Tuesday, February 27, 2007

Hakcipta Bahan Internet

Apabila kita memeriksa buku-buku terbitan tempatan, kita dapat lihat banyak ilustrasi yang digunakan pada kulit buku-buku itu adalah diambil daripada internet. Amalan ini amat berleluasa di kalangan penerbit kecil dan penerbit buku-buku agama.

Semua bahan yang disiarkan dalam internet adalah dilindungi hakciptanya. Kita tidak boleh menggunakan bahan-bahan itu tanpa mendapatkan izin bertulis daripada tuan punya hakcipta bahan-bahan itu.

Malah kita tidak boleh meng-copy bahan-bahan itu dan menampalkannya pada blog kita sendiri. Perbuatan itu adalah salah kerana ia melanggar hakcipta.

Ramai penulis menghantar manuskrip dengan disertakan ilustrasi yang mereka ambil dari internet. Jika penerbit menggunakan bahan-bahan ilustrasi itu dalam buku yang diterbitkan, perbuatan itu adalah salah.

Penerbit hendaklah menggunakan ilustrasi yang diusahakannya sendiri bagi semua buku yang diterbitkannya, baik dengan cara menyewa, mengupah, membeli ataupun menggunakan kepandaian stafnya yang digaji.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Komik & Ilustrasi
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: 'harus' dan 'wajib' Previous entry: Keluhan Penerbit Drama TV Tentang Sikap Pemegang Hakcipta Novel
Fable Fox  on  02/28  at  10:10 AM

Kecuali imej public domain dan creative common wink dan juga imej yang dibenarkan oleh pemiliknya seperti NASA, dan lain-lain.

* Sebagai contoh oleh kerana NASA beroperasi di atas duit kerajaan (rakyat) maka hasil kerjanya juga milik rakyat.

Kebanyakan imej milik sektor kerajaan USA dijadikan public domain.
——-

Fable Fox  on  02/28  at  10:18 AM

Dan juga imej yang dibenarkan khusus. Buku Game Maker saya menggunakan imej oleh Ari Feldman dengan menyertakan kredit. Ari Feldman amat terkenal kerana imejnya digunakan oleh banyak pihak, termasuk contoh permainan Game Editor.

Fable Fox  on  02/28  at  10:29 AM

Selain imej, musik juga ada yang public domain. Lagu rakyat USA adalah public domain. Tema syarikat saya, Fable Fox Athem (heh…heh…heh…) berasaskan lagu rakyat Green Sleeve.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.