Hak Menentukan Judul Buku
Apabila saudara menandatangani dokumen perjanjian penerbitan PTS, salah satu perkara yang saudara persetujui adalah PTS berhak menentukan apa judul buku saudara.
Ini bermakna pengarang PTS boleh mencadangkan judul bukunya, dan PTS boleh bersetuju dengan judul yang dicadangkan, tetapi apabila difikirkan perlu maka PTS berhak memilih judul lain yang dicipta oleh PTS sendiri.
Demikian juga halnya dengan judul-judul bab dalam buku saudara. PTS berhak meminda judul yang saudara cadangkan.
Apabila karya saudara dilesenkan kepada pihak ketiga, sebagai contoh ia dilesenkan kepada penerbit di Jakarta, maka penerbit Jakarta itu berhak menentukan judul karya saudara yang digunakan di negara itu. Begitulah juga sekiranya karya saudara diterbitkan semula dalam bentuk filem, drama TV, animasi dan lain-lain media.
Malah jika perlu, apabila perlu, PTS berhak menukar judul apabila buku itu diulangcetak.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam UNIKA,
Apakah penulis juga ada hak rujukan, rundingan atau perbincangan bersama PTS untuk menentukan tajuk yang diperlukan?
Kadangkala antara isi kandungan yang dimuatkan menyentuh bidang atau pengkhususan yang jatuh hanya dalam kepakaran penulis. Tajuk yang dipilih PTS kemungkinan tidak setia atau lari jauh daripada kebiasaan bidang itu.
Apa pula hak penulis menerbitkan kembali bukunya dengan penerbit lain menggunakan tajuk yang diilhamkan PTS? Adakah penulis memegang hakcipta isi dan PTS memgang hakcipta tajuk?
Salam Syawal buat semua!
Tuan Nadzrin,
Hmm…. tuan perlu hadir kursus PTS di mana semua pertanyaan tuan itu diterangkan dalam kursus.
Semua perubahan dimaklumkan kepada penulis. Malah pruf terakhir diserahkan kepada penulis supaya penulis sendiri semak dan luluskan sebelum dihantar ke percetakan (hanya PTS mengamalkan dasar seperti ini).
Penulis hanya boleh menerbitkan semula bukunya dengan penerbit lain dengan persetujuan bertulis daripada PTS.
Sudahkah tuan membaca dokumen perjanjian penerbitan PTS? Hmm… tentu belum, itu sebab bertanya…
Salam UNIKA,
Harap maaf (malu berdengung)... InsyaAllah, saya akan hadiri kursus yang akan datang? Bilakah tarikh yang paling dekat? Atau apakah perkara itu diterangkan dalam mana-mana kursus anjuran PTS (mobile content, novel hantu islami, etc)?
Salam Syawal!
Post a comment