Hakcipta Cerita dalam Sinopsis
Katakanlah saudara menuliskan sinopsis kisah hidup saudara lalu saudara serahkan kepada seorang pengarang.
Kemudian pengarang itu menuliskan sebuah novel jibunsyi berdasarkan sinopsis yang saudara tulis.
Disebabkan saudara sudah MENULISKAN cerita hidup saudara, baik di atas kertas mahupun dalam komputer, maka hakcipta ke atas cerita itu adalah pada saudara.
Sinopsis yang saudara tulis itu adalah karya saudara dan undang-undang hakcipta melindungi karya itu. Orang lain tidak boleh menuliskan cerita lengkap berdasarkan sinopsis yang saudara tulis itu tanpa mendapatkan izin bertulis daripada saudara.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam sebarang filem dan drama yang dihasilkan apabila kita melihat ‘credit title’ di awal atau hujung cerita kita selalu temui perkataan ini, Konsep Cerita atau Cerita Asal. Panggilan untuk kedua-dua ini boleh dikira sebagai sinopsis cerita.
——-
Sinopsis boleh dijual kepada penerbit drama. Harganya boleh tahan dan mereka akan kembangkan jadi skrip oleh panel skrip penerbit…
Ya, saya fikir ‘treatment’ untuk sesebuah skrip juga termasuk dalam kategori sinopsis yang lengkap, malah kalau menurut pandangan saya, sesuatu ‘treatment’ karya itu sudah boleh dianggap sebagai satu hasil kerja skrip juga, cuma barangkali yang tiada adalah dialognya.
Ramai penerbit yang meminta penulis menyediakan ‘treatment’ sebelum pergi kepada skrip penuh. Nasihat saya supaya berhati-hatilah.
Sdr Panaharjuna,
Petik: Ramai penerbit yang meminta penulis menyediakan ‘treatment’ sebelum pergi kepada skrip penuh. Nasihat saya supaya berhati-hatilah.
Bolehkah kita tahu apa yang mendorong saudara menulis begitu? Tentu ada pelajaran bagi kita semua.
Saya tidak akan pernah menjual sinopsis yang saya tulis.
Post a comment