Saturday, October 30, 2010

Gosip Hujung Minggu: Godaan Cinta dari Gadis-Gadis yang Sanggup Jadi Isteri Kedua Pengarang PTS

Salah satu godaan yang dialami oleh novelis lelaki adalah tawaran cinta yang datang sendiri. Mereka adalah gadis-gadis dari kalangan peminat karya sang novelis.

Beberapa novelis PTS memberitahu saya berkenaan emel cinta yang mereka terima. Antara novelis yang mengalami perkara itu adalah seorang pemuda yang baru menerbitkan sebuah novel dengan PTS.

Novelis-novelis PTS itu sudah mempunyai isteri dan anak, malah blog dan foto mereka dalam FB pun menunjukkan status mereka yang sudah berkeluarga, namun mereka masih tetap menerima tawaran dari peminat perempuan yang sanggup menjadi isteri kedua.

Gadis-gadis yang melamar sang novelis itu, mereka amat terkesan dan jatuh cinta pada karya yang dibaca. Ini macam kes "dari novel turun ke hati"....

Apakah faktor yang barangkali menyebabkan gadis-gadis berkelulusan tinggi mudah jatuh cinta dan sanggup menjadi isteri kedua kepada novelis pujaan mereka, padahal mereka tidak pernah mengenali novelis itu dari dekat, hanya setakat membaca karya mereka.

Apakah cerita-cerita yang mereka dengar tentang penulis menerima royalti ratusan ribu ringgit menjadi salah satu daya penariknya?

Macam-macam cerita....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Promosi Komik-M Previous entry: Penulis Melukis Ilustrasi Bukunya Sendiri
Syaizul Amal  on  10/31  at  12:31 AM

Assalamualaikum Puan Ainon,

Semoga berada di dalam keadaan sihat dan semoga dilimpahi rezeki yang melimpah ruah olehNya.

Saya juga dengar gosip-gosip begini. Antara yang melaluinya, Prof Kamil penulis buku Travelog Haji. Antara skil yang perlu adalah skil menepis atau mengelak tanpa menjejaskan hubungan penulis pembaca.

Kebanyakan pembaca yang minat hasil tulisan juga minat penulisnya. Ia sangat sukar dibezakan kerana hasil tulisan ini menusuk ke jiwa. Seperti pukau juga Puan.

Ramai yang minat hasil tulisan AinMaisarah dan juga minat orangnya.

Itu sahaja perkongsian saya.. gosip di pagi Ahad.

Wasalam
Pengurus AinMAisarah

Web Sutera  on  10/31  at  03:29 AM

Setuju! Eh grin

umroh desember  on  09/21  at  01:33 PM

dari kovernya kelihatannya manarik, bisa di dapat di gramedia kah? makasih

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.