Sunday, November 25, 2007

Gosip Industri: PNB akan Beli Pelangi

Salah satu gosip yang sedang panas diperbualkan di kalangan orang-orang industri buku adalah berita angin yang mengatakan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan membeli semua saham Pelangi Bhd dan dengan itu syarikat tersebut kembali menjadi syarikat private.

Pelangi dan Rythm adalah 2 buah syarikat penerbitan yang sahamnya diniagakan di papan pertama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Saham kedua-dua syarikat itu amat rendah nilainya saat ini. Jadi, jika PNB mahu mengambil alih Pelangi maka harga yang dibayar adalah amat rendah.

Walau bagaimanapun kita tidak tahu apakah rancangan PNB ke atas masa depan Pelangi jika gosip ini benar.

Kita meramalkan, disebabkan kekuatan Pelangi (dan kelemahannya juga) adalah terbatas pada penerbitan buku bersilabus, jika PNB menguasai Pelangi, maka pengurusan PNB besar kemungkinan menaruh harapan Pelangi boleh hidup dengan mendapat kontrak kementerian pelajaran.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Gosip industri
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Akan Terbit! Terbaru dari Tuan Guru Previous entry: Alangkah Baiknya Kalau....

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: