Tuesday, March 23, 2010

Hak Moral Pengarang Tidak Dapat Dibeli oleh Penerbit

PTS berhak mengedit manuskrip yang diterbitkannya supaya sesuai dengan dasar perniagaan dan dasar editorial PTS.

Namun PTS menghendaki pengarang menyemak pruf terakhir karya mereka. Pengarang diberi tempoh 1 minggu sahaja bagi menyemaknya.

Prosedur kerja PTS iu adalah dmi menjaga hak moral semua pengarang PTS, maka itulah sebabnya pruf terakhir sentiasa diserahkan kepada pengarang, supaya disemak dan kemudian dipersetujui oleh pengarang, sebelum karya itu dicetak.

Konsep hak moral adalah konsep yang masih tidak difahami oleh majoriti pengarang dan penerbit negara ini. Bagi kebanyakan pengarang dan editor, mereka mungkin tidak pernah mendengar istilah 'hak moral'.

Sebagai pengarang, apabila seseorang itu tidak berpuas hati dengan perbuatan penerbitnya yang telah melakukan kerja-kerja editing sehingga karya yang diterbitkan itu mengalami pencacatan, atau istilahnya 'mutilasi', maka dia boleh membawa kesnya ke mahkamah berdasarkan apa yang disebut undang-undang hak moral.

Hak-hak utama dalam konsep hak moral adalah:

1. Seseorang pengarang itu berhak menerbitkan karyanya dengan 'tanpa nama' ataupun dengan menggunakan nama samaran.

2. Seseorang pengarang itu berhak mempertahankan integriti karyanya, iaitu tidak boleh mana-mana pihak lain mengubah, menukar ataupun mencacatkan karyanya, ataupun melakukan sebarang perbuatan yang menjatuhkan mutu karyanya, sehingga menjejaskan maruahnya ataupun nama baiknya. Ini bermakna jikalau penerbit hendak melakukan perubahan ke atas manuskrip, maka pengarang berhak diberitahu dan dirundingi serta persetujuan diperolehi terlebih dahulu daripada si pengarang.

3. Hak moral seseorang pengarang adalah kekal menjadi kepunyaan si pengarang meskipun hakcipta karya itu sudah dijual ataupun dipindahkan kepada pihak lain. Ini bermakna, walaupun penerbit sudah membeli hakcipta karya itu, penerbit tidak mempunyai hak moral ke atas karya tersebut. Sebelum melakukan sebarang perubahan, penerbit hendaklah mendapatkan persetujuan pengarang.

4. Hak moral pengarang dapat diwarisi oleh pewaris pengarang itu. Ini bermakna, anak-anak ataupun cucu-cicit pengarang memiliki hak moral karya ayah, ibu ataupun datuk nenek mereka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bagaimana PTS Mencipta Imej sebagai Penerbit Besar yang Tetap COOL.... Previous entry: Penulis dan Ilustrator Berkongsi Royalti

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.