Sunday, October 21, 2007

Gosip Tentang PTS dan Menteri

Di kalangan kontraktor-kontraktor buku Bumiputera, salah satu topik hangat yang diperbualkan adalah kononnya PTS mempunyai tali kabel dengan menteri-menteri tertentu, sebabnya kata mereka Chairman dan Penasihat PTS mempunyai network yang luas di kalangan generasi 'senior'. Maka itulah sebabnya, kata mereka lagi, banyak judul PTS dipilih oleh sebuah jabatan yang mempunyai projek luar bandar. Hampir 25% judul yang dipilih adalah judul-judul PTS.

Tanpa apologi, sebagai Chairman PTS, Sifu maklumkan bahawa dasar perniagaan PTS adalah bebas-menteri, bebas-politik, dan paling utama bebas-RASUAH.

Jika judul-judul PTS dipilih, itu sudah rezeki PTS dan penulis buku-buku yang terpilih itu. Kita bersyukur kepada Tuhan yang maha pemurah. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Gosip industri
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Cerita Hari Raya: Pen Mata Kecil, Pen Mata Besar Previous entry: Surat Pilihan: Isu Hero Nasional
rastom  on  10/21  at  10:28 AM

Assalamualaikum ya ustazah,

Penegasan Puan sangat saya hargai. Malah penegasan seperti ini semakin hari semakin sukar diucapkan. Malah pihak yang kerjanya melawan rasuah pun tidak berani mengegaskan begitu, apalagi orang yang berenang renang dan para pemancing rasuah. Mudah mudahan berkekalan beristiqomah.

notakaki: Satu cerita Sherlock Holmes sudah siap. Sekejap lagi saya kirimkan.

Sifu  on  10/21  at  10:57 AM

Alaikumussalam, ya Tuanku Rastom!

PTS berniaga macam Cina. Kita terbitkan buku yang laku dijual di kedai-kedai buku.

Memang berniaga cara ini sukar, tetapi jalan ini jalan yang lurus dan bersih daripada rasuah. Kalau buku kita baik, orang beli. Kalau buku kita tidak laku, kedai pulangkan semula buku-buku kita yang tidak laku itu sebagai buku ‘return’.

Kalau kebetulan ada jabatan kerajaan membeli buku-buku PTS melalui kontraktor buku Bumiputera-cum-BNputra, itu bukan urusan PTS.

Dasar PTS adalah bebas-politik. Kita tidak pandang bulu. Semua penulis boleh menulis buat terbitan PTS, asalkan bukunya memandaikan bangsa.

Mana-mana kontraktor buku boleh membeli buku-buku PTS bagi dibekalkan kepada jabatan-jabatan kerajaan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/21  at  01:20 PM

Semoga Allah terus merahmati seluruh ahli keluarga PTS dan mengekalkan prinsip utama yang merupakan teras PTS iaitu ‘BEBAS RASUAH’ sehingga ke hari kiamat.

Sememangnya susah ingin bertemu dengan orang yang tidak berkompromi dengan rasuah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/23  at  02:23 PM

Saya tidak terkejut medengar desas desus tentang PTS, seperti Sifu katakan. Penyakit PHD dari dulu sampai sekarang, tidak hilang - hilang lagi.

Teruskan perjuangan grin

ps/ saya baru membeli dan membaca buku “Hijrah” karya DMFK & Fudzail. Bagus sekali :D

Panaharjuna  on  10/23  at  10:15 PM

Ketika buku Tegar dibeli seratus naskah tuntas dahulu, saya pun tertanya-tanya juga, biar betul!.Namun saya yakin kerana strategi pemasaran PTS Fortuna, buku itu dapat pergi sejauh itu.

Terimakasih, buat semua jentera-jentera PTS yang komited dengan tugas mereka.

Bersemangatlah pula hendak buat buku jibunsyi yang kedua berkenaan pengalaman seorang pesakit lemah jantung. Hehehehe…

Web Sutera  on  10/28  at  09:00 PM

Assalamualaikum Sifu,

Teruskan berjuang. Pemberi rezeki adalah ALLAH, bukan manusia.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: