Thursday, July 26, 2007

Gosip Industri: Ghairah Buku Hantu-Mantu

Gosip yang kita dengar mengatakan banyak penerbit sedang ghairah dan berlumba-lumba hendak menerbitkan buku-buku fiksyen bertemakan cerita hantu-mantu.

Sebuah cawangan penerbit antarabangsa di Kuala Lumpur - penerbit "M-C" - pun ikut terjun ke dalam sektor buku hantu. Gosip mengatakan ia akan menerbitkan buku bertemakan jenis hantu-hantu Malaysia!

Trend ini tidak sihat dan tidak menyihatkan minda rakyat Malaysia.

Bagaimanakah negara kita hendak mengembangkan minda "kelas dunia" jika para penerbit membekalkan buku-buku yang menjadikan minda pembacanya "tidak ada kelas"?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Gosip industri
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Perang yang Dicicirkan dalam Sejarah Rasmi Bangsa Previous entry: Dua Lagi Buku PTS Dilesen Jakarta
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/27  at  07:21 PM

Sebenarnya manusia sangat suka mencari sesuatu yang dianggap misteri. Bacaan yang berkaitan cerita sebegini sebenarnya tidak membantu mengembangkan tahap pemikiran seseorang. Hanya perasaan takut dan percaya kepada tahyul sahaja yang wujud.

Bukankah di dalam Al-Quran hanya dijelaskan adanya makhluk tuhan yang dinamakan Syaitan dan jin tetapi bukan hantu dan sebagainya.

Bukankah lebih bermanfaat membaca sesuatu yang boleh memberikan manfaat kepada diri?
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/28  at  08:29 AM

Assalamualaikum warahmatullah,

Saya pernah mendengar dari ceramah agama, iblis adalah dari jin yang kuat beribadat dan diangkat oleh Allah ke langit. Kemudian diminta sujud kepada Adam tetapi engkar.

Anak-anak cucu iblis yang dipanggil syaitan telah bersumpah ingin menyesatkan manusia dengan berbagai cara seperti menyerupai hantu dan masuk ke dalam badan manusia.

Jin Islam adalah jin yang masih kekal beribadat dan ada yang membantu manusia. Mereka turut sama hadir bila ada majlis ilmu. Mereka mungkin lebih ramai dari manusia!

Semasa masih bekerja dahulu saya sepejabat dengan penulis Siri Bercakap Dengan Jin.. Saudara Tamar Jalis. Rakan menggosipnya menuntut ilmu misteri. Hanya gosip.

Gosip juga sampai kepada kami ada pembaca yang membunuh diri selepas membaca cerita hantunya. Mungkin pembaca tidak kuat semangat dan diganggu oleh lukisan yang menyeramkan.

Keghairahan membaca cerita hantu juga boleh mengganggu jiwa yang tenang. Apa yang dibaca akan terbawa-bawa dalam kehidupan seharian.

Itulah pengalaman yang pernah saya dengar dan lalui.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/28  at  11:49 AM

Salam,

Saudari Duyung,

>>Keghairahan membaca cerita hantu juga boleh mengganggu jiwa yang tenang. Apa yang dibaca akan terbawa-bawa dalam kehidupan seharian.

Benar kata saudari. Bagi seorang yang tinggi daya imaginasi seperti saya, membaca buku-buku sebegitu meninggalkan kesan yang mendalam. Sekarang saya hanya membaca buku atau cerita sebegitu waktu bulan puasa. Ini kerana sudah terprogram dalam minda saya, di bulan Ramadan, hantu dan syaitan diikat jadi ia tidak akan datang mengacau. grin

Saya pernah ditawarkan untuk menterjemah sebuah buku cerita hantu tetapi saya tolak kerana saya tidak sanggup meneliti ayatnya satu demi satu. Buku itu saya baca sewaktu bulan Ramadan juga. Memikirkan saya tidak sanggup membacanya, malah memandang kulitnya sekalipun di waktu siang apatah lagi malam, saya tidak jadi menerima tugasan itu. Buku itu juga saya telah berikan kepada adik ipar. Menyimpannya di rumah juga saya tidak berani.

Apapun kini, setelah menghadiri bengkel terjemahan minggu lepas, saya tidak akan mempertimbangkan langsung untuk menterjemah karya sebegitu lagi. Benar kata Puan; menterjemah atau menulis karya batil, geruhnya akan menghantui kita sepanjang hidup dan di akhirat nanti.

.

apapun (SALAH) = apa pun (BETUL)

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: