Gosip: Adakah Yayasan Karyawan Bergurau?
Yayasan Karyawan ditubuhkan oleh mantan Menteri Kewangan, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Beliau mengutip RM7 juta derma daripada pelbagai korporat bagi mengisi tabung yayasan itu. Matlamat yayasan adalah memartabatkan sastera Melayu.Baru-baru ini, dalam suatu peristiwa, eksekutif tertinggi Yayasan Karyawan menerima senaskhah buku ini sebagai hadiah peribadi, lalu beliau berkata kepada si pemberi hadiah itu. Katanya, "Kita boleh saman PTS RM10 juta!"
Lalu, dalam suatu mesyuarat, beliau menunjukkan buku ini kepada anggota lembaga pengarah yayasan itu.
Apabila ternampak buku ini, salah seorang ahli lembaga berkata, "Sepatutnya inilah kerja yayasan!"
Maka, menurut risikan kita, mesyuarat itu membuat ketetapan yayasan akan 'menulis surat' kepada PTS.
Adakah surat yang dimaksudkan itu surat peguam?
Benar sekali, jalan perjuangan itu penuh onak dan duri. Jika kita menerbitkan sastera batil tidak ada yayasan sastera yang akan menyaman kita...
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Harap tidak lari topik. Kita bincangkan isu Yayasan Karyawan hendak menyaman PTS (gossip) semata-mata. Janganlah jadikan ruangan komen dan ‘kotak jeritan’ untuk “bullshiting” dan “blow your own horn.”
Proses menyaman bukan proses yang mudah dan cepat. Ia mengambil masa puluhan tahun. Apa hikmah sebaliknya? Sebab seperti kata peribahasa Tionghua, “Dalam setiap kejadian pasti ada keuntungan dan kerugian.” Tanpa perlu <i>“blow your own horn”<i> akan mendapat publisiti percuma yang berpanjangan.
Kalau, kalaulah misalnya… kena saman pun apa susahnya, yang kata dapat projek 10 billion itu takkan tak boleh tolong hulur. Wah… nampaknya sekarang bukan zaman juta, sudah masuk zaman bilion! Jutawan sudah berganti Laksawan.
Alamak… minta maaf Mbakyu, terlupa nak tutup tag di atas.
Sekali lagi berpesan dan meminta agar menghormati ruangan komen ini. Jangan gunakan untuk mencari publisiti murahan
Kalau tak menghormati ruangan komen ini sama seperti tidak menghormati Mbakyu.
Asalamualaikum Puan Sifu,
Saya teringat pesan Puan semasa bengkel - kita buat kerja mesti seronok. Berita mahu saman-menyaman ini mesti tidak seronok kerana ia di luar kawalan kita.
Pada pendapat Puan, adakah mereka mengeluarkan pendapat demikian kerana:
a) Mereka tidak sengaja (kerana tidak tahu tentang undang-undang hak milik intelek), atau;
b) Mereka sengaja (tahu tentang hak milik intelek) dan mahu mengambil peluang (sama ada mengaut untung atau membuat kontroversi).
Jika kerana A, mungkin Tuhan mahu memberi pahala perjuangan kepada PTS dengan mendidik YK tentang undang-undang dan hak milik intelektual. Apa yang akan berlaku selepas itu terpulanglah kepada YK sama ada mahu menolak hakikat atau sama-sama seronok bekerja dan memperjuangkan buku dan bahasa Melayu bersama PTS. PTS tetap akan berjalan seperti biasa.
Jika kerana B, maka PTS sudah lama menang kerana operasi PTS sejak mula sudah berpandukan undang-undang dan syariah. PTS tidak bersaing dengan sesiapa untuk menjadi yang terbesar atau terkaya, tapi bersaing dengan diri sendiri untuk mencapai matlamat menyebarkan ilmu dan memartabatkan bahasa.
PTS ada liganya tersendiri dan untuk masuk liga ini matlamatnya mestilah sama. Liga ini juga tiada persaingan, hanya pakatan.
Pada pendapat saya, semua ini adalah publisiti sahaja untuk PTS. PTS akan lebih popular, buku lebih laku.
Kos yang perlu dibayar adalah pengalaman semasa dalam prosesnya, dan itu termasuklah perasaan kita semua.
Puan Ainon,
Terkejut saya membaca berita ini.
Harapan saya, isu ini dibincang sebaik mungkin kedua belah pihak. Jangan diikut rasa amarah. Kalau tengah marah, memang senang keluar perkataan saman menyaman.
Orang kata, kalau sudah masuk mahkamah, kedua belah pihak yang akan rugi. Rugi wang, masa dan tenaga. Prosesnya sudah tentu lama yang akan melelahkan ramai pihak.
Bangsa Melayu sudah tentu rugi kerana sudah tentu tidak dapat membaca karya ini. Sudah tentu akan keluar injunction nanti, menghalang buku ini diedarkan.
Pihak yang pasti untung hanyalah peguam.
Saya harap ianya dapat diselesaikan sebaik mungkin. Kalau sudah di peringkat tidak boleh berbincang, gunalah pihak ketiga yang mungkin boleh meleraikan masalah.
Saya doakan kejayaan untuk khazanah bangsa Melayu…
Tuan Jiwa,
Isu Hikayat Abdullah ini akan berterusan, sebab PTS akan menerbitkan 10 judul siri karya agung Melayu yang sudah dimodenkan bahasanya. Jika HA ditarik ke mahkamah, apakah YK tidak akan menarik 9 judul lain itu ke mahkamah?
Jika YK mendapatkan injunksi mahkamah menyekat penerbitan dan pengedaran karya agung versi moden yang sudah diusahakan oleh PTS, apakah implikasinya hal itu kepada perjuangan memartabatkan sastera Melayu.
Kerja-kerja memodenkan bahasa dilakukan oleh daya usaha individu, seperti dalam kes Tuan Hj. Hamzah Hamdani ini. Beliau satu sen tidak dapat apa-apa dari PTS. Jika buku itu laku, beliau dapat royalti, jika tidak, tidaklah.
Para sarjana yang melakukan kerja-kerja memodenkan siri karya agung itu melakukannya disebabkan kecintaan kepada khazanah bangsa. Mereka mahu supaya isi kandungan karya itu sampai kepada generasi hari ini.
Bagi PTS, kos tinggi menerbitkan karya-karya ini dilakukan secara subsidi-silang. Ertinya keuntungan jualan buku-buku popular PTS digunakan bagi membiayai percetakan karya-karya agung ini. Kita tidak tahu apakah dari sudut pelaburan, langkah ini berbaloi dilakukan ataupun tidak.
Percayakah tuan-tuan, sehingga hari ini semua keuntungan PTS digunakan bagi menerbitkan lebih banyak judul baru, demi memandaikan bangsa. Sehingga saat ini PTS belum mampu membelikan saya kereta rasmi sebagai Chairman. Kereta Nissan yang saya pandu sekarang adalah saya beli sendiri! Gaji saya sendiri cuma RM3 ribu sebulan, sejak dulu tidak pernah naik!
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Semoga dengan berita saman ini buku “HA” yang ada di dalam stok sekarang habis terjual.
Sekiranya betul saman dikemukakan, maka tidak dapat tidak pembelaan mesti dibuat, biarpun memakan belanja puluhan ribu.
Namun insya Allah, di sebalik peristiwa yang kurang menyenangkan ini, PTS akan mendapat publisiti dan semoga ini akan meningkatkan jualan buku-buku keluaran PTS.
Ia juga secara tidak langsung akan mendedahkan kepada kita tentang undang-undang hakcipta kepada penulis dan bakal penulis - bukankah ini pun akan memandaikan bangsa.
Lawan tetap lawan.
Nota kaki: Puan Nisah Haron, pohon dihantarkan komen Puan.
Assalamualaikum Pn. Sifu,
Semoga Allah meningkatkan kesabaran kita semua.
Saya bukanlah ahli undang-undang mahupun penerbitan ataupun penulisan tetapi sekadar menjenguk untuk memberi pandangan.
Apa kata kita semua berdoa mohon petunjuk dan hidayah Allah sementara menunggu surat yang dimaklumkan akan dihantar oleh YK kepada PTS?
Assalamualaikum,
Setelah lama sekadar diam dan memerhati saya ingin mencadangkan supaya disusur dengan lebih lengkap isunya.
Amat malanglah kalau benar-benar YK bertindak begitu, kerana ia akan menunjukkan kesongsangan perjuangan…. martabat sastera diperjuang tapi segala usaha pihak lain selari dengan itu cuba dicantas.
Usaha memartabat sastera itu bukan milik mutlak mana-mana pihak tetapi milik setiap orang yang sedar dan mampu bertindak. Kenapa isu hakcipta jadi bangkitan?
Pada masa yang sama jangan pula kita terus panik dan kecut sekadar ‘mendengar’ satu kenyataan hasrat yang kemudiannya akan ditumpaskan oleh kesedaran dan keinsafan di pihak yang ingin menyakitkan kita.
Saya teringat banyak kes berlaku kerisauan hebat sehingga tenaga terbuang begitu sahaja dengan kerisauan dan persiapan menghadapi dugaan yang tidak pernah kunjung tiba….
Wallahu alam..
Assalamualaikum Puan Sifu yang budiman.
Semoga setiap hari yang puan lalui sentiasa berada dalam lindungan Allah. Sekiranya ujian melanda, itu tanda tuhan sayangkan sifu dan sayangkan PTS ini. Yang penting, kita sama-samalah minta dan doa pada-Nya agar ditunjukkan cara bagaimana mahu lulus ‘ujian-Nya’.
Sesungguhnya Dia yang memberikan ujian dan Dia juga yang memberikan ‘markah lulusnya’
Saya sangat-sangat terkejut membaca entri puan ini. Sebuah institusi kesasteraan mahu menyaman rakan seperjuangannya.
Puan Sifu yang bijaksana,
Entri gosip puan menyebutkan beberapa fakta relevan dan isu yang boleh dibangkit.
Puan Sifu yang budiman,
Fakta relevan yang dapat saya kesan ialah:
1) YK menanggung kerugian HA yang diterbitkan kerana PTS juga menerbitkan karya yang sama judulnya.
2) YK hendak menuntut RM 10 juta sebagai ganti rugi.
3) YK mendakwa bahawa HA terbitan PTS adalah kerja YK sepatutnya. Maka mereka mendakwa bahawa PTS telah mengambil alih peranan YK.
4) YK telah merumikan karya asal dan mendakwa bahawa hakcipta karya rumi itu adalah milik mereka.
Puan Sifu yang dihormati,
Antara isu-isu yang boleh dibangkitkan:
1) PTS menerbitkan judul yang sama dengan terbitan YK iaitu HA.
Undang-undang tidak melindungi nama judul buku. Contohnya buku rujukan sains KBSM yang berjudul ‘Skor A Kimia’ terbitan sasbadi dan fajar bakti. Satu judul yang sama dari dua penerbit yang berbeza. Hal ini tidak melanggar mana-mana hak cipta. Tiada hal berbangkit seperti yang di dakwa oleh YK menanggung kerugian.
Pemilihan pelanggan terhadap variasi produk dalam pasaran adalah satu persaingan yang sihat. Menjadi hak mutlak pelanggan memilih produk apa yang mereka mahu. Kecualilah YK sudah mendaftarkan HA sebagai ‘trademark’nya.
Sudah menjadi adat dunia perniagaan mesti ada persaingan yang sihat. Penerbitan karya klasik yang dimodenkan sebenarnya memenuhi ‘public interest’. Di sini PTS hanya memenuhi ‘public interest’ untuk menyebarkan sastera klasik di kalangan bangsa.
Mahkamah akan mengambil kira isu ‘public interest’ juga dalam penghakimannya. Isunya di sini adakah HA itu telah didaftarkan hanya untuk YK?
2) RM 10 juta.
Semoga puan tabah. Sebenarnya puan, pihak plaintiff boleh meletak berapa pun jumlah yang hendak di saman. Tetapi mahkamah/hakim yang akan menentukannya.
Dalam hal ini, mitigasi boleh memainkan peranan. Dalam setahun 3000 naskah pun payah dijual, tidak logiklah YK rugi RM10 juta. Seingat saya, jumlah saman yang paling mahal ialah RM 1 Juta (Kes saman malu Dato’ Vincent Tan). Selepas itu, kes Dato’ Vincent Tan ini banyak dikritik kerana selepas kes ini, banyak kes saman pemula yang menuntut juta-juta di mahkamah.
Saman yang paling mahal untuk tahun 2007 ialah RM500 ribu (kes kecuaian perubatan – Foo Fio Na sebagai plaintif yang mengalami lumpuh akibat kecuaian pakar perubatan).
Salah satu kritikan yang dinyatakan ialah: matlamat undang-undang meletakkan pihak plaintiff seperti keadaan asalnya.
Persoalannya di sini, adakah YK untung RM10 juta hasil penjualan HA edisinya dan mengalami kemerosotan jualan sebanyak RM10 juta juga?
Namun, kita berdoa, hal ini tidak perlulah dibawa ke mahkamah. Prosedur di mahkamah lazimnya lambat. Nanti lambatlah kita memandaikan bangsa. Kalau lambat bangsa kita pandai, maka rugilah kita! (Nauzubillahi min zalik)
3) Adakah YK mempunyai akta atau sub-akta yang memberikan kuasa kepada YK untuk menerbitkan HA dan karya-karya klasik yang lain?
Sekiranya tiada, maka tiadalah isu berbangkit di sini.
Sebagai contoh mudah: Baru-baru ini parlimen ada membentangkan rang undang-undang baru bagi peminjam duit PTPTN. Sekiranya undang-undang ini dikuatkuasakan, maka PTPTN boleh mendakwa mana-mana peminjam di bawah sub-aktanya.
Begitulah modus operandi sekiranya YK mempunyai sub-aktanya sendiri.
4) Soal rumi atau tidak… sebenarnya sesuatu yang tidak relevan.
Penulis HA tidak pernah mewasiatkan karyanya selepas 50 tahun kepada YK dan karyanya menjadi public domain. Tidak kiralah karya itu dirumikan, dijawikan, dihindikan, dicinakan ataupun apa-apa bahasa terjemahan, karya itu ialah hak awam.
Puan Sifu yang budiman,
Semoga Puan Sifu dan kita semua berdoa agar YK terbuka mata hati sedikit bahawa saman pemula yang mereka mahu mulakan itu besar kemungkinannya sia-sia.
Semoga Allah menunjukkan cara pada kita bagaimana mahu lulus dalam ‘ujian’ ini. Amin.
Semoga PTS sentiasa berada di dalam restu dan lindungan-Nya.
P/S:
- Puan Sifu, ini hanya ‘opinion’ sahaja bukan ‘legal opinion’
- Puan Sifu, saya minta maaf dan minta izin menggunakan sepatah dua istilah-istilah inggeris kerana saya belum mengambil subjek Bahasa Melayu Perundangan lagi.
Salam, puan,
Pertama kali saya terpandang judul Hikayat Abdullah di pesta buku 2007, saya sangat teruja. Tanpa fikir panjang saya terus beli.
Hikayat ini adalah khazanah sastera dan bahasa Melayu yang wajib dibaca oleh insan Melayu.
Betullah tujuan PTS hendak memandaikan bangsa dan memartabatkan bahasa. Jika hendak tunggu karya agung ini disimpan dan dibaca oleh para sarjana dan pengkaji sahaja, bukankah suatu kerugian.
Isu ini adalah salah satu bukti bangsa Melayu selalu melihat dari objektif kepentingan peribadi/agensi berbanding tujuan yang lebih utama dan benar.
Apa pun saya doakan perkara ini dapat dirundingkan untuk kepentingan bersama.
Tidak mahu Melayu malu selalu.
Tuan Puteri Ariyatna, kita masih ada lagi judul hikayat yang hendak dimodenkan. Bagaimana, tuanku mahu gunakan laptop baru tuanku itu bagi memandaikan bangsa?
Hairan bin Ajaib, atas dasar apa YK nak saman PTS? Soal hak cipta, silakan. Di mahkamah boleh cerita. Kita yakin PTS punya nawaitu yang jelas untuk menerbitkan semula Hikayat Abdullah. InsyaAllah kerja baik PTS akan berpihak kepada Anda.
Sdr Aini Murni bercerita dari sudut guaman. Panjang lebar, tetapi menarik!
Post a comment