Wednesday, July 15, 2009

Siapa Lebih Layak Bercakap: Datin Noor Azimah ataupun Pakar-Pakar Pendidikan dalam UNESCO

UNESCO (1951:691) telah meluluskan resolusi pendidikan yang berbunyi:

On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to as late a stage in education as possible. In particular, pupils should begin their schooling through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because to begin their school life in the mother tongue will make the break between home and school as small as possible.

Terjemahan: Berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda digunakan selama yang boleh dalam semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi penting supaya kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami, dan penggunaan bahasa ibunda akan menghapuskan kelainan antara bahasa di rumah dan bahasa di sekolah. 

Nota: Datin Noor Azimah adalah Ketua Kelab Penyokong PPSMI yang menggelar kumpulan mereka PAGE (Parents Action Group for English).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(65) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Promosi Buku-Buku Berbahasa Melayu: Kini MPH Mengambil Alih Peranan DBP Previous entry: Definisi Buku Laku dan Tak Laku di PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/13  at  10:02 AM

Terima kasih wake-up call di atas pemerhatian saudara/i…

Sedih rasanya bangsa ku ini masih terpinggir semata2 alasan politik! Walaupun diseru untuk menimba ilmu sehingga jauh ke Negeri Cina, masih juga tidak berganjak…..

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri…...

agaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebolehan
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi jaguh di persada DUNIA….

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/13  at  07:22 PM

saya rasa encik wakeup call tak pandai bmlah. itu satu kekurangan. bagaimana kamu nak berkomunikasi dgn penduduk malaysia yg terdiri daripada berbagai latar belakang? kalau kita pergi ke negara berbahasa inggeris kita perlu tahu bi, kamu di sini patutnya tahu bm dan mampu tulis dlm bm. sedangkan org kaukasian yg tinggal di indonesia pun boleh bicara bahasa indonesia. org spt cuma tahu bi sahaja, bising fasal bi sedangkan kamu mundur dlm bahasa kebangsaan negara kamu sendiri.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/13  at  10:06 PM

Alahai. Shahdu membaca sang gagak bergurindam. Jiwang juga sang gagak rupanya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/14  at  11:00 AM

Wake-up call,

Itu saja hujah anda. Kasihan pandai BI saja tapi otaknya kosong. Orang berhujah dengan fakta dia sekadar membuat andaian dan tuduhan. Tidak ada bezanya rakyat Afrika yang pandai BI dengan anda. TONG KOSONG.

Gagak,

Nama pun gagak, gagak sinonim dengan kejahatan, pengotor, busuk, liar. Anda disini membawa sifat gagak yang negetif.Alasan politik konon, PPSMI dibuat atas alasan apa? Nak ikut kaya cara Robert Mugabe memperkayakan kroni dan memperbodohkan rakyat jelata

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/15  at  11:29 PM

Encik Wakeupcall dan Encik Gagak

Saya betul-betul pasti yang encik sekelian bukan daripada pelajar-pelajar yang belajar di bawah program PPSMI. Atau mungkin encik semua bukan daripada mereka yang terlibat secara langsung dalam PPSMI.

Tolonglah jangan anggap kami yang memberontak ini shallow minded, sempit fikiran dll. Baik encik diam dan jangan tunjuk pandai membangkang usul UNESCO yang tertera pada awal entri ini. Saya pasti encik semua belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu sewaktu zaman persekolahan dahulu. Kalau encik benar-benar melihat apa yang terjadi pada pelajar yang terpenjara di bawah PPSMI, sudah pasti encik tidak akan menunjukkan kebodohan di sini dengan mengata dan mengutuk manusia yang faham akan situasi sebenar.

Jangan biarkan politik mengaburi rasional diri. PPSMI dibangkang bukan di atas sentimen politik. PPSMI dibangkang kerana dasar itu merupakan suatu dasar bangang yang langsung merendahkan mentaliti pelajar Malaysia.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/16  at  12:40 PM

Serahkan urusan ilmu kepada orang berilmu,
Serahkan urusan urusan politik kpd. ahli politik,
Serahkan suatu urusan kpd. ahlinya.

MALANG sekali kita RAMAI yg. mengaku AHLI,
membuat kerja2 ahli dan mencorakkan bidang ahli.

Selain PPSMI (+isu2 lain), latarbelakang ahli dan bidang sebenar si ahli perlu jelas.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/16  at  12:48 PM

susulan daripada kiraman saya terdahulu;

cuba fikirkan,
kita ada gabungan pelajar—-siapakah ahlinya?
kita ada kelab studi—-apa yang mereka belajar?
kita ada kumpulan pemantau—-apa yg mereka pantau?
Kita ada ROS(pendaftar persatuan)—-apa yg didaftar?

Balik2 nadanya politik, samada pro atau kontra.

JADI bangkitlah AHLI, biarkan yang lain.

mhm

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/16  at  12:52 PM

Hanya jauhari mengenal manikam.

Biarkan luncai terjun dengan labu2nya.

Yang ikhlas teruskan usaha yg. palsu teruskan juga usaha.

Di hujungnya akan jelas jua.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/17  at  01:20 AM

PPSMI akan dimansuhkan….tahniah kepada para pejuang GMP…tapi ingat!jangan sekadar bercakap soal memartabatkan bahasa Melayu….berjuanglah untuk memartabatkannya…..banyak perkara yang perlu diteliti
  kepada pejuang2 bahasa Melayu,gunakan bahasa Melayu yang benar kalau anda benar2 ingin memartabatkan bahasa Melayu.kita dapat lihat bahawa hari ini sudah menjadi kebiasaan kepada rakyat M’sia menggunakan bahasa ‘rojak’ dalam pertuturan seharian.percampuran antara perkataan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris jelas kelihatan.filem2 Melayu sendiri tidak mampu menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang betul.
  harapan saya agar para pejuang bahasa Melayu dalam forum ini dapat mengambil inisiatif untuk memartabatkan bahasa Melayu.jangan hanya tahu bercakap sahaja ibarat tin kosong.sekian.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/17  at  01:53 PM

Rendahnya mentaliti annaria ini. Mohon baca dan maklumkan diri sendiri apa itu UNESCO dan apa perananya! Usahlah, ayam bertelur sebiji riuh sekampung! UNESCO cakap sikit dah nak bersorak!
Nampaknya si Annaria dan Orang Kampung ni mempunyai bakat terpendam membuat anadaian dan ramalan! Berapa agaknya harga sebiji bola kristal? 
Jauhilah dari amalan syirik sebegini!

Saya sokong pemerhatianstudent! - “harapan saya agar para pejuang bahasa Melayu dalam forum ini dapat mengambil inisiatif untuk memartabatkan bahasa Melayu.jangan hanya tahu bercakap sahaja ibarat tin kosong”.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/17  at  03:02 PM

Dalam suatu perjalanan menunaikan haji, semua orang sangat seronok dan bersemangat. Semua orang mahu sampai ke MAsjidilharam dan dapat membuat haji. Masalahnya ialah bila mereka mula mencampuri urusan si juruterbang, mereka mula mengajar bagaimana cara nak ke Mekah, ada yang mahu masuk dan duduk sebelah pilot, ada yang mahu ambil alih tugas juruterbang.

Hasrat semua orang mahu menunaikan haji itu baik sekali. Hasrat mahu masuk campur urusan juruterbang itu bahaya sekali.

Mahukan anak menguasai BI, Math dan Sains; itu keinginan semua orang. Urusan bagaimana mencapainya pada peringkat nasional itu bukan urusan semua orang.

BUKAN SEMUA URUSAN ITU, URUSAN SEMUA ORANG.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/17  at  07:29 PM

Gagak,

Simpan saja kebodohan anda pada diri sendiri. Tidak perlu menulis di sini untuk menafikan peranan UNESCO dalam bidang pendidikan.

Pendirian UNESCO tentang bahasa ibunda bukannya lahir dari pandangan sempit seorang tua degil, ketegaq dan hampir ke lubang kubur tanpa sebarang kajian. Ianya lahir dari pandangan ahli pendidik seluruh dunia

Itulah, penyokong PPSMI anti ilmu sama juga pengasasnya. Mereka digelapkan hati hinggakan perkara fakta seperti itu pun dinafikannya.

Jika anda seorang budiman dan bukannya bangsat, anda sepatutnya membawa hujah menafikan hujah UNESCO dengan fakta.

Mengenai pandangan student, apa rasionalnya semua kesalahan bahasa masyarakat awam diletak dipundak pejuang bahasa? Mereka memperjuangkan agar bahasa Melayu tinggi lagi murni digunakan.

Mereka tidak mempunyai kuasa politik seperti Melayu UMNO yang kononnya memperjuangkan Melayu tetapi tidak ada sekelumit pun rasa bersalah dengan fenomena ini.

Buat saja undang-undang, semua TV dan radio menggunakan Bahasa Melayu Tinggi tanpa kompromi. Jika melanggar arahan ini,  tidak disiarkan. 100% rancangan TV berbahasa Melayu tidak akan menggunakan bahasa campuran ini.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/18  at  12:07 AM

Salam…

Saya dah naik muak membaca alasan pro PPSMI. Saya lagi muak mendengar alasan disebabkan tak pandai speaking, susah nak dapat kerja. Abis, pekerja Myanmar kat kopitiam tuh pandai sangat ke spekaing? setakat tunjuk gambar untuk mengambil order. Apa, hina sangat ke memperjuangan bahasa sendiri? Apa, Pihak Pro PPSMI ingat kami kami yang memyokong GMP ini ‘b****’ sangat ke? Apa, ingat kami nie jenis tak fikir masa depan anak ke? Apa, Pro PPSMI ingat, kami ni tiada anak-anak, anak saudara, adik saudara, anak jiran dan anak murid ke?

Isu agama Islam , isu memperkasakan akidah anak-anak tidak pula nak ‘sebok-sebok’. . . bangga sangat si anak pandai berbahasa inggeris dan mendapat A dalam pelajaran Sains dan Matematik….Namun begitu, tiada budi bahasa. Panggil ibubapa, datuk nenek, cikgu dengan ‘you’ sahaja…..owh,kalau budak tuh pandai speaking, maknanya kualiti kerja bagus sangat berbanding yang tak pandai speaking, ye.

Cuba tengok sekolah Cina swasta…perhatikan bangunan yang besar besar tersebut…adakah sekolah cina tersebut menggunakan pengantar bahasa inggeris dalam pengajaranya? tentu sekali tidak. Sekolah swasta cina menggunakan bahasa cina. Ini menunjukkan bahawa kuasa ekonomi bukanlah hak milik penutur bahasa inggeris. kejayaan adaalah milik mereka yang rajin berusaha, tidak putus asa dan yakin dengan kemampuan diri sendiri. Kalau ada anak melayu yang tidak pandai berbahasa inggeris, kenapa perlu dimarahnya? dimarah gurunya?....... ajar pada anak anak kita kepentingan ilmu…..bukan sekadar belajar bahasa inggeris, banyak ilmu di dalam dunia nie…banyak sangat, tolongla jangan sempitkan fikiran dengan isu bahasa.

bahasa cuma alat untuk berhubung dalam erti kata lain
sebagai alat komunikasi….

sekian, luahan perasaan.


hehehe….apa la yang akan ditulis balas oleh pihak Pro PPSMI..smile..hehehehe, kalau ada la yang sudi nak ‘smash’...smile

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/18  at  10:27 AM

Assalamualaikum.

Ada orang menyatakan kita hendaklah memartabatkan Bahasa Melayu, namun dia sendiri menyokong PPSMI. Pelik betul dengan orang sebegini. Sebenarnya dia tidak memahami apa yang dia sebutkan. Memartabatkan Bahasa Melayu bermakna, mempergunakan Bahasa Melayu pada segenap bidang kehidupan termasuklah keilmuan, pentadbiran, pengurusan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  09:22 AM

hehehe ... read today’s paper ...

Page 3 of 3 pages  <  1 2 3

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: