Thursday, August 16, 2007

Gosip Kontrak Pembelian Buku BTP

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) membelanjakan RM60 juta bagi pembelian buku tahun 2007 untuk perpustakaan sekolah-sekolah.

Buku PTS 3 tajuk dipilih - nilai sekitar RM100 ribu.
DBP dapat 3 tajuk - nilai sekitar RM100 ribu (gosip)
Utusan dapat 5 tajuk - nilai sekitar RM200 ribu (gosip)

Hmmm....

Kalau DBP pun cuma dapat 3 judul, judul-judul siapakah yang dipilih oleh BTP?

Bagi orang yang tidak biasa dengan perniagaan, RM100 itu bunyinya banyak. Tetapi jualan PTS sudah mencecah antara RM700 - RM800 ribu setiap bulan.

Apa yang berlaku dengan kontrak-kontrak kerajaan menjadi faktor utama yang mendorong PTS bersungguh-sungguh belajar berniaga "main-kedai", tidak mahu "main-kontrak".

Tim PTS belajar hidup cara susah, tebalkan kulit muka, pekakkan telinga, kuatkan semangat... bawa buku dari kedai-ke-kedai, pujuk tuan kedai supaya mahu ambil buku PTS dan pamerkan dalam kedainya.

Tim PTS belajar kutip hutang dari pintu-ke-pintu kedai dan pengedar.

Tim PTS belajar ikat perut, menangis dengan air mata mengalir ke dalam, apabila ditipu kedai dan pengedar, dengan nilai hutang lapuk yang gagal dikutip lebih RM300 ribu.

Kita bersyukur, PTS tidak diberi kontrak, baik oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Bahagian Buku Teks (BBT) mahupun Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP).

Memang PTS pun tidak masuk tender. 3 judul PTS yang dipilih BTP itu disubmit oleh kontraktor buku.

Kita bersyukur PPK, BBT dan BTP melayan buku-buku yang diterbitkan oleh penerbit Bumiputera tulen macam PTS ini begini sekali.

Ada hikmah besar di sebalik kepayahan-kepayahan yang dilalui. Tim PTS terpaksa belajar berniaga macam Cina berniaga. Fikir kedai, kedai, kedai....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Gosip industri
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Khutbah Jumaat PTS: Persahabatan adalah Senjata Previous entry: Sensitiviti Pegawai Kerajaan Terhadap Kereta Trainer
mp  on  08/16  at  11:35 PM

Salam Puan dan rakan-rakan,

Berdasarkan sedikit pengalaman mengajar keusahawanan, saya pernah menyebut kepada pelajar-pelajar yang mendengarnya, jika sekiranya satu ujikaji sosial dibuat dengan menempatkan sekumpulan orang-orang Melayu supaya menetap di rumah kedai dan dibantu supaya berniaga dan sekumpulan orang Tionghua di tempatkan di kampung-kampung atau taman-taman perumahan seperti kebanyakan orang Melayu, adakah selepas 50 tahun kemudian, kita dapat melahirkan satu generasi orang Melayu yang minat berniaga?

Apakah anak-anak yang dibesarkan di rumah kedai dalam keluarga yang berniaga mewarisi dan menjiwai ‘nilai-nilai kedai’ dan niaga; tidak didodoikan dalam buaian ‘bila besar makan gaji’, tetapi jadilah trainer yang boleh dapat duit banyak? hahaha..

Rakan-rakan trainer jangan marah.
——-

Riduan Khairi  on  08/17  at  08:05 AM

Puan Sifu,

Terbakar semangat saya untuk menulis dengan PTS. Saya sedang menyiapkan sinopsis yang kedua. Belum cukup lima lagi ni!.

Puan Ainon Mohd.  on  08/17  at  01:19 PM

Tuan MP,

Hipotesis saudara itu amat menarik. Saya pun tidak pernah terfikirkan “social engineering strategy” begitu bagi melahirkan generasi usahawan Melayu.

Teringat pula cerita saya sendiri. Selepas saya berhenti kerja, saya membuka pejabat di tingkat 4, di deretan rumah kedai di depan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saya menyewa ruang dalam lantai pejabat seorang peguam Cina usia 50-an. Lantainya masih ada sedikit ruang kosong, jadi dia beri saya 10’X6’ cukuplah untuk saya, dan setiausaha saya, serta 2 orang pembantu penyelidik saya.

Peguam itu panggil kontraktor Cina perempuan (cantik orangnya, warga Taiwan kahwin Cina KL), suruh buat partition, saya kena bayar kosnya. Sewa ruang kecil itu RM400 sebulan.

Bil air dan api, dia kira, mana yang lebih daripada yang dia biasa guna, itu sayalah yang mesti bayar.

Peguam Cina dan kontraktor perempuan Cina itu adalah 2 orang mentor saya, dan saya akan ingat apa yang mereka ajar saya sampai bila-bila, dan saya sudah turunkan kepada anak-anak saya.

Sewaktu kontraktor perempuan itu sedang buat partition, saya tidak bertanya, tetapi dia berkata begini kepada saya, “You boss aah? Veli good. I tell you, you don’t hide your staff. Let your client see them very busy doing work. You no-need to have room for yourself.”

Nasihatnya itu saya terima bulat-bulat. Dia rugi memberi nasihat itu kepada saya, sebab kalau dia buat bilik untuk saya, dia dapat bayaran lebih.

Satu hari, tiba-tiba tepat jam 9.30 pagi, si peguam towkay saya panggil saya ke biliknya. Tak pernah-pernah dia buat begitu.

Dia memberi saya nasihat yang maksudnya begini: “Kamu tahu bukan, berita TV malam tadi, Iraq serang Kuwait?”

“Ya, tuan,” kata saya, terpinga-pinga.

“Mulai hari ini, kamu jangan beli apa-apa. Simpan duit. Ikat perut. Kita tidak tahu, apa akan jadi pada ekonomi kita akibat perang ini,” katanya.

“Baik, tuan. Terima kasih, tuan, atas nasihat itu. Saya akan ikut nasihat tuan,” jawab saya.

“Jaga bisnes kamu baik-baik. Saya tidak mahu kamu susah sampai tidak dapat bayar sewa saya,” katanya.

Jika saya tidak membuka pejabat di tengah-tengah kawasan Cina, apakah saya akan mendapat nasihat seperti itu? Barangkali, MARA boleh buat syarat, sesiapa yang mahu membuat pinjaman perniagaan MARA, dia perlu membuka kedainya dalam kawasan Cina.

Alang Kelana  on  08/17  at  06:11 PM

Assalamu’alaikum Puan,

Semoga suatu hari nanti Puan mulakan Akademi Perniagaan, dengan mengambil anak-anak penulis PTS sebagai ‘Kumpulan Uji Kaji’ atau mentee Puan. Mentee dan juga mereka menjalani kursus ‘sistem perantis’ (apprenticeship).

Kita sama-sama bangunkan mereka ke arah menjadi usahawan kecil-kecilan dulu, sehingga menjadi usahawan yang akan menjadi pemilik perniagaan, paling kurang pun tahap Industri Kecil dan Sederhana. Selain itu minda mereka diasah supaya memandang berniaga lebih baik daripada makan gaji.

Minda anak bangsa terlalu lama diasuh dengan budaya makan gaji - hasil gerakan penjajah dalam agenda ‘pecah dan perintah’ mereka - semoga usaha kita ini akan menambah-pandaikan bangsa.

Fable Fox  on  08/18  at  05:06 AM

Saya mempunyai seorang abang ipar Cina, dan (dengan maaf) dia adalah satu-satunya ahli keluarga yang memberi nasihat berharga kepada saya. Yang lain? Melayu… biasalah, selagi boleh makan, makan, makan dan makan….... walaupun ahli keluarga sendiri.

Untuk menyambung blog saya dahulu, saya ada kata kita ada pepatah ‘seperti menolong anjing tersepit’, hairan juga, kita juga yang ada ‘seperti haruan makan anak’....

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/19  at  08:46 AM

Assalamualaikum Pn. Sifu,

Di kampung saya ada seorang Cina bekerja daripada bujang hingga beranak tiga dengan tauke Cina sebagai pembantu kedai.  Akhirnya apabila tauke itu meninggal dunia, kedai itu berpindahmilik kepadanya.

Saya pernah bertanya kepadanya bagaimana perkara ini boleh berlaku.

Katanya dia hanya menerima separuh sahaja daripada gajinya setiap bulan disepanjang masa dia bekerja di kedai itu. Kalau tidak silap saya, lebih 10 tahun dia bekerja sebelum taukenya meninggal dunia. Separuh lagi taukenya simpan untuk buat modal berniaga. Setelah taukenya mati duit itulah yang digunakan untuk membeli kedai tersebut.

Kebetulan di sebelah kedai itu ada sebuah kedai runcit lain yang dipunyai oleh seorang Melayu. Kedai runcit yang serba kekurangan.

Pembantunya rakan saya. Gaji jangan ditanya. Kadang ada kadang tiada.

Tetapi oleh kerana waktu itu tiada kerja lain yang sesuai, rakan saya teruslah juga bekerja di situ walaupun adakalanya tanpa gaji.

Akhirnya apabila tuan punya kedai itu meninggal dunia kedai berpindah tangan kepada entah siapa dan rakan saya terpaksa berhijrah ke bandar untuk kerja makan gaji juga.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/15  at  06:37 PM

3 tahun saya berkerja sebagai Penyelia di Pasaraya tetapi sebelum menjadi penyelia saya jadi penjaga stor selama 2 tahun kadang kala pemangku penyelia ( total experience 5 years).ceritanya begini.
Manager saya berbangsa cina dan sering meng’compare’kan orang bumiputra dengan bangsa cina.Dia cakap orang cina pandai buat business,asal buat business mesti maju punya, dia cakap macam tu sengaja menyindir kitaorang. saya(orang bumiputra)memprotes dalam hati” ok tak apa tengok nanti”,so saya belajar apa yang dia buat dan belajar cara dia fikir..kaedah dia macam ni…Apabila ada pesaing di sekitar…jatuhkan business pesaing anda dengan cara mencuri pelanggan setempat iaitu membuat promosi setiap minggu..kotak boleh recycle jual balik,besi rak yang usang jual balik,matikan aircond apabila musim hujan,jual barangan yang paling laris dalam harga yang sangat murah untung 1 sen pun puas hati…so apabila semua pelanggan setempat tertumpu kepada pasaraya anda…pesaing tetap akan gulung tikar.tinggalah pasaraya manager saya..lagi satu..memang best kerja guna strategi marketing kerana setiap minggu kaedah ini bertukar-tukar memerlukan kecerdikan para penyelia..cikgu tak ajar ni waktu sekolah—cuma main chess jer lah—lagi satu kebanyakkan orang kerja dengan gov tu terutama kerja opis—banyak yang tak lulus jadi penyelia pasaraya kerana lembab berfikir dan tidak agresif berkerja—sebab konform hujung bulan dapat gaji—kalau kerja dengan swasta ni kena berkerja dari segi mental-rohani serta fizikal-sebab takut2 company gulung tikar.Dan akhirnya saya berjaya menjawat jawatan penyelia kerana jualan saya tahun 2008/09 naik 101%(tak tipu)dan masih berusaha untuk memastikan company tidak gulung tikar sebab lebih 5 orang pekerja dibawah jagaan saya dan 15 orang lagi dibawah jagaan mereka—semua cari makan cara halal—ikut kaedah orang cina iaitu—sentiasa mencari kaedah untuk mencari wang untung

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.