Hakcipta: Apakah Unsur-unsur yang Dilindungi dalam Teks Bertulis
Dalam surat aduan Tuan jOnOs, beliau meminta penjelasan berkenaan apa unsur-unsur yang dilindungi dalam sesebuah teks yang ditulis. Barangkali banyak penulis lain juga memerlukan maklumat ini.
Pertama-tama, apa-apa sahaja ayat yang saudara tulis, secara automatik dilindungi, ertinya orang lain tidak diizinkan menyalin ayat saudara itu.
Sebarang ayat yang saudara tulis dalam tesis akademik, dalam tugasan sekolah, dalam surat-surat peribadi, dalam emel, dalam blog, dalam diari, dalam catatan mesyuarat, dalam SMS, dalam senikata lagu, dalam puisi, dalam lukisan, pada T-shirt, pada kad undangan, pada skrip ucapan, pada kain rentang, pada iklan, pada tin dan bungkusan produk, pada poster, pada brosur, pada skrin TV, waima yang ditulis pada batang pokok, pada tembok... semuanya dilindungi.
Berikut adalah unsur-unsur dalam teks yang dilindungi oleh undang-undang:
1. Walaupun saudara hanya menuliskan 1 potong ayat, maka ayat itu tetap dilindungi.
Kalau saudara menulis sebuah novel, orang tidak boleh menyalin walaupun cuma 1 potong ayat saudara. Kalau saudara menulis puisi, orang tidak boleh menyalin walaupun hanya satu baris puisi saudara.
2. Susunan perkataan-perkataan dalam ayat adalah dilindungi.
3. Susunan idea-idea dalam ayat adalah dilindungi.
4. Susunan ayat-ayat dalam perenggan adalah dilindungi.
5. Susunan perenggan-perenggan dalam bab adalah dilindungi.
6. Susunan bab-bab dalam buku adalah dilindungi.
Dalam kes Tuan jOnOs, jika terdapat 1 potong ayat yang sama dalam artikel Mohd. Khuzairi Ismail dengan entri dalam blog Tuan jOnOs, itu adalah bukti bahawa Mohd. Khuzairi Ismail mencuri harta intelek Tuan jOnOs.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Ayat pertama (tajuk) pun sudah dicuri.
(Nampaknya Puan Nisah Haron boleh tawarkan kursus hakcipta untuk kakitangan Utusan!)
Mohon agar perkembangan isu ini dikemaskini dari masa ke semasa. Sebarang jalan penyelesaian berkaitan isu ini boleh dibentangkan agar pada masa depan, si penulis yang menerima nasib yang sama tahu ke mana aduan boleh disalurkan dan bagaimana untuk ‘membalas’ kejahatan yang telah dibuat oleh si pencuri. “Membalas’ dalam erti kata supaya orang lain tidak berani membuat benda keji ini lagi.
Juga mohon untuk mengetahui apa penamat untuk isu ini sebagai pengajaran kerana pastinya jOnos bukan orang yang terakhir menjadi mangsa.
Saya berdoa agar si pencuri menerima balasan yang amat sakit.
Terima kasih dengan penerangan ini. Amat berguna. Buat sahabat-sahabat yang mengikuti semoga kita sama-sama dapat mempelajarinya ilmu sebegini.
Post a comment