Gol, Gincu… & Buku
Pada masa ini alat-alat sukan sudah tidak dikenakan cukai impot demi membangunkan industri sukan negara.
Sudah hampir 20 tahun alat-alat mekap dan minyak wangi tidak dikenakan duti impot demi menjadikan negara kita syurga pelancong membeli-belah, yakni bagi membangunkan industri pelancongan negara.
Sudah nasib industri buku tempatan. Kerajaan tidak peduli pada isu pembangunan industri penerbitan dalam negara. SMIDEC pun tidak memasukkan sektor penerbitan sebagai sektor yang layak menerima dukungan.
Buku-buku yang dicetak di luar negara dibenarkan diimpot masuk sebebas-bebasnya. Hanya Malaysia, Singapura dan Filipina yang mengamalkan dasar Mak Si Randang begini.
.
.
Sudah hampir 20 tahun alat-alat mekap dan minyak wangi tidak dikenakan duti impot demi menjadikan negara kita syurga pelancong membeli-belah, yakni bagi membangunkan industri pelancongan negara.
Sudah nasib industri buku tempatan. Kerajaan tidak peduli pada isu pembangunan industri penerbitan dalam negara. SMIDEC pun tidak memasukkan sektor penerbitan sebagai sektor yang layak menerima dukungan.
Buku-buku yang dicetak di luar negara dibenarkan diimpot masuk sebebas-bebasnya. Hanya Malaysia, Singapura dan Filipina yang mengamalkan dasar Mak Si Randang begini.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum Puan Sifu,
Peranan pengkaryaan adalah memercukan kecemerlangan yang mempertalikan individu dengan masyarakat…komuniti dari unit kecil masyarakat tidakkah perlu dididik dari pembacaan… cuma keuntungan yang terlalu diorientasikan oleh massa yang mendominasikan segalanya tetap mengarah kepada penjajahan ilham hingga karya reka perlu dibentuk dari luar sifat fitrah… misal membaca untuk ilmu,yang amalannya meninggikan taraf kemanusiaan bukan sekadar mencari gali isu untuk dipolemikkan dengan tujuan mencari benar dan yang khilaf.
Status peribadi dijadikan modal…jika tampan diangkat menjadi model…sedangkan kehilangan nilai kepercayaan oleh racun ideologi terus mengemudikan perbezaan lalu beragam identiti hingga tenggelam syaksyiah peribadi yang dinukil oleh sikap yang menyuburkan nurani sumber kekayaan jiwa.
“Wahai hati yang gemar berubah berbolak-balik, tetapkanlah hati ini atas agamaMu.Aku taat patuh padaMu…Subhanallah sesungguhnya aku ini sering menzalimi diri sendiri.”
Rasanya sudah sampai saat saya menutup laptop…rugi pula tidak terlibat dengan kepantasan maklumat…bantu Puan.
——-
Salam untuk Pn Ainon,
Saya mengikuti penuh minat tentang cetusan rasa puan tentang kedudukan industri buku tempatan kita. Saya kira sudah tiba masanya untuk isu ini diketengahkan supaya industri buku terbitan tempatan mendapat pembelaan. Dan saya kira sekarang ialah masa yang sesuai untuk berjuang kerana pada suku pertama setiap tahun ialah masa para pegawai kerajaan di bahagian kementerian kewangan duduk meneliti dan berbincang tentang perkara-perkara atau insentif/cadangan baru yang dikemukakan kepada mereka. Jika puan pergi ke sana (Putrajaya), pn pasti dapat melihat kereta mercedes besar-besar datang untuk mengemukakan masalah mereka agar dipertimbangkan oleh kerajaan dalam bajet akan datang.
Para pegawai ini perlu merangka isi-isi Bajet Nasional 2008 nanti. Pada setiap tahun para akauntan akan dijemput mengemukakan cadangan tentang berbagai isu dan insentif cukai. Supaya lebih berkesan dicadangkan supaya pihak persatuan penerbit melayu malaysia mengemukakan cadangan tersebut dan disokong oleh mana-mana ahli politik yang memahami isu ini.
Insentif cukai (pengecualian)untuk penerbit baru buku tempatan, penerbit karya ilmuan islam dan ilmuan melayu yang original, karya kreatif, karya kartunis tempatan, royalti lukisan kartun dll. Selain itu geran khas untuk sesuatu projek penerbitan khas dalam bahasa Melayu. Pengecualian cukai untuk buku karya tempatan yang diekspot atau bila terjemahannya diekspot. Pengecualian cukai dua kali ganda untuk karya motivasi/ilmuan terhadap royalti pengarang. Peruntukan pinjaman dengan kadar faedah rendah atau dana khas untuk para penerbit tempatan yang menerbitkan buku-buku ilmu dan motivasi (bukan buku cinta tak bermutu).
Saya pasti puan mesti punya lebih banyak idea tentang hal ini.
Insentif ini bermanfaat kepada masyarakat kerana :
- mengalakkan budaya pembacaan
- mengalakkan penciptaan/karyawan tempatan
- mengalakkan perkembangan ilmuan dalam bahasa Melayu
- perjuangan untuk bahasa Melayu
- dan macam-macam lagi…
(memang isu politik yg bagus utk mana-mana wakil rakyat !).
Kertas cadangan harus dikemukan kepada Kementerian Kewangan Bahagian Bajet di Putrajaya. Setelah itu jika cadangan diambil peruntukan akan dibuat dan diagih-agihkan kepada kementerian/jabatan lain seperti SMIDEC. Saya kira tidak ada sebab mereka tidak mempertimbangkannya.
Sekian.
Post a comment