Apakah Hadiah Idaman yang Tuan Mahu dari PTS?
Tn. Nazrul Samsudin, ketua unit Internet Marketing PTS memaklumkan bahawa PTS akan melancarkan peraduan "Saya Mahu Hadiah PTS - Baca & Menangi" bermula Oktober - Disember 2009.
Apakah hadiah yang tuan idamkan yang bernilai RM1,500 ke bawah seandainya tuan memenangi peraduan itu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Sifu,
Sekadar pandangan.
Jika diberi pilihan, saya sukakan voucher tunai yang boleh ditukar untuk membeli buku-buku PTS mengikut kehendak hati.
Atau pakej perlancongan tempatan juga menarik.
Atau sessi makan malam bersama penulis terkenal pilihan pemenang.
Atau sessi melancong bersama penulis terkenal mengikut pilihan pemenang.
Atau menyertai program “team building” anjuran PTS bersama penulis terkenal
salam. saya mahukan tiket air asia pergi balik ke guang zhou dan penginapan untuk 3 hari dua malam. RM1500 mampu kan.
Saya mahu satu naskah untuk setiap buku PTS yang pernah terbit (terhad kepada RM1500). Kemudian saya akan buat perpustakaan mini PTS di ruang tamu…
Puan Sifu,
Saya ingin mengikuti delegasi PTS ke pesta buku Indonesia atau Bangkok atau Vietnam, kerana dengan itu dapatlah saya melihat dengan mata kepala saya sendiri perkembangan buku di luar Malaysia. Semoga selepas itu saya akan mendapat idea yang lebih banyka dan bercambah-cambah untuk menghasilkan lebih banyak judul.
Terima kasih.
...(sambung/tambahan..) .. belanja yang selebihnya saya tanggung sendiri.
Puan Sifu,
Saya bersetuju dengan saudara Syahrul. Tentu seronok membeli buku tanpa batasan .RM1500 terlalu mewah untuk orang seperti saya membeli buku
Puan Ainon,
RM1,500 boleh dalam bentuk ‘gift certificate’ untuk
a. Membeli buku di BookCafe
b. Mengikuti kursus menulis di Akademi Penulis Sdn Bhd
1. Gift certificates untuk beli buku
2. Lawatan ke mana-mana bersama delegasi PTS
3. Hi-tea/dinner bersama PTS
Salam,
Jika saya memenanginya, saya ingin membeli waktu Puan Ainon dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang selama 3 hari berturut-turut.
Semoga Puan Ainon sudi menawarkan dengan harga RM 1500 untuk 3 hari selepas diskaun.
ooo ... Saya mahu jadi Pengerusi Eksekutif PTS setakat tempoh masa yang dibenarkan dengan RM1500 tersebut. Kemudian saya akan pengerusikan mesyuarat dan membuat keputusan supaya kesemua manuskrip saya yang berjumlah hampir 10 buah itu diterbitkan dengan seberapa segera.
ha ha ha ha.
:D
Saya tak mahu kalah dengan tuan MBA…
Saya mahu jadi Duta Eksekutif PTS.
Saya akan bercakap mempromosi buku PTS di 15 ibu negeri dan bandar besar di seluruh Malaysia. Kemudian saya akan dibayar RM100 sejam X 15 jam = RM1500.
Tambang dan penginapan PTS yang taja. (5 star, business class) ..he..he..
kalau setakat baca dab menang, ikut hati nak mintak macam-macam
tapi kalau hadiah tu bernilai RM 1500, kena cari yang betul-betul bagi manfaat.
jadi saya nak pilih baucer tunai nak beli buku-buku laa.
saya mahu mini library di rumah. kalau dapat baucar tunai RM1,500.00 banyaklah buku PTS yang dapat sy beli…
Post a comment