Friday, May 30, 2008

Gosip Sastera Terbaru: DBP Menggunakan Perkhidmatan Agen Literari

Beberapa rakan penulis sibuk bercerita mereka ada menerima emel daripada seseorang yang mengaku beliau telah dilantik oleh DBP sebagai agen literari bagi mendapatkan manuskrip novel buat terbitan DBP.

Agen itu bertugas menyunting manuskrip yang ditulis sehingga keadaannya memenuhi kualiti DBP. Penulis tidak dikenakan sebarang bayaran disebabkan pihak DBP yang akan membayar perkhidmatan konsultan itu. 

Perkembangan ini amat menarik. Ia menandakan DBP sanggup mengubah cara kerjanya kerana hendak meningkatkan kualiti dan kuantiti penerbitannya.

Konsep agen literari memang diamalkan di negara seperti Amerika dan Britain, tetapi di Peranchis konsep itu tidak diamalkan.

Di Amerika dan Britain, agen literari menjadi orang tengah antara penulis dengan penerbit. Penulis langsung tidak berpeluang berkenalan dengan penerbit. Syarikat agen literari mendapat sebahagian daripada royalti yang dibayar kepada penulis.

Nota: Foto hiasan ini disalin dari web sebuah agen literari Britain

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mengekspot Sastera Malaysia ke Jakarta Previous entry: Khutbah Jumaat PTS: Tokoh Islam Sebagai Sumber Inspirasi Bukan Islam

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.