Hak Penulis Memasuki Setor Penerbit
Seorang pensyarah universiti yang bukunya diterbitkan oleh PTS menulis surat emel yang memberitahu beliau mahukan PTS menghantar kepadanya laporan jualan bukunya tiap-tiap bulan.
Dari sudut teknikalnya, PTS memang tidak tahu jualan buku bagi mana-mana satu bulan. Buku yang keluar dari setor PTS pada bulan Jun 2007 dan dihantar ke kedai-kedai buku, belum tentu buku-buku itu dapat dijual oleh kedai buku. Jika tidak laku dalam tempoh 3 bulan, pada bulan September 2007 buku itu dipulangkan ke PTS sebagai buku "return".
Dalam dokumen perjanjian penerbitan PTS, adalah dipersetujui bahawa PTS wajib menghantar laporan jualan buku kepada pengarang setahun sekali, bukan tiap-tiap bulan.
Juga dipersetujui bahawa pengarang berhak masuk ke dalam setor PTS dan membuat pemeriksaan mengejut bagi mendapatkan gambaran sebenar kedudukan stok bukunya dalam setor itu. Ini dibenarkan apabila pengarang berasa pihak PTS tidak memberikan laporan yang tepat, yakni PTS menipu pengarang.
Apabila saudara hendak membuat pemeriksaan mengejut itu, datanglah ke pejabat pengurus pemasaran dan maklumkan baik-baik kepada beliau bahawa saudara hendak melihat baki stok buku saudara yang ada dalam setor. Beliau akan menghormati hasrat saudara itu kerana ia termaktub dalam perjanjian penerbitan. Beliau akan membawa saudara masuk setor dan menunjukkan di mana stok buku saudara disimpan.
Bagi penerbit seperti ALAF21 dan Creative (CESB) yang menjual buku-buku mereka berdasarkan "firm order", mereka tidak mengalami apa yang berlaku di PTS. Semua pengedar dan kedai buku membeli buku-buku Alaf21 dan CESB secara tunai. Laku ataupun tidak laku, itu adalah risiko yang mereka tanggung sendiri. Justeru, dalam sistem Alaf21 dan CESB, tidak ada istilah buku "return".
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Siapalah pensyarah bertuah itu. Kalu mau laporan jualan buku tiap2 bulan, terbitlah sendiri.
Saudara Faizul….
Tidak bolehkan mengautomasikan keadaan? Lainlah kalau laporan tahunan dihasilkan secara manual.
Post a comment