Sunday, April 20, 2008

Guru pun Meminati Novel Remaja

Novel-novel remaja terbitan PTS adalah ditargetkan kepada golongan remaja, tetapi terbukti golongan dewasa juga banyak yang menyukai novel-novel remaja PTS.

Semasa pesta buku, ada pembeli yang datang sekeluarga. Bapa, ibu dan anak-anak datang dan sama-sama memilih novel-novel remaja PTS. Apabila ditanya, si ibu bapa memberitahu mereka pun membaca novel-novel itu dan mereka suka berdiskusi dengan anak-anak berkenaan cerita-cerita yang dibaca. 

Ini adalah salinan surat seorang peminat karya Ain Maisarah:

"Saya adalah salah seorang pembaca anda yang paling tua agaknya kerana berstatus ibu, isteri dan guru.

Komen salah seorang pengulas buku di dalam akhbar tempatan mengenai Aku Mahu Popular telah membuatkan saya mencari buku tersebut di kedai buku dan juga telah menyebabkan anak saya tertangguh membeli kereta mainan Ferrari Shell V Power.

Memang betul, saya seperti tidak dapat meletakkan buku tersebut kerana ia ada unsur ala-ala buku Sweet Dreams masa saya remaja 20 tahun yang lalu. Cuma ada unsur keislaman dan tazkirah yang diselit secara halus tetapi amat berkesan.

Sekarang, saya sudah ada 2 buku ain dan berharap akan dapat membaca karya yang lain kerana dapat menyelami jiwa remaja yang kian kompleks tidak seperti zaman saya dahulu.

Tahniah dan terima kasih kerana memberi sesuatu untuk mengisi perpustakaan mini saya."

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sdri. Nadzirah Sudah Terima Laptop DELLnya! Previous entry: Penulis PhD Temberang

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: