Monday, January 29, 2007

Hakcipta Cerita

Apabila saudara menulis buku cerita ataupun novel, saudara memiliki hakcipta setiap ayat dalam buku itu. Ertinya orang lain tidak boleh mencuri walaupun sepotong ayat daripada buku saudara itu.

Saudara juga memiliki hakcipta sebagai pencipta cerita dalam buku itu.

Justeru orang lain tidak boleh mengambil cerita dalam buku itu lalu menerbitkannya sebagai drama TV, filem, siri animasi, komik dan lain-lain tapa izin bertulis daripada saudara.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sendi 'pada' dan Kata Waktu Previous entry: Ejaan Perkataan 'hari'
Fable Fox  on  01/29  at  01:10 PM

Itu undang-undang. Tetapi pelaksanaannya di Malaysia pula macam mana. Pengarah popular pun tiru cerita luar, susahlah.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/29  at  01:13 PM

Assalamualaikum Puan Sifu,

Ingin saya bertanya di dalam dunia cyber apakah wujud terma-terma dan undang-undang yang melindungi hak cipta penulisan, apabila setiap ruang dikebali oleh komuniti yang mengatur tadbir menyelia kawal dan meluas sebar sesuatu idea tanpa terlebih dahulu memperlihatkan polisi dasar yang membuktikan telus untuk membangunkan fikiran matang secara rasional yang tidak bersusur arah mengaut keuntungan tetapi lebih mengarah luas pendedahan minat bakat yang mengaktifkan konsep kendiri individu?

Apakah keadaan yang serupa dihadapi oleh dasar sistem telekomunikasi yang memantau demi menyeragam memadukan konsep dan nilai agar sejajar dengan sistem yang ingin diwarwarkan?

Bagaimana pula andai terwujud penggabungan yang melibatkan lebih dari dua medan ekoran dari ketiadaan modul yang mencirikan pendekatan Islami di alam cyber, dapatkah ia diterima sebagai fenomena kelemahan muslim yang gemar meruntuh berbanding membina lantaran kehilangan kedaulatan insan?

Di Konikuniya saya sempat membalik-belik beberapa buku yang sempat ditatap awal tengah dan akhir helaiannya…
Cuma buku Ujana Ilmu tidak dapat ditemui.
Roh bahasa kurang bermaya bila ilmu hanya dapat dihadami oleh para akademikus sahaja…terima kasih atas kewibawaan PTS mengungguli bahasa melayu untuk menjadi medan tafsiran hafalan juga tazkirah ilmu…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/29  at  08:13 PM

Puan Sifu,

Bagaimana kesnya drama ‘Harlina’ arahan Erma Fatimah yang didakwa plagiat dari novel ‘Harlina’. 8 tahun kes di mahkamah tidak sehingga penulisnya kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah…

Puan Ainon Mohd.  on  01/29  at  08:20 PM

Sdr Faizal,

Drama itu “HARTINI” karya Aziz Afkar. Ada maklumat mengatakan kes itu diselesaikan di luar mahkamah. Hakcipta novel itu adalah dimiliki oleh penerbit CESB, bukan oleh pengarangnya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/29  at  08:25 PM

Maaf Puan Sifu,

Tersalah bukan ‘Harlina’ tetapi ‘Hartini’. Begitulah Puan Sifu nasib penulis yang tidak tahu hak mereka. Saya muskil juga kerana Erma Fatimah adalah saty nama besar dalam industri.

rastom  on  01/29  at  09:34 PM

Sdr Faizal Riduan,

Nama besar akan jadi kecil bila terbongkar rahsia plagiarisme. Dengan teknologi , semakin banyak rahsia orang bernama besar terbongkar. Terkini (kes sedang dalam proses)ada wartawan dikaitkan dengan plagiarisme. Kadang kadang, nama itu dibesar besarkan oleh media. Ingatan saya kembali kepada insiden Puan Sifu ditawarkan anugerah itu dan ini dengan syarat beliau keluarkan RM$Ribu.

Saya sukar menerima gelaran yang dibesarkan secara palsu oleh media kerana media massa kita juga jenis profesor kangkong. Yang tidak besar pada pandangan saya tetapi dibesar besarkan termasuklah Erma Fatimah, Jins Samsudin, Yusof Haslam sekadar menyebut beberapa nama. Menonton filem filem mereka langsung tidak memberi sesuatu pengalaman baru (lebih kurang semacam “pengalaman linguistik” yang Puan Sifu sebutkan. Watak dan plot lemah selemahnya.

Fable Fox  on  01/29  at  11:35 PM

Quote “Ingatan saya kembali kepada insiden Puan Sifu ditawarkan
anugerah itu dan ini dengan syarat beliau keluarkan RM$Ribu.”

inilah yg dikatakan brainwashng. kuasa media memang kuat. gelaran dicipta entah apa-apa. alah… macam ‘diva’ dalam industri hiburan. tengok tuan pemiliknya, entah apa-apa.

Apa nama kumpulan penyanyi lelaki kita yg popular kat jepun tu? Media tidak besar-besarkan orang macam ini pula. Balik-balik konsert Siti di Albert Hall yg majoriti penontoh adalah melayu. (dengar khabar)(dan ada gosip mengenai tiket percuma…)

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: