Thursday, May 24, 2007

Gosip: Adakah Yayasan Karyawan Bergurau?

Yayasan Karyawan ditubuhkan oleh mantan Menteri Kewangan, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Beliau mengutip RM7 juta derma daripada pelbagai korporat bagi mengisi tabung yayasan itu. Matlamat yayasan adalah memartabatkan sastera Melayu.

Baru-baru ini, dalam suatu peristiwa, eksekutif tertinggi Yayasan Karyawan menerima senaskhah buku ini sebagai hadiah peribadi, lalu beliau berkata kepada si pemberi hadiah itu. Katanya, "Kita boleh saman PTS RM10 juta!"

Lalu, dalam suatu mesyuarat, beliau menunjukkan buku ini kepada anggota lembaga pengarah yayasan itu.

Apabila ternampak buku ini, salah seorang ahli lembaga berkata, "Sepatutnya inilah kerja yayasan!"

Maka, menurut risikan kita, mesyuarat itu membuat ketetapan yayasan akan 'menulis surat' kepada PTS.

Adakah surat yang dimaksudkan itu surat peguam?

Benar sekali, jalan perjuangan itu penuh onak dan duri. Jika kita menerbitkan sastera batil tidak ada yayasan sastera yang akan menyaman kita...

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Undang-undang & Harta Intelek
(36) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Khutbah Jumaat UNIKAPTS: Sunnah Bahasa Previous entry: Khidmat Masyarakat: Aktiviti MASKARA
Azree  on  05/24  at  04:33 AM

‘Matlamat yayasan adalah memartabatkan sastera Melayu.’

Hurm. Sabar sahajalah, sifuku. Itulah ‘cara’ mereka hendak memartabatkan sastera Melayu. Tidak habis-habis hendak menyaman kerjanya.
——-

rastom  on  05/24  at  04:57 AM

Saman? Atas apa alasan/sebab? Hehehe ..lawan tetap lawan…!

Tuan Rastom, menurut yang empunya gosip, kata orang YK itu, PTS melanggar hakcipta YK.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/24  at  05:15 AM

Kelakarnya orang YK ini. Mesti tak ada kerja lain, buat yang kena buat di YK itu.

rastom  on  05/24  at  05:19 AM

Puan SifuPTS,

Adakah Hikayat Abdullah (yang asal)  hakcipta YK? Hehehe, saya pun kepingin bergurau senda juga. Ahli Lembaga mungkin tersilap Abdullah yang mana satu, Dollah Serawak? Dollah Badawi? Hehehe..

Tuan Rastom,
Hikayat Abdullah yang asal ditulis oleh Allahyarham Abdullah Munshi. Beliau sudah wafat lebih 50 tahun yang lalu, justeru karya itu sudah jadi public domain.

Fable Fox  on  05/24  at  05:21 AM

Seperti kata Number 5 dalam sebuah filem robot, “I need more input. More input. Moooreee iiinnnnpuuuttt!!!”

Hakcipta apa? Pegang apa?

Kenapa baru sekarang keluar nama Yayasan ini?

Hikayat Abdullah, bukankah ia public domain? Atau apa?

Sdr Fox,
Kata Si Polan orang YK itu, PTS melanggar hakcipta YK disebabkan YK pernah menjalankan kajian ke atas karya tersebut.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/24  at  05:34 AM

YK ini mungkin tengah cari publisiti? Bukankah lebih baik YK membantu PTS dalam menerbitkan sastera agung Melayu?

Hendak tunggu YK mungkin sudah masuk tahun 2020 baru generasi muda dapat tahu fasal hikayat Melayu.
Takkan hendak terbitkan dengan harga yang mahal saja?

Ataupun ESKEKUTIF YK ini pun jenis hendak makan royalti sahaja?

Puan Sifu,
Memang patut “Lawan Tetap Lawan!”

Encik Mr. April,

Kata yang empunya gosip, Si Polan di YK itu kata, PTS menyebabkan YK akan rugi, sebab dengan adanya Hikayat Abdullah yang diterbitkan oleh PTS, Hikayat Abdullah terbitan YK tidak akan laku.

Kalau betul apa yang dikatakan itu, nampaknya YK hendak saman PTS sebab isu “duit”. Bukan isu bagaimana YK hendak mencapai matlamat asal mengapa YK ditubuhkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dulu!

Si Polan itu takut YK hilang duit, bukannya dia takut YK tidak menjalankan misi dan visi yang diamanahkan kepadanya.

Zeti  on  05/24  at  06:07 AM

Puan, seingat saya, jika ia masih diperingkat kajian, hakcipta belum menjadi milik mutlak mereka. Nampaknya YK perlu berguru dengan PTS tentang Akta Hakcipta grin

Di sinilah kita boleh nampak betapa ilmu tentang hakcipta itu penting - supaya tidak boleh dipermainkan oleh orang lain.

Cikpuan Zeti,

Kalau YK buat kajian ke atas teks HA, laporan kajian itulah yang hakciptanya dimiliki oleh YK.

jowopinter  on  05/24  at  06:09 AM

Saya senang dan tertarik pula untuk berfikir seketika tentang istilah ‘sastera batil’ yang Puan sebutkan itu .. smile

faizul  on  05/24  at  06:16 AM

Kebenaran sentiasa menang.

Zamri Mohamad  on  05/24  at  06:29 AM

Kalau inilah kisahnya, adakah YK mempunyai kes yang kuat atau akan berlaku kes makan tuan?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/24  at  06:31 AM

Inilah masalahnya bila golongan elit hendak jadi elit sepanjang masa. Bukannya hendak memahami kehendak pasaran.
Kemudian sibuk hendak salahkan orang lain. Memang rumitlah jadinya.

Masa di universiti dulu ramai rakan-rakan hendak baca buku-buku hikayat Melayu tetapi tidak mampu beli sebab kebanyakkan buku itu dibuat secara esklusif.

Jadi tindakan PTS ini baguslah.

Ini jadinya kalau sudah lari dari matlamat…

Jangan bimbang Sifu… KeAdilan sentiasa pada pihak yang benar. Betulkan, Faizul?

En. April,
Kalau YK hendak saman PTS, tidak mengapalah, YK banyak duit (yang DSAI dulu cari), YK mampu bayar peguam. Yuran buka fail pun sudah RM25 ribu!

Tetapi, siapakah yang sebenarnya untung apabila YK menang RM10 juta saman pejuang bahasa dan sastera Melayu macam PTS ini?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/24  at  06:42 AM

Assalamualaikum wm. wbt.

Maaf Puan Sifu,

Saya ingin mencadangkan supaya :

1. Pihak PTS menjelaskan mengenai isu public domain ini kepada Yayasan Karyawan dengan sejelas-jelasnya dan berhikmah. Duduk bersama-sama dan berunding. PTS menjadi yang PERTAMA memulakan langkah berbaik-baik.

2. Pihak PTS menawarkan sesuatu yang dapat memenangkan kedua-dua belah pihak. Pada masa artikel ini ditulis, Yayasan Karyawan merasakan mereka berada di pihak yang kalah. Mungkin boleh difikirkan penawar bagi mengubat luka kekalahan mereka.

Wallahu’alam.

<strong>Tuan Idrus,

Bayangkanlah YK hendak saman PTS RM10 juta! Saya ulang: RM10 juta! Itulah gosip yang sampai ke telinga saya…

Saya gadaikan rumah kediaman saya, jual satu lantai kedai saya, keluarkan semua tabungan ASN saya, minta abang adik RM50 ribu seorang bagi memulakan PTS, bagi memandaikan bangsa…

Berapa juta RM nilai pasaran buku klasik macam Hikayat Abdullah?

Hendak jual 3 ribu naskhah setahun pun sakit!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/24  at  06:56 AM

Semasa saya bersekolah dulu “Sejarah Melayu” pun saya tidak lalu hendak baca sebab pening dengan bahasanya. Kami semua pakat baca buku ulasan sahaja. Nasib baik lulus.

Saya percaya Hikayat Abdullah terbitan PTS telah ditulis semula secara kontemporari dan mudah dihadamkan isinya.

Berbalik kepada kisah YK, biasalah itu, siapa suruh dia buat kerja lambat macam siput dan marah bila orang lain siapkan dulu hasil kerja, tidak demokratik langsung.

Lebih baik YK simpan tenaga dan teruskan kerja (jika ada) menerbitkan buku lain mana yang patut.

:(

Arryna  on  05/24  at  07:10 AM

Assalamualaikum Sifu,

Ramai yang memberi semangat dan saya cuma tahu membaca. Hendak menyampuk lebih tapi kurang tahu tentang undang-undang. Sebelum buku tersebut dikeluarkan, Sifu pasti sudah terlebih dahulu tahu tentang etikanya.

Jika saya fikir dari logik akal (bukan dari segi undang-undang), siapa pun boleh buat kajian. Saya juga boleh buat kajian tentang itu namun jika saya sekadar menyimpan kajian saya, tiada siapa akan tahu.

Apakah kajian mereka itu memiliki hakcipta? Pasaran Malaysia bukannya luas mana, hal sebegini pun saman menyaman?

Kenapa YK tidak mempelawa PTS duduk semeja dulu? Inikah tindakan bijak pandai karyawan? Menulis pandai, komunikasi tiada.

Berharap masalah ini segera diselesaikan. Tidak mahu Sifu kita pening kepala dan susah hati.

Wassalam.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/24  at  07:22 AM

HATI YANG DINGIN

Setitis dingin menyimbah di hatimu
Setelah kau terima sebuah perkhabaran
Kejamnya manusia memperlakukanmu begitu
Di atas nama perjuangan.

Entah di mana hilangnya nilai kemanusiaan
Angkara kebodohan menilai, menimbang
Ilmu mereka setakat itu,
Menjulang mendabik dialah peneraju.

Hati yang dingin disimbah pilu
Tuhan, berikan dia semangat baru
Teruskanlah perjuanganmu
Memandaikan bangsa
Walau hati tercalar sengsara!


Kamal
23.05.2007
Cyberjaya

Nota : Ditujukan buat Sifu Ainon. Sedihlah saya dengar perkhabaran begini.

Tuan Mal,
Kes saman ini kes Mahkamah Tinggi. Kalau PTS terpaksa membela diri, buka fail peguam pun RM25 ribu. PTS boleh terbitkan 3 buah buku baru dengan wang itu.

rastom  on  05/24  at  08:06 AM

Buka fail RM25 ribu. Bila fail ditutup, dapat 3, 4 atau mungkin 10x ganda!

Insyaallah kalau mahu lawan nanti saya berikan nama firma guaman yang handal bab ini (bukan Rastom & Co.). Saya tidak ambil persen….

Cukup kalau dapat bukukan “PTS lwn YK: Tersungkur Kerana Dollah”... hehehe

dingin  on  05/24  at  08:07 AM

Salam sifu,

Semoga sejahtera hendaknya.

Siapa sebenarnya orang besar di YK.

Memang orang sastera ataupun orang politik?

Zeti  on  05/24  at  08:12 AM

Puan,

Jika benar apa yang dikhabarkan, ia amat menyedihkan. Mengapa sesama kita dalam industri yang kecil ini mahu saman-menyaman pula. Tidak cukupkah dengan sepak terajang yang ada?

Saya berharap ada penyelesaian yang bijak antara dua pihak. Saya tidak boleh bayangkan jika PTS atau Puan sendiri terpaksa menjual itu ini demi menyelamatkan syarikat yang berusaha memandai dan mencelikkan bangsa.

Saya doakan keteguhan hati Puan dan juga PTS dalam menghadapi gelora seperti ini.

Allah itu Maha Adil.

Cikpuan Zeti,

Ada orang kata, masakan orang YK itu serius sewaktu berkata YK boleh saman PTS RM10 juta. Kalau dia hanya bergurau, mengapa buku itu dibawa ke dalam mesyuarat lembaga pengarah YK dan dijadikan topik perbincangan sehingga, menurut yang empunya gosip, lembaga membuat ketetapan YK dikehendaki menulis surat kepada PTS.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/24  at  08:13 AM

Assalamualaikum Sifu,

Tindakan YK nyata tidak masuk akal dan dibuat tanpa berfikir panjang. Percakaran ini hanya akan merugikan sastera Melayu.

Diharapkan perkara ini akan diselesaikan secara baik dan tidak dibawa ke mahkamah.

Bak kata sifu, kalau sudah ke mahkamah nanti segala umpatan, caci maki akan keluar nanti. Bukankah tidak bagus begitu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/24  at  08:22 AM

Salam Pn Sifu,

Jangan bimbang, kalau mereka saman, memang sah mereka bukan dari golongan ‘orang-orang pandai’. Siapa yang untung? Peguamlah! Yang kalah dan jadi semakin ‘bodoh’ ialah orang-orang Melayu!

Mereka ada duit banyak, buat sahajalah karya-karya lain. Ada banyak lagi, kenapa perlu berebut-rebut. Kalau mereka betul-betul pandai dan cerdik sepatutnya dengan duit yang ada mereka sudah menerbitkan bukan hanya satu hikayat tetapi seratus hikayat!

Ini menunjukkan pentadbiran mereka itu lemah… bukan salah PTS. Dalam dunia perniagaan kita mesti bijak dan cekap mencipta peluang.

Pecat sahaja ahli lembaga YK itu sebab baru jaga dari tidur, dan mungkin kena siasat apa yang digunakan dengan duit RM7 juta. Takkan buat kajian tak habis-habis!

Kalau mereka cerdik, mereka sepatutnya bekerjasama dengan PTS menerbitkan lebih banyak karya Melayu ataupun memberi Geran barang sejuta-dua, supaya orang macam saya ini ada peluang hendak baca buku-buku macam ini.

Walau apa pun, kami sokong PTS!

Sekian,
Nor

Cikpuan Nor,

PTS terbitkan buku karya hikayat klasik ini dengan dituliskan semula menggunakan Bahasa Melayu moden. Dengan itu generasi muda hari ini dapat memahami apa yang ditulis oleh cendekiawan Melayu dulu-dulu.

Kalau PTS ini memikirkan duit, kita terbit buku hantu-hantu, misteri Nusantara, dan novel-novel asmara. Di situ ada banyak duit. Dapat dijual beratus-ratus ribu naskhah. Tetapi misi PTS adalah menerbitkan buku bagi memandaikan bangsa.

Naga Buana  on  05/24  at  09:11 AM

Teruskan perjuangan. Saya secara peribadi tetap menyokong Sifu dan PTS. Katakan yang hak, walaupun pahit.

fudzail  on  05/24  at  09:29 AM

Salaam Puan Sifu,

Pertamanya terima kasih kerana sudi menulis komen di dotkomania.blogspot.com, saya sendiri kesibukan untuk ke blog sendiri, hingga bersawang. (Kena uruskan projek prasarana utiliti Palm Jabel Ali, Dubai yang bernilai RM10 billion, saya pula tidak begitu arif dengan hal ehwal utiliti…. kena banyak belajar lagi, untungnya orang bayar untuk belajar dan buat kesilapan… harap semuanya Ok, insyaAlah)

Keduanya, pastinya ada hikmah yang tertulis disebalik saman menyaman ini. Manusia merancang, Allah juga perancang MAHA TERBAIK…..

Ketiganya, saya sendiri amat berminat untuk membeli buku Hamzah Hamdani ini (pernah juga keluar dengan beliau sewaktu dia di DBP dulu) kerana mahu tahu apa yang hendak disamankan, itu publisiti namanya.

Akhirnya, lawan tetap lawan!

Tuan Fudzail,
Buku ini dapat dibeli on-line di BOOK CAFE ataupun UJANA ILMU.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/24  at  09:41 AM

Assalamualaikum wm. wbt.

Puan Sifu,

Situasi ini menunjukkan semacam tiada perlindungan dari sudut penerbitan karya hikayat klasik Melayu oleh pihak-pihak lain. Walaupun karya tersebut telah menjadi public domain.

Tidak salah kalau saya katakan, seolah-olah hanya Yayasan Karyawan sahaja yang mempunyai hak untuk menerbitkannya.

Jika benar hanya mereka dilesenkan untuk menerbitkan karya klasik Melayu, mereka perlu menunjukkan bukti.

Pada pendapat saya, tanpa bukti ini mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menyaman orang lain. Sekiranya mereka lakukan demikian, PTS telah dizalimi.

Wallahu’alam.

abdul latip  on  05/24  at  09:46 AM

Assalamualaikum

Puan, adakah YK sudah dapat hak ke atas HA? Kalau sudah siapa yang beri hak itu?

Selepsas ini PTS akan terbitkan banyak lagi buku melayu klasik. Mungkin YK gelabah lagi. Nak saman lagi?

Saya yakin PTS berada di pihak yang benar.

Tuan Latip,
Baik siapa yang benar, bak kata pepatah, menang jadi arang, kalah jadi abu.

Naga Buana  on  05/24  at  10:12 AM

Sdr Latip, memang PTS di pihak yang benar. Itukan buku public domain, mana boleh saman. Pihak YK kena banyak belajar dunia penulisan dan penerbitan.

Menurut pacal yang empunya gosip, YK sudah keluar duit ‘merumikan’ teks original jawi karya Allahyarham Munshi Abdullah itu, jadi teks edisi rumi itu YK punya.

Page 1 of 2 pages  1 2 >

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.