Sunday, July 08, 2007

Hak Penerbitan 4 Buah Novel A Latip Talib Sekaligus Dilesen oleh Jakarta

Sudahlah dapat pelanduk, tanduknya pula emas.

Apa hendak dikatakan lagi, melainkan syukur kepada Tuhan yang maha memberi rezeki.

Maka terbukti, tidaklah benar sangkaan kononnya karya sastera Malaysia tidak dapat diekspot ke Jakarta.

Empat buah novel ini ditulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dan dengan menggunakan teknik surah Yusuf.

A Latip Talib sedang menyiapkan novel Sultan Muhammad al-Fateh, pahlawan yang mengalahkan tentera empayar Romawi bagi menawan Constantinople lalu menamakannya semula menjadi Istanbul.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(11) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Alat-bantu Menulis Cerita Babak Perang Previous entry: Mengarang Cerita, Mengarang Bahasa
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/08  at  07:45 PM

Syabas dan tahniah buat saudara Latip. Tabik spring untuk saudara.

Maka apabila saya pergi ke Bandung nanti bolehlah saya melihat buku-buku saudara berligar-ligar di sana. Selepas itu saya pasti akan terlihat buku itu dipromosikan dalam Jakarta Book Fair di JCC sekitar Jun tahun depan.

Kejayaan saudara memberikan motivasi dan harapan kepada kami untuk menulis dengan BMT.

Wassalam.

Amin! Amin!
——-

Firdaus  on  07/08  at  09:11 PM

Tahniah buat Pak Latip! Ini satu motivasi buat saya berusaha gigih untuk berkarya.

Siti Hajar  on  07/08  at  09:15 PM

Tahniah Pak Latip!

Ermm… jibunsyi Cikpuan bila akan siap? Sudah lama tidak hantar tugasan!

Abdul Latip  on  07/08  at  09:32 PM

Assalamualaikum

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT. Kejayaan ini bukan kejayaan saya seorang tetapi adalah kejayaan kita bersama.

Siti Hajar  on  07/09  at  02:25 AM

Dari Gemas ke Bukit Rokan
Melencong ke Segamat membeli durian
Kerana mengintai dara impian
Ampun Puan hamba pohonkan
Tiada hamba mahu memberi alasan
Tugasan akan segera hamba kirimkan

Nasib baik menjawab menggunakan gurindam, jika tidak, kena ketuk lagi!

mp  on  07/09  at  04:48 AM

Tahniah Pak Latif.

mp

embun  on  07/09  at  08:19 AM

Assalamualaikum wbt.,

Sekalung tahniah buat Pak Latip dan warga kerja PTS.

Alang Kelana  on  07/09  at  08:27 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Tahniah Pak Latip….

EZ  on  07/09  at  09:10 AM

Tahniah kepada Pak Latip dan warga kerja PTS. Gabungan tim kerja yang mantap. Semoga lebih banyak buku-buku Malaysia mendapat ruang di sana, insyaAllah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/09  at  12:58 PM

Tahniah Pak Latip, semoga Allah memberi lebih banyak tenaga dan ilham bagi menulis. Semoga Ilmu yang dikongsi bersama itu mampu mengubah rakyat Malaysia.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/09  at  02:00 PM

Tahniah Pak Latip.Bagi motivasi untuk saya sedikit!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: