Tuesday, November 28, 2006

Gosip Novel Cinta

Ini gosip terbaru industri novel cinta.

Dalam setor salah sebuah pengedar novel cinta yang terkenal di Lembah Kelang, terdapat stok hampir 50,000 (lima puluh ribu) naskhah novel-novel cinta, terdiri daripada beratus judul, yang sudah lama tidak bergerak.

Adakah saudara masih mahu menulis ataupun menerbitkan novel cinta?

Dalam entri lalu kita sudah bercakap tentang pasaran novel cinta yang sudah menjadi lautan RED OCEAN.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(22) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Wakil PTS ke Bangkok Previous entry: Etika dalam Teori Terjemahan Islami Semestinya Syariah-Compliant
alang kelana  on  11/28  at  12:20 PM

Assalamu’alaikum Sifu, Pak Rastom, et al,

Semoga:

(a) pasaran sajak-sajak kabur yang bertemakan cinta belum menjadi Red Ocean; dan

(b) pasaran buku poligami masih di dalam kategori Blue Ocean (saya sudah mula menulis…).
——-

zalisa  on  11/28  at  12:49 PM

hahaha. Kaburnya sajak cinta di pasaran, tetap terang jelas di dalam hati. Jadi jangan bimbang Tuan Alang.

Buku poligami tu pembelinya tentu lelaki. pun tak perlu bimbang. Duit dalam tangan mereka :D

Helmy  on  11/28  at  04:33 PM

Salam.

Dan yang menarik sekali DBP mahu menuju ke jalan itu…

Puan Ainon Mohd.  on  11/28  at  09:22 PM

Sdr Helmy,

Betulkah DBP pun menuju ke arah Red Ocean novel cinta? Dari mana sdr dapat gosip itu? Adakah DBP ataupun DAWAMA? Sebab saya ada terdengar gosip DAWAMA hendak menjadi penerbit juga…

alang kelana  on  11/29  at  12:37 AM

Sesuaikah di dalam situasi mereka yang masih mahu menuju lautan RED OCEAN novel cinta itu kalau kita gunakan bidalan “Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya”...?

Puan Ainon Mohd.  on  11/29  at  12:46 AM

Sheikh, tuan Rastom akan jawab pertanyaan itu dengan berkata, “Biaq piii! Biaq piii….!”

Helmy  on  11/29  at  03:27 AM

Salam.

Puan Ainon,

Sudah beberapa kali terdengar cerita ini. Ini ditambah dengan “pentas” mastera dan beberapa “acara” yang akan dijalankan dbp. Harap ia hanya khabar angin dari keresahan mereka yang kecewa dengan sikap dbp.

Puan sedia maklum dalam urusan penerbitan ini siapa yang lebih “berkuasa”.

Namun, ini satu perkhabaran yang bukan dibawa “angin” - Buku LTP yang dipulangkan hak penerbitannya dan sudahpun dicetak oleh WB pada awal tahun, kini mereka mohon rujuk. Erti kata lain, mereka hantar surat dan kontrak mahu menerbitkannya…

Tentunya ada sesuatu yang sedang berkembang bukan?

Puan Ainon Mohd.  on  11/29  at  03:39 AM

Sdr Helmy,

Jika sungguh DBP pun mahu terjun ke dalam lautan Red Ocean novel cinta, barangkali elok DBP buat tinjauan perkembangan mutakhir pasaran novel cinta di negara ini.

Sifu Besar NovelCinta, En. Norden Alaf21, pernah memberitahu saya, katanya, “Novel Cinta has lost it’s magic.” Jangan ambil ringan kata-kata Sifu Besar itu. Beliau tidak akan mengatakan sesuatu melainkan beliau tahu perkara itu. Saya yakin maklumat yang diberikan oleh En. Norden kepada saya itu benar.

Jika 1 pengedar besar tersangkut dengan 50,000 naskhah novel cinta yang sudah tidak bergerak lagi, kita dapat membuat anggaran kasar berapa banyak novel cinta yang berlonggok dalam setor2 pengedar utama novel cinta, tidak termasuk jumlah yang tersangkut di kedai-kedai penjual novel2 cinta yang begitu banyak di seluruh negara.

Adequate  on  11/29  at  06:20 AM

Adakah dengan kepimpinan MASTERA melalui pemikiran Ahadiat Akashah merupakan petanda laut merah novel cinta yang bakal dilayari DBP akan bermula?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/29  at  09:34 AM

Tadi baru isi borang langganan untuk membeli novel-novel cinta. Beli semua koleksi yang mereka ada. Tapi kita tak boleh beli banyak, tapi bolehlah mengurangkan longgokan yang mereka ada….

Helmy  on  11/29  at  10:22 AM

Puan Ainon,

Saya harap itu hanya “gimmick” pembesar dbp.

Seperti Puan katakan, Sifu Besar - Alaf21 - peneraju, tentu saja dia tahu apa yang dia katakan.

Saya penerbit besar kuman ni pun “sakit” sangkut buku-buku yang dipesan pnm…

Puan Ainon Mohd.  on  11/29  at  11:15 AM

Sdr Adequate,

Sampai saat ini saya tidak dapat mendukung pemilihan penulis novel macam Encik AA itu sebagai salah seorang wakil Malaysia ke MASTERA.

Kalau DBP pilih orang macam saya pun rasanya elok sedikit, meskipun saya bukan novelis, tetapi sekurang-kurangnya saya dapat bercakap hal-hal yang teoritis, khususnya saya dapat bercakap tentang teori penulisan novel Islami aliran surah Yusuf. Paling tidak, wakil-wakil Indonesia itu mendapat input yang ‘fresh’ - masih panas, baru keluar dari oven. Hehehe!

Kang  on  11/30  at  05:26 AM

Sekali lagi, sebagaimana biasa, kita hanya mengulang sejarah yang telah berlaku, sejarah pulut kuning. Asal mulanya, sedang seorang memasak pulut, kata yang empunya cerita, tertumpahlah kunyit ke dalam pulut itu, jadilah ia “pulut kuning”. Maka sejak dari tarikh “tak sengaja” itu, pulut berwarna kuning menjadi ikut-ikutan, tanpa mengetahui apa sebenarnya fungsi warna kuning itu.

Ikut-ikutan. Bila seorang dua ‘berjaya’ menjadi penulis ‘best-seller’ novel cinta, berduyun-duyunlah penulis lain ‘memancing’ di lubuk yang sama. Di antara yang berduyun-duyun itu pasti ada yang merosak dengan membawa sikap ‘mee segera’.

Skop yang lebih besar. Bila satu atau dua penerbit berjaya dengan penerbitan novel cinta, maka berduyun-duyunlah penerbit masuk ke dalam lubuk yang sama. Di antara penerbit yang berduyun-duyun itu, sebahagian besarnya merosak, sekali lagi membawa sikap ‘mee segera’.

Persamaannya: sebelum ini, sejarahnya ialah cerita hantu, majalah seperti Mastika (pada suatu masa, tahun 90’an ada 48 judul majalah seperti Mastika), buku lucah (tahun 80’an), dan penerbitan telemovie. Bidang lain: nasyid.

Penyudahnya: pembaca mula mencebik kepada novel cinta.

Keuntungannya: pembaca mula mencari alternatif lain. Sudahkah kita bersedia menjadi “trendsetter”?

Kekal dulu, kini dan selamanya: KUALITI

Puan Ainon Mohd.  on  11/30  at  05:33 AM

Tan Sri Kang,

Saya suka teori pulut kuning itu!

Saya juga setuju - kekal dulu, kini dan selamanya: KUALITI!

alang kelana  on  11/30  at  12:26 PM

Di Mana Lagi Akan Kita Cari Novel-Novel Cinta Itu?

Di mana lagi akan kita cari novel-novel cinta itu
Setelah 50 ribu terjumpa di dalam stor yang satu
Jika kita kumpulkan semua yang tersekat di rak-rak yang beribu-ribu
Di kedai-kedai mamak atau di gerai-gerai runcit desa yang berdebu
Akan kita dapatkah tambah lagi 50 ribu?

Siapakah lagi akan menulis novel-novel cinta itu
Adakah penulis lama atau berpuluh-puluh lagi novelis yang baru
Demi mengejar royalti yang diberitakan mencecah ratusan ribu
Yang hanya seperti mengharap fatamorgana di musim salju?

Biarlah mereka terus menulis novel-novel cinta itu
Tapi kita puan-puan dan tuan-tuan yang sudah tahu
Kita tinggalkan lautan yang merah berdarah itu
Sama-sama meneroka dan menjelajah, nun, di lautan luas nan biru
Novel jibunsyi, motivasi bisnes dan poligami yang sentiasa laku.

...(c) alang kelana ...

Puan Ainon Mohd.  on  11/30  at  03:01 PM

Sheikh Alang,

Sebuah pengedar novel cinta (yang lain) memberitahu, tahun 2006 ini, jualan novel cintanya belum melepasi RM300 ribu. Tahun-tahun sebelum ini jualannya antara RM2.5 - RM3.0 juta setahun. Jumlah stok novel cintanya yang tidak bergerak dalam setornya adalah 42 ribu naskhah!

Ayuh kita menyanyikan lagu ini beramai-ramai….

....Biarlah mereka terus menulis novel-novel cinta itu
Tapi kita puan-puan dan tuan-tuan yang sudah tahu
Kita tinggalkan lautan yang merah berdarah itu
Sama-sama meneroka dan menjelajah, nun, di lautan luas nan biru
Novel jibunsyi, motivasi bisnes dan poligami yang sentiasa laku.

(c) Alang Kelana.

Faizul bin Kamaruddin  on  12/01  at  02:53 AM

kita perlukan anjakan paradigma dalam menghasilkan novel cinta, kita perlukan formula yang baru. Kita kena buat pembaharuan dalam persembahan cerita di dalam novel cinta.

kata seseorang kepada saya, lalu saya taipkan di sini

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/01  at  03:27 AM

Saya tetap yakin novel cinta akan tetap mendapat sambutan hangat jika kena gaya tulisan dan penceritaan yang lari dari kebiasaan. Lari dari kebiasaan ...!!

Puan Ainon Mohd.  on  12/01  at  04:07 AM

Sdr Faizul dan Sdr Mal,

Novel cinta akan sentiasa laku! Itu saya yakin. Makanya kisah yang paling indah dalam al-Quran adalah kisah cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf.

Semua jibunsyi PTS mengandungi kisah cinta yang ditulis menggunakan teknik surah Yusuf. Inilah contoh paradigma dan gaya penceritaan baru yang saudara berdua sebutkan itu.

Menulis novel cinta dengan berpandukan al-Quran adalah ibadah. Sewaktu membuka laptop, baca bismillah….

Faizul bin Kamaruddin  on  12/01  at  07:13 AM

Jibunsyi yang berunsurkan kisah cinta yang saya sudah baca saya dapati memang indah. Ia mendidik saya batas-batas di dalam pergaulan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim.

rastom  on  12/03  at  02:41 PM

Kekal dulu, kini dan selamanya: KUALITI

Itu kata hikmat. Bukan masalahnya cinta, tetapi cinta yang tak berkualiti yang dibukukan. Buku kisah cinta yang berkualiti, yang membawakan “katarsis” kepada protagonisnya, yang membawa dunia baru semangat baru kepada heronya dan pembaca dapat memasukkan dirinya kedalam kisah cinta yang agung begitu. Pelik tetapi benar, dengan bantuan laptop dan teknologi menulis, hasil mutakhir novel cinta kita banyak yang hampeh!

Puan Ainon Mohd.  on  12/03  at  08:30 PM

Tuan Rastom,

Kekal dulu, kini dan selamanya: KUALITI

Penulis menulis ikut kemahuan penerbit. Kalau penerbit mahunya yang hampeh, penulis akan menuliskan yang hampeh. Jadi, pendosa yang lebih besar adalah penerbit!

Namun, kalau penulis tidak mahu bersekongkol dengan penerbit yang memperdagangkan cinta hempeh, meskipun pulangan royaltinya besar, maka itu adalah ujian ke atas iman penulis.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.