepada Orang yang Mahukan Lubang

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: