Wednesday, July 15, 2009

Siapa Lebih Layak Bercakap: Datin Noor Azimah ataupun Pakar-Pakar Pendidikan dalam UNESCO

UNESCO (1951:691) telah meluluskan resolusi pendidikan yang berbunyi:

On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to as late a stage in education as possible. In particular, pupils should begin their schooling through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because to begin their school life in the mother tongue will make the break between home and school as small as possible.

Terjemahan: Berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda digunakan selama yang boleh dalam semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi penting supaya kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami, dan penggunaan bahasa ibunda akan menghapuskan kelainan antara bahasa di rumah dan bahasa di sekolah. 

Nota: Datin Noor Azimah adalah Ketua Kelab Penyokong PPSMI yang menggelar kumpulan mereka PAGE (Parents Action Group for English).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(65) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Promosi Buku-Buku Berbahasa Melayu: Kini MPH Mengambil Alih Peranan DBP Previous entry: Definisi Buku Laku dan Tak Laku di PTS
Zoyak  on  03/16  at  08:54 AM

Orang seperti Mak Datin ni, mother tongue mereka ialah Bahasa Inggeris. Itu sebab dia pertahankan PPSMI. Kan begitu? Mereka adalah elit Melayu yang mempunyai minda tertawan. Jati diri mereka bukan jati diri Melayu. Jati diri mereka jati diri tinggalan penjajah. Mereka ini adalah terdidik dalam acuan Lord Cromer yang mengatakan “Kita mahu mereka berfikiran seperti kita, bertindak seperti kita, berbudaya seperti kita atau berbahasa seperti kita, walaupun kulit mereka kita tak seperti kita” Masih ramai jenis ini sebenarnya di Malaysia ini. Terdapat juga kalangan pak turut yang mengampu bodek ketua-ketua mereka sejak dulu, kini dan selamanya.

Reporter  on  03/16  at  08:44 PM

PPSMI: Hanya pakar sains dan metematik layak memberi pandangan
16 Mar 2009 12:23AM

Oleh Syed Shatir Asghrar Syed-Hassan

SEJAK akhir-akhir ini isu pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris menjadi salah satu isu yang hangat diperkatakan di seluruh pelusuk negara. Selepas beberapa tahun ianya diperkenalkan hanya baru-baru ini timbul satu gerakan besar-besaran meminta kerajaan menghapuskan perlaksanaan dasar ini. Mungkin perasaan ketidakpuasan hati mereka sudah meluap-luap agaknya.

Apa-apa pun saya lebih suka melihat isu ini di luar konteks politik. Cuba kita lupakan sejenak siapa dan parti mana yang mengilhamkan dasar ini bagi mengelakkan bias dan bagi mendapatkan satu jawapan atau keputusan terbaik untuk masa depan generasi masa depan kita.

Sains dan matematik adalah ilmu asas yang perlu ada bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang sains dan teknologi. Bidang sains dan teknologi pula adalah satu bidang yang terpenting di dunia pada masa kini. Bidang yang perlu dikuasai oleh setiap negara.

Penguasaan sains dan teknologi dapat menjadikan sesebuah negara itu menjadi berkembang dan maju. Sains dan teknologi juga amat penting untuk penyelesaian masalah-masalah dunia seperti dalam pencarian sumber tenaga baru dan juga pencarian vaksin pencegah wabak.

Saya sebagai salah seoarang yang berkecimpung dalam bidang sains dan teknologi ini merasakan perlunya mata pelajaran sains dan matematik diajar dan dipelajari dalam bahasa Inggeris.

Saya dan mereka yang seangkatan dengan saya sudah merasai perit jerih untuk mengadaptasi pembelajaran dalam bahasa Inggeris di universiti sesudah mengenal sains dan matematik dalam bahasa Melayu di peringkat sekolah.

Sehingga tingkatan lima, dengan mudah saya memperolehi bacaan-bacaan dalam bahasa Melayu, tetapi apabila pergi ke alam universiti, semua rujukannya berbahasa Inggeris.

Tuhan saja yang tahu betapa kekok dan susahnya mengalami proses perubahan yang mengejut itu. Kalau boleh, saya tidak mahu melihat generasi masa depan mengalami nasib yang sama seperti mana yang saya alami. 

Mengapa kita perlu PPSMI? Sains dan teknologi adalah cabang ilmu yang bergerak begitu pantas. Hampir setiap hari ada penemuan baru.

Penemuan-penemuan ini biasanya diistilahkan dalam bahasa Inggeris dan istilah tersebut amat mungkin tiada lagi tafsirannya dalam bahasa kita. Saintis-saintis kita kemudiannya akan mencari istilah sesuai untuk penemuan tersebut.

Ini sudah pasti mengambil masa. Dalam pada kita mencari istilah tersebut, orang lain sudah menjumpai penemuan yang lebih kehadapan. Kita masih mencari istilah yang sesuai. Selama-lamanya kita akan terkebelakang dalam hal ini.

Kita perlu akui bahawa untuk menguasai sesuatu cabang ilmu itu perlukan penguasaan yang tingi dalam bahasa ilmu itu. Sebagai contoh, untuk mendalami ilmu agama ke peringkat yang tinggi, kita memerlukan mereka yang boleh menguasai bahasa arab dengan baik.

Ini kerana banyak kitab-kitab ditulis dalam bahasa Arab. Begitu juga dengan sains dan teknologi. Hakikat yang perlu diakui adalah bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu bagi sains dan teknologi pada masa kini.

Saintis-saintis negara lain sebenarnya menerima hakikat atas perkara ini. Bahasa inggeris diakui sebagai medium komunikasi saintis-saintis dunia. Saintis-saintis dari negara China dan Jepun juga sekarang ini berlumba-lumba mengusai bahasa inggeris.

Di zaman kegemilangan empayar Islam, memang benar dikatakan bahasa ilmu ketika itu adalah bahasa arab.

Bangsa-bangsa lain sudah pasti harus mempelajari bahasa arab untuk menerokai ilmu tersebut. Walaubagaimanapun, masa telah berubah. Bahasa ilmu bertukar dari zaman ke zaman. Sekarang ini bahasa Inggeris menjadi bahasa ilmu untuk sains dan teknologi.

Tidak mustahil suatu hari nanti jika seseorang yang ingin mendalami ilmu pengajian Islam perlu menguasai bahasa Inggeris di samping bahasa Arab dengan mantap kerana semakin banyak rujukan dalam bidang ini ditulis dalam bahasa Inggeris.

Ada mereka di luar sana berpendapat, kalau nak mahirkan bahasa Inggeris tidak semestinya belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kita boleh tambah masa pembelajaran untuk mata pelajaran bahasa Inggeris itu sendiri. Bagi saya, mereka ini tidak faham hujung dan pangkal.

Suka saya tekankan, English for communication, Business English, English for Science and Technology dan banyak lagi English itu perlukan skil-skil yang berbeza. Kalau boleh bertutur bahasa Inggeris dengan baik belum tentu dapat memahami artikel-artikel dalam bidang sains dan teknologi.

Saya sudah acap kali bertemu bangsa Inggeris yang menanyakan tentang bidang yang saya ceburi. Bila saya memberi penjelasan, mereka akan kata: Can you please explain in simple English? Its too technical!

Kalau bangsa Inggeris sendiri tidak dapat memahami istilah-istilah sains dan teknlogi, apatah lagi kita yang menggunakan bahasa Melayu?

Sudah tentu caca marba jadinya kalau setiap satu hendak diterjemahkan. Di bawah ini saya sertakan contoh bahasa Inggeris yang digunakan dalam bidang saya.:

  1. Catalytic oxidative dehydrogenation of light alkanes
  2. Non-reducible complex metal oxide
  3. Catalytic partial oxidation in a circulating fluidized-bed reactor
  4. Irreducible mass-transport limitations
  5. Flash-pyrolysis in a cyclone reactor

Saya akui saya tak mampu menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu yang boleh difahami. Ini hanya sebagai contoh. Banyak lagi istilah-istilah dalam bidang lain. Sains dan teknologi itu sendiri sangat luas.

Untuk memudahkan penterjemahan akhirnya dimelayukan saja istilah-istilah inggeris tersebut. Maka jadilah seperti perkataan-perkataan reformasi, dekadensi,informasi, farmasi, universiti, sosiologi dan banyak lagi. Mengapa tidak digunakan saja bahasa Inggeris kalau begitu? 

Di sini saya ingin menekankan bahawa perlunya istilah-istilah sains dan matematik dalam bahasa inggeris didedahkan kepada anak-anak kita dari kecil.

Supaya nanti bila ke universirti tidak menjadi terkejut seperti mana yang saya alami. Akan hilangkah kemelayuan kita kalau belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris?

Saya rasa tidak mungkin sama sekali. Saintis-saintis berketurunan Cina atau Jepun di universiti-universiti terkemuka dunia masih tebal kecinaan dan kejepunan mereka walau mereka sudah mampu berbahasa inggeris lebih baik baik dari orang Inggeris sendiri.

Tiada cacat tiada celanya kecinaan dan kejepunan mereka. Saya boleh berkata begini kerana penyelia PhD saya dan rakan-rakan saya adalah berbangsa China.

Mereka sendiri akui perlunya menguasai bahasa Inggeris untuk menjadi saintis dan teknologis yang hebat. Mengapa kita tidak boleh menerima hakikat ini?

Ada seorang penulis blog kata bangsa Iran tak belajar dalam bahasa Inggeris pun boleh buat roket dan vaksin.

Saya rasa penulis ini terlalu banyak bersastera sampai terlupa akan hakikatnya bahawa ramai pelajar-pelajar dari Iran sedang menuntut di Universiti-universiti dalam negara kita dan lain-lain negara. Saya juga ada rakan dari Iran.

Dia sendiri akui susah nak belajar dalam bahasa Inggeris sebab dulu di Iran dia tak pernah guna bahasa Inggeris. Bagi yang lebih bijak akan menunjukkan hasil-hasil kajian bahawa kononnya PPSMI gagal.

Murid-murid tidak mampu mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan mereka. Bunyinya semacam fakta-fakta ini cukup bijak dan sukar untuk ditangkis oleh mereka yang Pro-PPSMI. Mereka ini juga sebenarnya terlupa bahawa kajian ini dilakukan ke atas kanak-kanak sekolah.

Tujuan PPSMI bukanlah untuk meningkatkan keputusan UPSR kanak-kanak sekolah. Tujuannya amat jauh ke hadapan. Untuk meningkatkan penguasaan sains dan teknologi kita di masa akan datang.

Kajian-kajian ini tidak patut dijadikan rujukan. Sains dan matematik itu sendiri memang agak susah berbanding dengan mata pelajaran lain waima digunapakai bahasa Melayu sekalipun.

Kalau pengkaji menemubual kanak-kanak sekolah, sudah tentu mereka akan kata susah. Saya hairan dengan cara orang kita berfikir.

Terlalu pentingkan keputusan yang baik dalam peperiksaan di sekolah. Sebanarnya peperiksaan di sekolah itu tidak menjamin apa-apa pun masa depan anak-anak kita di masa depan.

Dah banyak saya saksikan pelajar cemerlang di peringkat sekolah tidak mampu menjadi pelajar cemerlang di universiti. Peringkat sekolah adalah lebih kepada peringkat latihan dan persediaan.

Kita patut gembira kalau semua pelajar dapat C dalam matapelajaran Sains di sekolah. Ini menujukkan adanya ruang untuk proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak itu.

Sepatutnya kita patut merasa risau kalau semua pelajar dapat A dalam subjek mereka. Ini menunjukkan silibus itu terlalu mudah dan tiadanya ruang mereka untuk menambahbaik. Kita patut berani belajar dari kegagalan.

Salah satu prinsip Leonardo da Vinci juga adalah belajar dari kegagalan. Lebih baik kanak-kanak ini merasa susah diperingkat awal dari bersusah di kemudian hari.

Sekiranya kajian ingin dilakukan ke atas keberkesanan PPSMI, saya cadangkan jangan jadikan pencapaian kanak-kanak sekolah sebagai satu parameter kajian. Sebaliknya tunggu mereka ini masuk universiti dan bergelumang dalam bidang sains dan teknologi di peringkat yang lebih tinggi.

Kalau dilihat balik, banyak yang menentang dasar PPSMI ini datangnya dari bukan yang berlatar belakangkan sains dan teknologi. Rata-rata adalah orang Arts.

Ini masalah sains dan teknologi!!!. Biarlah orang dalam bidang ini yang memberi pendapat. Perlu atau tidak perlunya sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Biarlah orang sains dan teknologi bertegang urat untuk mencari jawapan dalam masalah ini. Mereka lebih tahu dalam perkara ini.

Bagi mereka yang ingin memperjuangkan bahasa dan bangsa melayu, saya rasa banyak lagi yang boleh diperjuangkan. Mengapa tidak diperjuangkan penghapusan musik, filem dan program-program TV berbahasa Inggeris.

Kalau nak dibandingkan dengan PPSMI, musik, filem dan program-program TV Inggeris lebih banyak mudaratnya dan mampu mencemarkan budaya kemelayuan kita.

Kepada orang-orang politik pula, lebih baik duduk diam tunggu apa kata pakar-pakar sains dan teknologi kita.

Pihak pembangkang sudah tentu tak setuju sebab boleh jadi bahan politik mereka. Bagi pihak kerajaan pula, kalau sudah terlalu takut undi hilang, mungkin sanggup buat keputusan yang tak populis. Akhirnya generasi ke hadapan kita yang akan rugi. Sama-sama fikirkanlah…

*Penulis merupakan seorang pembaca KLpos.com yang sedang mengikuti pengajian PhD dalam bidang kejuruteraan kimia di Australia. Tulisan beliau dikirim melalui email untuk disiarkan dalam ruangan Minda Pembaca KLpos.com. Pandangan penulis tidak semestinya menggambarkan pendirian KLpos.com. Pembaca yang ingin menulis diruangan Minda Pembaca ini bolehlah menghantar artikel, berita, rencana atau apa saja bentuk penulisan ke .(JavaScript must be enabled to view this email address). Siaran tertakluk kepada kelulusan dari pihak pengarang.

Kalau bangsa Inggeris sendiri tidak dapat memahami istilah-istilah sains dan teknlogi, apatah lagi kita yang menggunakan bahasa Melayu?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/16  at  10:33 PM

Salam,

Dr. Syed Shatir buat-buat lupa yang asas Maths/Sains diperolehinya dalam bahasa ibunda. Saya tidak yakin beliau akan lulus SPM dengan cemerlang dalam subjek Sains/Maths sekiranya beliau mengikuti PPSMI

Isu lapuk Pro PPSMI adalah istillah. Mereka saja buat tak faham,  setiap istillah ada KONSEP yang perlu difahami. Persoalannya bagaimana menerangkan KONSEP ini dalam bahasa yang tidak difahami pada anak kita seawal 7 tahun. Membandingkan masalah peribadi beliau yang menghadapi kesukaran mencari istillah sesuai dalam BM adalah alasan naif dan kebudak-budakan. Tidak pandai bermain, disalahkan padang tinggi rendah.

Satu lagi, apa logiknya menunggu mereka masuk Uni baru diketahui keberkesanannya jika keputusan TIMMS 2007 dan peperiksaan awam menunjukkan penurunan mendadak?

Dr. Syed, tanya cikgu yang mengajar. Tuan sendiri tidak pernah mengajar walaupun tuan berpendidikan sains.

Saya sendiri terdidik dalam bidang sains/teknikal dapat mengesan banyak perkara tak masuk akal dan tidak rasional dari tulisan tuan.

Jika alasan keberkesanan PPSMI dapat dituai selepas mereka di UNI, sepatutnya generasi PPSMI sebelum era BM digunakan terbukti kejayaannya. Di mana mereka? Apa tidak cukup pandai hendak faham makalah/jurnal dalam BI?

arrantaui  on  03/17  at  10:39 PM

Pada peringkat tinggi, kita kena kuasai bahasa ilmu itu untuk mendapatkan ilmunya (tidak semestinya BI). Untuk menjadi fakih dalam fikh kenalah fasih bahasa Arab.

Untuk mengajar murid-murid darjah satu tentang Iman dan bahawa Allahlah yang menjadikan alam semesta ini, bahawa Dia maha berkuasa, bahawa tiada sekutu baginya; saya tidak yakin menyampaikan dalam Bahasa Arab adalah jalan yang bijak, biarpun Allah menyampaikan kepada kita dalam Bahasa Arab.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/18  at  08:32 AM

Tokey,

Dia juga mungkin tidak sedar jika asas matematik dia lemah masa peringkat sekolah rendah, kelemahan dia akan dibawa sehingga ke peringkat universiti.

Dia mungkin tidak masuk bidang yang memerlukan kognitif, kreativiti serta imaginasi seperti fizik, matematik, mekanik kuantum serta kejuruteraan fizikal.

Apa yang saya nampak, orang sains yang pro-PPSMI hanyalah mereka yang menceburi bidang yang banyak menghafal seperti kejuruteraan kimia, perubatan, farmasi, komputer, IT dan bioteknologi, di mana istilah adalah seolah-olah penting bagi mereka melebihi konsep .Pemahaman matematik yang mendalam serta kemahiran memanipulasi tidak diperlukan untuk bidang ini.

Mereka mungkin hanya tahu jika asid dan alkali bercampur, maka garam dan air terhasil. Tetapi mereka tidak sedar jika struktur kuantum, frekuensi, interaksi zarah salah satunya berubah, maka hasil yang luar biasa berlaku.

Sebab itulah Einstein pernah berkata, sains hanya terdiri dari 2 bahagian iaitu fizik dan “mengumpul setem”. Mereka yang pro PPSMI adalah dari bidang “kumpul setem”. Tiada pemikiran matematik yang berat diperlukan. Kepersisan juga tidak perlu dalam bidang ini.

Hamim Bin Nasoha  on  03/20  at  09:58 AM

Mohon kebenaran menggunakan terjemahan puan dalam penerbitan majalah kolej saya. Majalah itu diedarkan secara percuma untuk pelajar kolej.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/05  at  04:34 PM

Saudara Fuhrer,

Sungguh lucu mendengar komen saudara bahawa “Apa yang saya nampak, orang sains yang pro-PPSMI hanyalah mereka yang menceburi bidang yang banyak menghafal seperti kejuruteraan kimia, perubatan, farmasi, komputer, IT dan bioteknologi, di mana istilah adalah seolah-olah penting bagi mereka melebihi konsep. Pemahaman matematik yang mendalam serta kemahiran memanipulasi tidak diperlukan untuk bidang ini. “

Sebaiknya saudara menulis sesuatu mengikut fakta bukannya mengikut perasaan. Hanya orang yang bodoh sahaja menganggap bahawa bidang-bidang ini tidak memerlukan kemahiran memanipulasi sebagaimana yang saudara katakan.

Mungkin saudara sekadar belajar kimia dan biologi setakat SPM sahaja, yang sememangnya memerlukan pelajar-pelajar menghafal untuk lulus.Tapi bila sudah ke peringkat lebih tinggi, kemahiran berfikir amat penting.

Tahukah saudara kesemua bidang memerlukan pengetahuan dalam matematik mungkin kecuali bidang sastera? Sekurang-kurangnya bila membuat penyelidikan, ilmu statistik merupakan perkara wajib.

Buat pengetahuan tuan, saya merupakan penyelidik dalam bidang sains komputer. Jesteru itu, amatlah lucu mendengar kata-kata saudara yang bidang komputer dan IT tidak memerlukan kemahiran matematik sedangkan matematik adalah asas dalam sains komputer.

Kalkulus, aljabar linear, kaedah berangka, statistik, dan banyak lagi merupakan subjek wajib bagi penuntut sains komputer. Begitu juga dalam menghasilkan idea-idea baru penyelidikan, seperti kepintaran buatan memerlukan kemahiran matematik.

Masalahnya, bila merujuk kepada jurnal-jurnal, sangatlah susah untuk saya cuba memahami sampaikan terpaksa buka kamus berkali-kali. Sebuah jurnal 6 muka surat sebagai contohnya, saya terpaksa baca berkali-kali supaya paham.

Sesekali terpikir, jika saya diajar matematik dalam bahasa Inggeris dari dulu lagi mesti semuanya akan jadi mudah. Perkataan “punca kuasa dua” sebagai contohnya, saya hanya kenal di sekolah. Alangkah baiknya jika saya tahu “square root” membawa maksud yang sama sejak sekolah rendah lagi.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/05  at  06:17 PM

Tuan Chromatic,

Saya percaya 100% jika tuan diajar sewaktu berusia 7 tahun untuk memahami KONSEP Sains/Maths tuan tidak akan mengenal gerbang universiti dan berpeluang membaca jurnal.

PPSMI dilaksanakan di Filipina, kebodohan bertingkat-tingkat masyarakat tersebut adalah buktinya walaupun fasih BI.

Setakat tahu istillah “square root” bukannya bermaksud tuan telah menguasai ilmu tersebut. Kita hendak anak-anak kita faham dan bijak menyelesaikan masalah Maths/Sains, bukannya menjadi burung kakak tua sekadar tahu “square root”.

Menceritakan konsep “square root” pada anak-anak orang kampung yang tiada asas BI samalah seperti tuan belajar mandi wajib dalam Bahasa Arab seawal 7 tahun. Itu kerja gila, sia-sia dan buang masa.

Anda faham konsep sains komputer, kalkulus, aljabar linear, kaedah berangka, statistik pun sebab DIAJAR DALAM BAHASA MELAYU.

Setakat hadapi masalah nenbaca jurnal itu masalah PERIBADI tuan. Kenapa bandingkan tuan yang tua bangka dengan anak seusia 7 tahun? Tuan telah pun mempunyai asas sedangkan anak-anak tersebut tidak ada asas.

PERBEZAAN BESAR antara orang tua tidak faham membaca jurnal dengan anak-anak yang baru belajar memahami konsep Sains/Maths.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/05  at  06:32 PM

Satu lagi Tuan Chromatic,

Jika tuan menghadapi masalah membaca “jurnal 6 muka surat sebagai contohnya, saya terpaksa baca berkali-kali supaya paham.”

Maksudnya tuan salah pilih jurnal??  Jika tuan ahli dalam bidang tersebut tuan tidak hadapi masalah membacanya. Saya pun orang teknikal, saya membaca jurnal dalam bidang yang amat spesifik. Maksudnya bidang itu dekat di hati maka tidak perlulah saya mengulang membaca sehingga 6 kali melainkanlah jika saya membaca jurnal dalam bukan bidang saya.

Betulkah tuan membaca jurnal dalam bidang keahlian tuan? Jika sampai 6 kali ulang, SAH saya akan tolak menjadi penyelia kepada pelajar sebegini…..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/06  at  03:12 AM

Tuan Kromatik,

Walaupun saya tidak mengkhusus dalam bidang IT, saya tahu serta mahir dengan segala bentuk programming lebih dari mereka yang mengkhusus dalam bidang IT ketika di universiti dulu.

Jika anda hanya pandai menggunakan C, C++, Java ataupun mana-mana bahasa pengaturcaraan dan mengetahui protokol internet, saya pula tahu bagaimana setiap elektron, alur cahaya, gelombang bunyi, gelombang elektromagnet, gerakan arus dalam litar-litar elektrik serta transistor yang menyebabkan komputer dan internet berfungsi, sebab saya adalah golongan fundamentalis.

Algorithm yang anda belajar tidak serumit algorithm yang saya belajar. Segala bahasa program yang anda faham, saya faham dan saya faham bahasa mesin dan bahasa assembly?

Anda tahu bahasa mesin dan assembly tak? Hanya tahu bahasa yamg telah “dipermudahkan” (C++, Java, dan lain2) oleh golongan fundamentalis sahajakah? 

Anda tidak tahu perkataan “square root” ketika di sekolah? Ini menunjukkan bahawa anda malas untuk belajar ataupun anda tidur ketika kelas BI di sekolah.

Jika anda belajar pun, hanya ketika periksa saja. Betul tak?

Saya tidak perlukan PPSMI untuk mengetahui bahawa “square root” adalah punca kuasa dua, “volume” adalah isipadu dan “radius” adalah jejari. Cukup dengan menumpukan perhatian ketika pembelajaran BI di sekolah. Malah, ketika remaja aliran sains tulen lain sedang cuba memahami hukum Newton di sekolah, saya sudah mula belajar mengenai pesamaan Schrödinger, kesan fotoelektrik, transistor serta konsep fizik moden lain.

Jadi “apakejadahnya” anda menyalahkan matematik dalam BM kerana anda tidak tahu bahawa kuasa dua bermaksud “square”? Yang bersalah adalah anda sendiri, bukannya bahasa Melayu.

Lagi satu, adalah lebih baik jika seseorang tahu bahawa sembilan kuasa dua adalah 81 berbanding mereka yang hanya tahu “square”, tetapi bila diminta menyelesaikan masalah nine square, yang dijawab adalah 18!

Jawab dalam Inggeris tapi salah, tak guna juga!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/19  at  11:35 AM

Funny thing is that you guys are blogging on this site using an ENGLISH platform. Doesn’t it make you wonder ? I challenge you to find and use a blog engine that uses BM !!! Having said that, the owner of this blog will probably delete my post !!! If he/she is professional enough, then I suppose you can be reading the following.

Anyway coming back to your topic, I am sad that we have a bunch of young adults like yourselves, supposedly the future generation of Malaysian leaders. How narrow minded you seem to be ? How shallow thinking you are. How oblivious you appear to be of today’s global needs.

You must equip yourself to face the challenges of tomorrow’s demands. There is nothing wrong to learn knowledge in a language that will make you comparable (if not better) than other young people in the world today. The benefits of learning these in the globally accepted lingua franca will surely prepare you better. Don’t you want to be amongst the world’s best ???

By doing so, you will not lose your ethnicity. You do not have to worry that the national language of Malaysia will be eroded and lost. 

Think about this.

Today, you can find some Malay leaders who have never schooled in Malaysia. He/she has never been though the M’sian education system and is a 100 % product of international school from kindergarten right up to tertiary and beyond.

Yet you still look up to him/her, yet you still elect him/her ... do you see the irony here ? This proves that the medium of instruction bears no relevance to one’s ethnicity. It did not make him/her any less Malay, it did not make him/her lose his/her oratory and written skills in the Malay language. So what are you worried about ? Don’t you want to be like him/her ? Today he/she is recognised as a capable leader and one who is probably destined for greater things in the future !!! So what is your worry ???

Looking at today’s problem of unemployed Malaysian graduates ... I ask you ... are you really UNEMPLOYED or are your actually UNEMPLOYABLE ????

Think please ... wake up !!!

ps. sorry but I think you probably need to use an Eng-BM dictionary to understand my post !!! .. LOL

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/19  at  06:10 PM

Apa ke bodoh “wake up call” ni.

Saya cuma nak balas balik tulisan dia cakap kita pilih pemimpin yang bersekolah antarabangsa. Tak de sesiapa yang pandang pemimpin yang bersekolah 100% dengan sekolah antarabangsa. Sebab itu la agaknya pemimpin ni tidak faham hasrat rakyat.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/19  at  06:13 PM

Lagi satu la si bebal “wake up call” ni tak faham orang cakap pasal kandungan ilmu dalam bahasa Melayu bukan pasal enjin blog.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/19  at  09:05 PM

Org Kampung ... ROTFLOL

Even you can’t find a BM word for “ENGINE” and “BLOG” ???
So you have to use “ENJIN BLOG” ???

Itupun BAHASA ENGLISH lah ... !!!
HAHAHAHAH ... wake up lah !!!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/19  at  10:35 PM

Maaf kerana mencelah sedikit.

Saudara/saudari/Datin/Puan/Tuan ‘Wake Up Call’, walaupun kami yang sentiasa berlegar dalam blog ini menggunakan bahasa Melayu tetapi ini tidak bermakna kami ini ‘tolol bahasa Inggeris’. Untuk makluman, ada di antara kami ini lulusan dari ‘top 20 university in the world’. Kami dahulu belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu.

Kami berpendapat bahasa Melayu juga bernilai global, malah ramai orang Inggeris yang berminat dengan bahasa Melayu. Sebagai orang Melayu, bahasa Melayu adalah maruah kami dan ia tidak harus diperkecil-kecilkan. Kami tidak mahu menjadi seperti orang India di negara India yang memandang rendah nilai bangsa dan bahasanya sendiri.

Nampaknya, saudari juga tidaklah sefasih yang saya duga dalam bahasa Inggeris. Ayat dan nahunya juga tunggang-langgang, tidak juga berbunyi seperti ‘queen’s english’. Kasihan, bunyi bahasanya juga begitu negatif dan ‘marah-marah’ pula.

Kemampuan intelektual mental (meminjam bahasa Inggeris) tiada kaitan langsung dengan bahasa Inggeris. Orang Jepun dan Korea pun pandai juga walaupun terpaksa melihat kamus ketika bertutur bahasa Inggeris!

annariana  on  05/20  at  12:05 AM

Encik Wakeupcall,

Sebenarnya saya bosan dan jelik melihat isu PPSMI ini diulang-ulang. Tetapi komen saudara yang kurang bijak ini amat menyakitkan hati saya. Mungkin saudara tidak pernah merasa bagaimana belajar Sains dan Matematik dalam bahasa asing pada peringkat awal.

Saya ulang, encik. PERINGKAT AWAL. Encik mungkin tak pernah rasa betapa menjelekkan belajar Sains dalam bahasa Cina semasa usia 9 tahun. Keputusan Sains saya tidak meningkat walaupun saya bisa menggondol A dalam BC kertas 2. Semuanya kerana silap faham konsep. Silap faham konsep, kerana tidak faham dan serkap jarang apa yang diajar.

Jadi, apabila saya dapat tahu Sains diajar dalam Bahasa Inggeris kepada semua pelajar sekolah rendah, hati saya luka. Saya faham bagaimana sukarnya belajar Sains dalam bahasa asing seawal umur 9 tahun. Dan saya menentang dengan sekeras-kerasnya. Encik bercakap seperti orang bijak, tetapi mengapa sebab utama encik menyokong PPSMI begitu cetek sekali?

Cuba encik bandingkan buku teks Bahasa Inggeris dan Sains Darjah 6. Sudah tentu encik dapati perkataan di dalam buku teks Sains lebih kompleks daripada kosa kata dalam buku teks Bahasa Inggeris. Logik atau tidak murid diajar Sains dalam bahasa yang lebih tinggi daripada bahasa di dalam subjek Bahasa Inggeris?

Betul hemat encik, saya setuju yang salah satu sebab pengangguran yang banyak berlaku disebabkan oleh ketidakfasihan bercakap dalam bahasa Inggeris. Dan orang Malaysia ada yang menerima kekangan global, kononnya tidak maju, buta internet kerana tidak pandai Bahasa Inggeris. Kalau masalahnya itu, perkasakanlah pendidikan Bahasa Inggeris! Janganlah perkasakan Bahasa Inggeris melalui Sains dan Matematik!

Encik kata pemikiran kami cetek. Saya rasa pemikiran enciklah yang kurang fasih. Perjuangan kami ialah untuk memansuhkan PPSMI, yang hanya pada tahap persekolahan rendah dan menengah. Masuk sahaja tahap tertiari, suka hati enciklah mahu guna bahasa Inggeris ataupun Sanskrit. Ada sebabnya kami mahu pelajar belajar dalam bahasa Melayu, bukan sekadar sentimen etnik semata-mata.

Hebat sangatkah bahasa Inggeris encik? Would you please check on the impacts of bilingual communication medium in elementary learning, emphasizing on the aspect of human cognitive system?

Dan cuba fikir-fikirkan solusi ini : Pelajar yang mahu belajar bahasa Inggeris tidak akan mengambil kelas tuisyen Sains dan Matematik. Kalau mahu belajar BI, ambil kelas BI.

Saya ulang sekali lagi. Kami merusuh di sini bukan disebabkan sentimen etnik. Memang benar, bahasa jiwa bangsa. Namun kami mempunyai banyak sebab yang lebih berasas daripada sebab itu. Kami memperjuangkan supaya generasi yang akan datang lebih bijak dan lebih bertamadun, bukannya mempunyai pemikiran yang terjajah dan terkongkong.

Maafkan saya jika kata-kata saya mengguris hati. Saya harap encik dapat fikir-fikirkan idea saya yang agak pedas ini dengan pemikiran yang terbuka.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/20  at  12:13 AM

Bahasa Jiwa Bangsa ??? ... BUDAYA Jiwa Bangsa !!!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/20  at  02:52 AM

Aisehman .(JavaScript must be enabled to view this email address) or .(JavaScript must be enabled to view this email address), why need to call names like “shallow thinking” etc? Why think other people illiterate, requiring dictionary to understand your writing? Why be so sarcastic?

We can trade really nasty jabs until cow come home, but don’t want lah….. too much sin already. So, focusing on the matters arising…

Semua orang bersetuju faedah menguasai Bahasa Inggeris. Semua orang bersetuju cara pembelajaran BI perlu diperbaiki untuk menarik minat pelajar dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Kalau tidak mampu berdialog dalam BI, maka cara mengajar dan pembelajaran jelas tidak berkesan. Kementerian patut menambah perhatian dan belanjawan di situ.

Belajar Sains dan Matematik di dalam Bahasa Malaysia semasa di peringkat sekolah akan memudahkan pelajar memahami ASAS subjek2 tersebut. Bila asas telah kukuh, mereka boleh belajar di Amerika, Jepun, Korea, Belgium, German dan Timur Tengah di dalam bahasa negara tersebut. Pelajar kita di Jepun, cemerlang belajar Sains dalam bahasa jepun!

I was one of the earliest batch to do SPM. During my time, no more MCE. So we learned Maths, Add Maths, Physics, Chemistry and Biology in Bahasa Melayu. Still, there was no problem doing my degree in English in Australia…. kerana saya faham asas matapelajaran tersebut.

I interviewed many prospective employees. The problem is not due to language, but due to weaknesses of their affective and social competencies. Universities are more focused to cognitive and some psychomotor competencies. Those shortcomings need different strategies.

PPSMI di peringkat sekolah rendah dan menengah tidak akan melahirkan pelajar yang mampu menguasai BI atau mampu berkomunikasi dengan yakin. Ia juga tidak akan melahirkan penerima anugerah nobel.

Wassalam

p/s - mohon maaf Sifu, tumpang lalu

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/20  at  08:39 AM

Aiyoo, si wakeup call ni tak faham isu rupanya. Saya tak nampak salah guna “enjin blog” walhal bahasa inggeris engine tu pun berasal dari perkataan Latin “ingenium” yang berkaitan dengan “ingenious” maksudnya genius. Dulu bahasa Latin adalah bahasa ilmu, jadi bahasa Inggeris dan bahasa Eropah lain seperti bahasa Perancis banyak pinjam dari bahasa Latin.
Jadi sekarang apa salah bahasa Melayu meminjam dan mengayakan kosa kata dengan meminjam bahasa Inggeris?
Kalau ikut kamu, bahasa Melayu tak ada perkataan itu maksudnya bahasa Melayu mundur? Semua bahasa pinjam meminjam, kalau tak silap saya bahasa Jepun pun ada meminjam perkataan Inggeris.
Yang penting semangat kita untuk memajukan bahasa itu mesti ada.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/21  at  09:08 AM

Org Kampung said on 05/19 at 06:10 PM

“Saya cuma nak balas balik tulisan dia cakap kita pilih pemimpin yang bersekolah antarabangsa. Tak de sesiapa yang pandang pemimpin yang bersekolah 100% dengan sekolah antarabangsa. Sebab itu la agaknya pemimpin ni tidak faham hasrat rakyat.”

Look around my friend, please do some research first. There are MANY such leaders whom your peers have chosen to elect recently, and now these people sit in high political positions.

They are 100% English educated in International Schools and never have they studied in Malaysia since Kindergarten right up to their Masters Degree. They are very capable leaders and they are no less Malay than you.

You should be proud of them and given the chance, you should emulate them.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/21  at  09:10 AM

Tuan Wakeup Call,

Orang Melayu amat kaya dengan peribahasa salah satunya ialah bodoh tak dapat diajar, pandai tak dapat mengajar.

Maksudnya:-  Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang. Jelas sekali tuan adalah orang yang dimaksudkan dalam peribahasa itu.

Tuan sepatutnya menafikan pendirian UNESCO dengan fakta, bukti dan data.

Cuba baca betul-betul apa yang dimaksudkan dengan pendirian UNESCO dengan kepentingan bahasa ibunda sebelum menuduh orang lain sebagai kolot, ketinggalan zaman…bla,bla. Apa tuan tidak faham ataupun tuan memang dungu?

Seperti biasa penyokong PPSMI akan merapu dan meraban sehingga mengaitkan platform web ini digunakan. Samalah seperti mengaitkan cacing kerawit dalam perut tuan dengan tayar kereta Ferrari milik Michael Schumacher. TIADA KAITAN. Isunya PPSMI bukannya platform apa web ini digunakan.

Membandingkan seorang anak bangsawan mendapat pendidikan luar negara yang terpilih dan menjadi pemimpin juga tiada kaitan dengan PPSMI pada anak-anak Melayu, Cina, Iban , India yang pelbagai latar belakang sosio ekonominya . Sama saja dangkalnya membandingkan
beruntungnya seekor beruk di Zoo Negara yang pernah makan sisa pizza berbanding beruk-beruk yang lain.

Janganlah membuat kesimpulan mudah dengan perlantikan beliau sebagai pemimpin beliau diterima oleh semua rakyat Malaysia. PRU yang lalu dan siri pilihanraya kecil membuktikan mereka ditolak.

Logik tuan lemah sekali walaupun tuan mahir BI. Tiada bezanya dengan tukang sapu, gro, babu dari Filpina yang fasih BI tapi logik mereka sama lemah seperti tuan.

Sebagai makluman dalam Bahasa Melayu, bodoh juga seerti dengan bebal, dungu, benak, bangang, bengap, bongok, tongong, tolol, dongok, baghal, bahlul, bingung, pandik, jahil, sementung, otak udang, otak tumpul, ngong, palui, pusung, ahmak, hamik, piras hangit, goblok, pongah, bongak, congong dan songor

Tuan boleh pilih mana sesuai dengan keperibadian tuan. Sekarang giliran kami pula gelakkan kebodohan tuan.

Kah ! Kah! Kah!

P/s : Untuk makluman semua , Tuan Wakeup call kita menggunakan perkataan LOL dan ROTFLOL yang membawa maksud
   
    LOL = Laughing Out Loud
    ROTFLOL = Rolling On The Floor Laughing Out Loud

annariana  on  05/21  at  02:50 PM

Hahahaha! Dongok, baghal, pandik, sementung, piras hangit, ahmak itu semua kosa kata baru. Tahniah Tuan Tokey!

Encik Wakeupcall ini nampaknya suka keluar topik utama. Kita bercakap isu bahasa dalam pengajaran Sains dan Matematik, dikeluarkannya isu politik. Oleh sebab N*j*b bersekolah Inggeris dan hidup di England (sehingga pabila beliau balik Malaysia, Bahasa Melayunya lagi kaku daripada budak-budak Melayu Singapura), kita mesti ‘emulate’ orang itu.

*emulate : berlumba-lumba mencapai status yang sama, lebih menggunakan unsur peniruan (imitation).

Mengapa kita mesti ikut cara dia? Apa tiada pemimpin lain yang patut diikut caranya? Kalau dia sekolah Inggeris, untuk mencapai taraf yang setanding dengannya, kita perlu masuk sekolah Inggeris, belajar semuanya dalam bahasa Inggeris seperti dia, itukah maksud encik Wakeupcall?

Encik Wakeupcall pernah membetulkan kata-kata saya. Dikatanya ungkapan Bahasa Jiwa Bangsa itu remeh (siap guna tiga tanda tanya pula tu!). Katanya Budaya Jiwa Bangsa.

Kalau Encik orang bijak, encik patut tahu, orang berbudaya itu orang yang berbahasa. Bahasa datang dahulu sebelum budaya. Kerana bahasa itu mencerminkan budaya. Jadi betullah ungkapan yang dicanang itu, BAHASA JIWA BANGSA.

Kita orang Melayu guna kata-kata “cencaluk” dan “daulat”, kerana kita ada budaya itu. Samalah dengan orang putih yang ada perkataan “marmalade” dan “domestic partner” mereka ada budaya itu!

Kepada yang lain, saya rasa Encik Wakeupcall akan terus-terusan membidas dan mempertahankan ideanya. Kerana idea sokong PPSMI itu sudah menjadi persepsi. It takes an ounce of perception to change an action, but it takes tonnes of realizations to change a perception.

Kepada encik Wakeupcall, belajarlah bahasa Melayu. Bila di Itali, kita cakaplah bahasa Itali. Bila di Jepun, cakaplah bahasa Jepun. Bila berinteraksi dengan orang Melayu, berbicaralah di dalam bahasa Melayu. Terima kasih.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/21  at  08:50 PM

Apa yang saya perhati, terdapat dua sebab mengapa pro-PPSMI menyokong PPSMI:

Sebab (1)
a) Teori: kerana jelik melihat perkataan Melayu meminjam bahasa Inggeris dan mengubahnya dari segi huruf tetapi mengekalkan sedikit sebanyak bunyinya.
b) Contoh BI-BM: algebra (aljabar), algorithm (algoritma), chemistry (kimia), traffic (trafik), unique (unik), cursor (kursor), doctor (doktor), guitar (gitar), cargo (kargo), academy (akademi), ceramic (seramik), bank (bank), canteen (kantin) dan banyak lagi.
c) Akan TETAPI: perkataan-perkataan Inggeris ini juga sebenarnya dipinjam daripada BAHASA LAIN. algebra (Arab: al-jabr), algorithm (Arab: al-khawarizmi), chemistry (Arab: al-kimiya), traffic (Perancis: trafic), unique (Perancis: unique), cursor (Latin: cursor), doctor (Latin: doctor), guitar (Sepanyol: guitarra), cargo (Sepanyol: cargar), academy (Greek: akademia), ceramic (Greek: keramikos), bank (Itali: banco), canteen (Itali: cantina).
d) Penyelesaian: maklumkan pada semua orang bahawa 80% bahasa Inggeris telah meminjam daripada bahasa lain. Dan kita tukar sedikit pemikiran kita bahawa bahasa Melayu pula yang meminjam dari bahasa-bahasa lain (selain bahasa Inggeris). Habis cerita.
e) Kesimpulan: tiada bahasa dan bangsa yang sempurna di dunia ini. Sumber http://www.krysstal.com/borrow.html , manakala gunakan http://en.wiktionary.org/ untuk mencari dari mana perkataan Inggeris itu dipinjam.

Sebab (2)
a) Teori: mudah untuk berkomunikasi dengan orang asing dan juga mendapat pekerjaan.
b) Contoh: berbicara dengan pelancong asing, diplomat, majikan dan sebagainya.
c) Akan TETAPI: ianya tiada kaitan dengan Sains dan Matematik. Penguasaan bahasa Inggeris perlu dilakukan pada pembelajaran bahasanya, dari segi grammar, preposition dsb. Dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, ia tidak diajar grammar dan preposition, seperti contoh, bila perlu letak perkataan “the”, “at”, “in”, “on”, “-ing”, “-ed” dsb.
d) Penyelesaian: tingkatkan mutu pengajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah, seperti menambah jam pembelajaran, “homework”, pertandingan BI dsb.
e) Kesimpulan: Jangan buat dua benda dalam satu-satu masa, dan fokus satu persatu kerana pemahamannya lebih berkesan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/21  at  08:54 PM

Owh, lupa pula hendak khabar.

Jika melawat negara-negara asing, jangan terkejut tatkala melihat perkataan-perkataan yang hampir-hampir bunyinya dengan perkataan Inggeris!

Bukan bahasa tersebut yang meminjam daripada bahasa Inggeris, tetapi bahasa Inggeris yang telah meminjam daripada mereka!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/22  at  08:45 AM

Kepada sang Wakeup call,

Saya tak bangga pun dengan mereka yang diangkat sebagai pemimpin ni. Saya berpendapat pemimpin besar harus lahir dari keluarga yang susah dan penuh kepayahan bukan ditatang seperti bangsawan. Tapi isu ni tak ada kaitan langsung dengan mengajarkan bahasa inggeris dalam sains dan matematik kepada penduduk yang bahasa inggeris bukan bahasa di rumah.
Seingat saya Tun Razak menggalakkan penggunaan bahasa ibunda dalam pendidikan melalui Penyata Razak. Tapi anak dia sendiri iaitu Perdana Menteri sekarang dihantar mengaji di London sampai tak reti cakap Melayu. Sampai kena belajar balik bahasa Melayu untuk mudah bercakap dengan orang kampung. Macam ni ke pemimpin?

Page 1 of 3 pages  1 2 3 >

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: