Thursday, November 30, 2006

Gosip Panas!

Ini gosip bisnes paling hot saat ini. NST akan menelan Kumpulan Utusan! Dikatakan Dato' Johan Jaaffar bakal menjadi 'Raja Media Malaysia'.

.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Gosip industri
(26) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Laporan dari Bangkok 1 Previous entry: Terjemahan: The Fiqh of Muhammad's Silence
Kang  on  11/30  at  05:44 AM

Ini berita yang menggemparkan! Terbuang kemudian terbilang. Datuk JJ ada karisma, walaupun mulutnya memang celupar (menurut kata Presiden Arief, mulutnya agak kuat mencarut).

Banyak yang kita boleh belajar. Datuk JJ dibuang dari ketua pengarang Utusan kerana tulisannya yang tidak mengampu Dr M ketika itu. Dibuang kerana tulisan mengenai Sukan Komanwel 1998 yang menelan kerugian besar ketika itu. Mungkin juga dibuang kerana salah ‘kem’. Politik…

Masa itu memang tengah terlalu panas isu Reformasi (September 1998) dan saya bertemu beliau di rumah Dato Sri Anwar. Sepatah kata beliau pada malam itu yang masih saya ingat dan saya ulang-ulang, “Politik, apa hairannya, kalau kawan tak tikam kita, dia pinjamkan pisau kepada kawan lain untuk menikam kita.”

Kini bangkit semula jika benar beliau akan bergelar “Raja Media Melayu Malaysia” sebagaimana suatu masa dulu gelaran itu disandang olah Tan Sri Nazri Abdullah.

Moralnya: “Mendung di waktu pagi tidak semestinya mendung sepanjang hari”—demikian kata peribahasa Tionghua.

rastom  on  11/30  at  06:08 AM

Raja Media Malaysia Puan? Hehehehe. Belum boleh saingi Ratu Dangdut Inul goyang gerudi kerana lebih ramai audien Inul dari audien yang percayakan Media Malaysia (a la record cap anjing dulu HMV=His Master’s Voice. Media alternatif dari internet lebih dipercayai dari akhbar arus perdana yang terpimpin oleh kehendak pasaran ( sensasi, seks, gosip) ....Tuan Kang, memang mendung itu berarak, tetapi senja pula berlabuh, hehehehe

Puan Ainon Mohd.  on  11/30  at  06:31 AM

Dato’ JJ ini memang luar biasa perjalanan hidupnya, macam drama! Banyak orang suka beliau, banyak juga yang tidak suka beliau. Kami pernah satu pejabat sewaktu bekerja di DBP dulu. Beliau orang yang tidak hipokrit. Dia mungkin berubah sikap dan pendapat, tetapi tidak hipokrit. Kalau dulu dia cakap lain, sekarang cakap lain, itu dikeranakan memang pemikirannya sudah berubah, pendiriannya sudah lain, bukan cerminan tingkah laku dolak-dalik hipokrasi.

Itulah sejauh yang saya kenal beliau.

Ada satu pepatah ciptaan beliau yang saya masukkan dalam kamus peribahasa kami: “Harapkan tin jaga biskut, tin makan biskut!”

Tentang gosip beliau akan menjadi RMM (Raja Media Malaysia), apakah ini persiapan BN menjelang pilihanraya? Maka Dato’ Johan akan ditugaskan memimpin akhbar-akhbar BN-related media bagi memastikan kempen BN membawa kemenangan yang cemerlang, gemilang dan terbilang? Malaysia Boleh!

fudzail  on  11/30  at  06:35 AM

Perubahan itu sebahagian dari arus kehidupan, naik turun, tenggelam timbul, jatuh bangun, hilang gelap timbul terang, mati hidup semula.

Selalunya melawan arus akan tenggelam, tetapi mengikut arus pun belum tentu sampai ke destinasi, boleh ditelan gelombang mahupun dibaham para buaya di sepanjang sungai.

Walau apapun, Malaysia nampaknya semakin ke belakang…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/30  at  06:54 AM

Dato’ JJ ini saya tak berapa kenal, tapi saya tidak berkenan dengan gelagatnya sebagai moderator untuk Debat Perdana. Sangat tidak profesional dan berat sebelah. Walaubagaimanapun memang itu yang telah diarahkan oleh RTM kepada beliau. Kalaulah betul dia akan mengetuai BH&Utusan, kita tengoklah nanti. Yang pasti dekat nak pilihanraya nanti ayat berikut pasti akan keluar “Hanya BN mampu perintah negara” “Rakyat jangan perjudi masa depan negara” “Sejuta ahli pembangkang masuk BN”. Tak percaya? Tengoklah nanti.

Faizul bin kamaruddin  on  11/30  at  06:59 AM

Hari ini surat khabar , apa rancangan tv yang menarik?

Kang  on  11/30  at  08:24 AM

Saya setuju dengan Mbakyu bahawa ini memang langkah awal untuk BN (atau lebih tepat UMNO) menguasai media Malaysia. Kita tahu NST adalah di bawah MediaPrima yang kukunya mencengkam media cetak dan elektronik di Malaysia.

Tapi ingat, ada media lain yang lebih hebat iaitu media internet. Ini mungkin tidak mampu dikuasai oleh MediaPrima melainkan mereka berusaha untuk menguasai ISP dan Datacenter seperti Jaring, TMNet, Netmyne, Myloca.

Masih ingat lagi bagaimana Suharto ditumbangkan? Bagaimana imej Dr M dicalarkan pada hujung 90’an? Kedua-duanya kesan dari media internet.

Untuk rekod, inilah kuatnya kuasa media (dan multimedia): Revolusi Iran atas bantuan kaset, Russia dengan bantuan faks, Suharto atas bantuan media internet.

Belalang  on  11/30  at  09:57 AM

siapa pun yg jadi “Raja Media Malaysia” -

sama ada berubah pendiriannya; sama ada bertukar aliran politiknya; sama ada berubah gaya hidupnya; hatta berubah ukur lilit perutnya -

natijahnya tetap sebagai kroni/proksi dicucuk hidung demi menjaga kepentingan tuan-tuan penguasa mereka.

dan menjadi kroni/proksi bukan lagi “hip” atau “happening”.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/30  at  10:51 AM

Orang NST maklumkan, ada ura-ura hendak tutup Berita Harian dan Kosmo! sekiranya jadi bergabung NST dan UM tu. Satu akhbar berbahasa Malaysia sahaja yang ada. Rakyat Melayu tak perlu pening kepala nak beli dua akhbar BM lepas ni agaknya?

Helmy  on  11/30  at  11:16 AM

Salam.

Saya doakan agar gosip panas ini menjadi kenyataan. Dia memang lebih sesuai meneraju akbar dari dbp.

alang kelana  on  11/30  at  12:06 PM

Cerita tentang drama, tentu kita semua setuju, hidup kita ini sendiri memang pentas drama: kita semua memainkan peranan (baca: melakonkan) ada yang jadi emak, ada jadi ayah, yang jadi emak pun ada peranan jadi anak, seperti yang jadi ayah pun ada peranan jadi anak, datuk, moyang, ipar, duai…

Di Hari Kiamat nanti kita akan semua dikira pendapatan masing-masing yang mana banyak credit (baca: pahala) untunglah, yang mana banyak debit (baca: dosa) rugilah…yang sama banyak 50:50 pun ada juga…

Cuma jika “Revolusi Iran atas bantuan kaset, Russia dengan bantuan faks, Suharto atas bantuan media internet”, maka Revolusi Malaysia atas bantuan apa, ya?

rastom  on  11/30  at  12:23 PM

Tuan tuan dan puan puan,

Tidak dinafikan itu adalah bunyi anak gendang pilihanraya. Anak gendang kedua ialah kes Rufaqa’ (kan sudah lama dah? mengapa hari ini). Seperti kata Tuan Belalang, saya juga tiada rasa kagum dengan naik takhtanya Raja Media itu ,,,tak sehebat Maharaja Media Akhbar Cina Sarawak.

Tuan Alang di Malaysia saya nampak sebagai “saudara lain mak pak asing” tak dapat tidak kena guna internet juga.

Puan Ainon Mohd.  on  11/30  at  02:55 PM

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Saya harap Datok JJ (bukan Jamaluddin Jarjis) baca blog ini.

Kalau benar seperti yang dilaporkan oleh Tuan Faris itu, yakni Berita Harian dan KOSMO akan ditutup, saya meramalkan, The STAR akan menerbitkan akhbar Melayunya bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh BH, manakala akhbar Karangkraf SINAR HARIAN akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Kosmo.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/30  at  03:05 PM

Kalian bercakap tentang saya.
Saya tidak pernah tertariki untuk menjadi Raja Media Malaysia. Saya penulis, wartawan, seniman. Dan petani. Saya gembira dengan apa yang saya lakukan sekarang. Saya menyedari dunia kewartawanan yang kompleks dan saya menjadi sebahagian dari sejarah bergelora dunia kewartawanan negara. Biarlah saya menjadi pemerhati dari jauh. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Wallahualam.

alang kelana  on  11/30  at  03:49 PM

Em, selepas upacara ‘telan-menelan’ itu selesai, mungkinkah akan keluar arahan supaya akhbar yang hendak diterbitkan mestilah di dalam bahasa penjajah inggeris kerana alasan yang hampir sama dengan arahan mengajar Sains dan Matematik di dalam bahasa penjajah itu?

Terasa ngeri juga kalau perkara ini boleh berlaku, bukan?

Namun di negera “serba boleh” tiada yang mustahil…

Hehehe..

alang bidara  on  11/30  at  11:18 PM

Dan, ada kalanya sibuk, hebuh dan gempar ini sengaja ‘diada-adakan’. Bukankah di dalam masa ‘gegak-gempita’ cerita Mongolia, cerita Rufaqa’, secara diam-diam harga air dinaikkan, tol dinaikkan, kadar letrik naik…sedangkan harga minyak petrol tidak turun walaupun harga minyak di pasaran dunia menurun (bukankah masa petrol dinaikkan dulu guna alasan harga di pasaran dunia naik..)...

Sebenarnya kita tidak perlu punyai kelulusan PhD di dalam bidang Logik Yunani untuk menyedari perkara ini…ehehehe

Puan Ainon Mohd.  on  11/30  at  11:57 PM

Sdr Helmy,

Nampaknya doa sdr tidak makbul! Baca apa komen beliau di atas… Hahahaha!

Nah, sekarang, soalan cepumas kita: Kalau bukan Dato’ JJ, siapakah akan jadi Raja Media Malaysia itu?

Puan Ainon Mohd.  on  12/01  at  12:09 AM

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Baca komen Dato’ JJ. Beliau tidak menafikan gosip NST akan menelan Utusan.

Bagi kita dalam dunia buku, salah satu yang kita ramalkan adalah: Apa akan dilakukan kepada anak syarikat Utusan yang menerbitkan buku, iaitu Utusan Publications & Distributors?

Kita harap, selepas merger itu, UP&D akan diberi suntikan baru supaya ia lebih perkasa dan lebih tangkas menerbitkan buku-buku ilmu dalam Bahasa Melayu, bukan macam sekarang, ia lembat dan lembap, malah ikut terjun pula ke dalam RED OCEAN novel cinta!

rastom  on  12/01  at  12:12 AM

“Nama orangnya sama seperti saya Kil, khil, akhil….ahhhh..terlupa pula namanya,” kata Hj Bakhil. Nampak macam datok K juga.

rastom  on  12/01  at  12:38 AM

Puan SifuPTS,

Gabungan yang didasari politk dan mungkin menyelamatkan NST. Kepedulian kepada buku ilmu bahasa Melayu mungkin untuk modal retorik bila ditanya wartawan nanti sahaja. Tiada kesan apa apa untuk kebebasan akhbar sebab dua duanya nada serupa. Mungkin voltan lebih tinggi jika dua bateri digunakan dalam satu litar bersiri.

Helmy  on  12/01  at  03:13 AM

Salam.

Apa nak buat Puan Ainon…

Kalau semua doa saya makbul nanti saya jadi Raja Bomoh pula…haiii nasib badan (ikut keluhan Blalang…)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/01  at  10:15 AM

Petikan berita harian 1 disember 2006

Makin hampir saja gosip ini….

Media Prima ambil alih dua lagi syarikat iklan
Oleh Zainab Mohd Yatim


Pembelian UPD, TRC tawar pilihan produk lebih meluas

MEDIA Prima Bhd, syarikat pelaburan media bersepadu utama negara, mengumumkan cadangan pengambilalihan dua lagi syarikat media pengiklanan luar, UPD Sdn Bhd (UPD) dan The Right Channel (TRC).


Cadangan pengambilalihan itu muncul selepas pembabitannya dalam pasaran pengiklanan media pengiklanan luar menerusi cadangan pengambilalihan Big Tree Outdoor Sdn Bhd (BTO) sebelum ini.

Dalam kenyataannya semalam, Media Prima berkata, ia kini bersedia menempatkan kedudukannya sebagai peneraju penyedia penyelesaian pengiklanan luar di negara ini.

Cadangan pengambilalihan baru itu membabitkan pemilikan keseluruhan saham terbitan dan berbayar dalam UPD dan TRC.

UPD yang dimiliki Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, memiliki lebih 2,400 panel pengiklanan luar yang aktif, khususnya di lokasi utama Lembah Klang serta di seluruh negara.

Selain itu, UPD turut memegang konsesi jangka panjang bagi pengiklanan di Transit Aliran Ringan Star di Kuala Lumpur.

TRC pula, akan diambil alih syarikat bersekutu Media Prima, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP).

Syarikat itu memegang konsesi untuk kereta api ERL ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan hak mengiklan untuk pusat beli belah Alam Sentral, serta lokasi luar milik sendiri di Lebuhraya Damansara Puchong dan di bandar raya Kuala Lumpur.

Kedua-dua pengambilalihan itu akan dibuat pada nilai nominal, tetapi vendor kedua-dua syarikat berkenaan diberi jaminan bahawa pendahuluan yang dibuat sebelum ini akan dibayar balik dengan sejumlah bayaran.

“Kami percaya UPD dan TRC memiliki banyak aset strategik yang boleh dimanfaat dan menawarkan peluang agak besar untuk menjana nilai ketara pada masa depan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Media Prima, Abdul Rahman Ahmad.

Beliau berkata, dengan menggunakan BTO sebagai entiti utamanya bagi operasi pengiklanan luar, Media Prima akan mendapat peluang untuk menikmati skala ekonomi menerusi kelancaran fungsi bahagian sokongan dan operasi BTO, UPD dan TRC.

“Lebih penting lagi, kami berupaya menawarkan pilihan produk yang lebih meluas kepada pelanggan di seluruh negara, tidak kira di pusat beli-belah di sekitar bandar raya, di kereta api atau lebuh raya,” tambah beliau.

Media Prima menjangkakan untuk menjana potensi yang selari dengan strategi pemasaran secara usaha sama antara segmen pengiklanan luar dan lain-lain media dalam Kumpulan Media Prima.

Ia sekali gus akan meningkatkan produk yang ditawarkan oleh kumpulan kepada pelanggan, pembeli media dan pengiklan.

naga  on  12/01  at  02:06 PM

Sepatah kata brother Jo kepada saya (baru-baru ini), “Lama tak nampak kau? Lawa rambut!”

Saya cuma kata, “Wo!”

naga  on  12/01  at  02:07 PM

Puan,
Saya tak ada ke karisma nak terajui media Malaysia?
HA HA HA.
. .
. .
Oh! Saya lupa… jiwa saya kacau!

Puan Ainon Mohd.  on  12/01  at  10:54 PM

Sdr Naga,

Saudara ada aura menjadi Raja Media Malaysia (RMM)... tetapi sdr tidak ada political connection yang betul!

Page 1 of 2 pages  1 2 >

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.