Gosip Terbaru Tentang Novel Cinta Islami
Pada masa ini, berita-berita tentang perkembangan pasaran buku Melayu yang menggebu-gebu sedang mendorong semakin banyak pelabur individu memasuki industri bidang penerbitan buku berbahasa Melayu.
Gosip pasaran mengatakan seorang wanita cantik yang juga personaliti pendakwah TV yang terkenal sudah menubuhkan syarikat penerbitannya sendiri, dan beliau sudah pergi ke Jogjakarta bagi melesen novel-novel Islami daripada sebuah penerbit di kota ini.
Ini adalah perkembangan yang baik kerana semakin banyak novel Islami diterbitkan, semakin banyak novel Islami terpamer di kedai-kedai buku, maka akan semakin cepatlah novel Islami diberikan rak khas oleh pengurusan kedai buku.
Dengan adanya rak khas itu semakin mudah novel-novel Islami menarik perhatian para pengunjung dalam kedai buku supaya cuba membelek-belek novel-novel itu.
Pada masa ini jumlah novel Islami belum banyak, oleh itu kehadirannya dalam kedai buku tidak menyerlah, terselit-selit antara berpuluh-puluh novel popular, sehingga orang tidak perasan novel-novel Islami itu sudah ada di dalam kedai.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum Puan Sifu-san,
Memandangkan novel Islami sudah banyak ditulis orang, apa mungkin kita selikan “puisi Islami” pula di celah-celah novel kelian?
“Tukang kebun” saya ada sejumlah 124 buah puisi Islami yang ditulis dalam lima tahun kebelakangan ini. Ia belum diterbit mahu ditunjukkan kepada sesiapa.
Namun…. ya, saya faham, buku antologi puisi sukar dipasarkan.
Sekian wassalam.
salammualaikum…........
saya orang indon yang sedang berade di negri gingseng korea.saya nak tanya ,apakah bisa saya referesikan cerpen islami saya di negri malaysia?kalau bisa bagaimana harus saya nak buat?
please respon my question.
wasalam
Kedapatan orang Malaysia yang berpendapat memanggil “Indon” kepada orang Indonesia, “Bangla” kepada warga Bangladesh dan “Paki” kepada warga Pakistan adalah suatu penghinaan. Nah di sini orang Indonesia sendiri yang membahasakan diri mereka sebagai “orang Indon”.
p.s Saya juga dipanggil orang “Malay” semasa di Jepun oleh orang-orang Thai daripada Thailand
.
Post a comment