Hadiah untuk Bakal Pengantin Baru
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum Puan Sifu,
Izinkan saya memberi sedikit komen…
Kedai saya baru terima buku ini. Sekali imbas, kulitnya amat menarik - ‘hard cover’ dengan ‘spot uv’. Tetapi teks atau isi kandungannya hanya dicetak hitam putih. Ini mungkin melunturkan minat sesetengah pembeli yang bercadang untuk menghadiahkan buku ini kepada pengantin baru.
Cadangan saya:
a) Kekalkan hard cover, warnakan teks, naikkan harga dengan kadar yang ‘berpatutan’
b) Tukar cover kepada limp cover, warnakan teks, kekalkan harga.
Jika kos warna teks terlalu tinggi, mungkin warnakan sebahagian darinya sahaja; tetapi sekurang-kurangnya ia akan memberi kelainan kepada buku tersebut.
Alternatif yang satu lagi ialah warnakan teks tetapi gunakan kertas yang lebih nipis, mungkin sekadar 80 gsm. Kertas yang digunakan sekarang lebih tebal, mungkin 100 gsm.
Sekadar pandangan..mungkin sesuai, mungkin tidak…
Saifuddin Awang
Prima MS Enterprise / Pustaka Munirah
Kemaman.
Post a comment