Wednesday, June 27, 2007

Gosip Industri: Tan Sri Rashid Hussein Muncul Semula

Semalam, Selasa 26hb Jun, Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Noh Omar memanggil semua penerbit sebab beliau hendak berjumpa mereka.

Tidak ada apa-apa yang penting yang beliau sebut dalam ucapannya. Beliau cuma marah-marah dan beri warning supaya penerbit yang mendapat tender buku teks mesti hantar buku ikut jadual. (PTS tidak mendapat tender.)

Yang menyebabkan hadirin terkejut adalah kemunculan Tan Sri Rashid Hussein dalam majlis itu. Beliau masuk dewan dan duduk di kerusi depan.

Pada tahun 2006 gosip industri menyebut TSRH melobi hendak mendapatkan tender membekalkan buku teks bagi semua subjek wajib dari tingkatan 1 sampai tingkatan 6.

Tetapi, gosip mengatakan, tahun lalu pegawai-pegawai di kementerian tidak menyokong rancangan TSRH disebabkan beliau tidak mempunyai track-record dalam industri buku.

Semalam, Dato Noh marah-marah di atas pentas. Biasalah, tokoh kita yang ini memang sudah mempunyai trade-mark menteri yang suka marah-marah.

Apa yang menarik adalah, dalam beliau marah-marah itu, beliau menyebut bahawa kontrak buku teks yang diberikan kepada DBP sekarang bernilai RM300 juta.

Apakah ada kaitan antara kemunculan TSRH dengan angka RM300 juta yang diberikan kepada DBP-DAWAMA. Apakah ada kemungkinan RM300 juta itu akan diberikan pula kepada TSRH....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Gosip industri
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: RTM Mahukan Skrip Lengkap Previous entry: Judul Bestsellers Antarabangsa Menghasak Buku Tempatan - Kecuali dalam Dua Sektor
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/27  at  01:26 PM

Assalamualaikum…

Diskaun buku teks kepada pengedar buku teks selalunya rendah iaitu sekitar 15 hingga 25 peratus sahaja.

Ini bermakna setelah ditolak royalti 10 - 12 peratus kepada penulis , rasanya 30 peratus akan masuk poket penerbit itu.

Dengan jumlah keuntungan yang sebegitu besar, kira-kira RM90 juta setahun sesiapa yang berpeluang, berkesempatan atau mempunyai `kabel` yang besar pasti akan `merentapnya`.

Cuma masalahnya ialah, siapakah TSRH dalam dunia perbukuan ini?

Namun saya juga ingin melihat kekuatan sebenar Dawama jika buku teks terlepas dari genggaman mereka.

Sepanjang yang kita tahu, tidak ada penulis buku teks dalam skim pinjaman yang menerima royalti. Semua dibayar lump-sum - sekali bayar sahaja.

Tentang apa nasib DAWAMA tanpa projek buku teks, kita semua dapat mengagak…
——-

denai  on  06/27  at  02:05 PM

Budaya ‘kabel’ sudah sangat mengakar dalam masyarakat kita baik dari sekecil-kecil perkara sampailah kepada yang sebesar-besar perkara.

Mungkin kita orang kecil-kecil mula cuba menjaja jijiknya angkara ‘kabel’ ini dan orang kecil-kecil dapat merasa sama hak dalam persaingan yang sihat.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/27  at  04:10 PM

Apa hal hendak beri tender buku pada banker?

Kalau kita hendak beli basikal, takkan kita cari tauke ikan.

Inilah budaya pengurusan hadhari…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.