Hakcipta dan Harta Sepencarian
Adakah saudara pernah berkahwin dengan pengarang buku? Adakah buku pengarang itu laku dalam pasaran? Adakah buku itu ditulis semasa saudara masih berkahwin dengan pengarang itu.
Jika ya, saudara boleh menuntut sebahagian daripada royalti buku pengarang itu di bawah hak harta sepencarian, walaupun saudara tidak menulis walau sepatah perkataan dalam buku itu.
Caranya adalah dengan menggunakan khidmat peguam.
Tetapi hati-hati... jangan-jangan selepas selesai perbicaraan, yuran peguam itu lebih mahal daripada nilai royalti buku itu, dan saudara terpaksa pula mengeluarkan wang sendiri bagi melunaskan hutang kepada peguam....
Nota: Undang-undang harta sepencarian ini adalah undang-undang yang diangkat daripada adat Minangkabau, bukan sebahagian daripada undang-undang syariah.
.
.
Jika ya, saudara boleh menuntut sebahagian daripada royalti buku pengarang itu di bawah hak harta sepencarian, walaupun saudara tidak menulis walau sepatah perkataan dalam buku itu.
Caranya adalah dengan menggunakan khidmat peguam.
Tetapi hati-hati... jangan-jangan selepas selesai perbicaraan, yuran peguam itu lebih mahal daripada nilai royalti buku itu, dan saudara terpaksa pula mengeluarkan wang sendiri bagi melunaskan hutang kepada peguam....
Nota: Undang-undang harta sepencarian ini adalah undang-undang yang diangkat daripada adat Minangkabau, bukan sebahagian daripada undang-undang syariah.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum wbt.
Sifu, memang benar isteri atau suami si pengarang boleh menuntut harta sepencarian. Jika isteri yang menuntut, sebenarnya beliau memberikan sumbangan secara tidak langsung dalam pembikinan penulisan si suami tadi. Mungkin tolong buat kopi, jaga anak supaya tidak mengganggu, memberikan galakan dan sebagainya.
Alhamdulillah..
Cikpuan yang comel lote… apabila kita menuntut, paling banyak yang kita dapat adalah sebanyak yang kita tuntut. Apabila kita tidak menuntut, kita mungkin diberi jauh lebih banyak lagi…
Tambahan…
Isu buatkan kopi untuk suami yang sedang berkarya ini terasa ada yang tidak kena pada cara kita menilai fitrah hubungan perkahwinan. Bagi secawan kopi yang dibuat oleh si isteri, bukankah sebagai balasannya, si isteri sudah menikmati pelbagai ganjaran yang diterima daripada suaminya selama perkahwinannya dengan pengarang itu.
Ambil kes apabila si isteri itu yang menjadi pengarang. Suaminya berhak menuntut separuh royalti daripada buku-buku yang ditulis oleh si isteri atas alasan dia pernah meminjamkan laptopnya kepada isterinya. Bukankah si isteri telah membayar budi si suami dengan pelbagai ganjaran….
Ini yang saya pening…
——-
Puan SifuPTS,
Mohon mencelah. Adat
Minagkabau yang Puan maksudkan itu adakah adat Perpatih? Pernah saya temui satu kajian dulu yang mengatakan Adat tersebut punyai talian rapat juga dengan syariah. Kata adat itu pun konsepsinya bukan adat seperti yang umum fahami. Maka bila dikatakan “Biar mati anak, jangan mati adat”, itu konsepsi asalnya ialah, “Biar mati anak, jangan mati agama.”
Tersebutlah suatu kisah di mana anak seorang bangsawan ketika itu didapati melakukan jenayah seksual maka hukuman mati dijatuhi mengikut lunas Islam. Maka tersemburlah kata-kata “biar mati anak itu”. Ada banyak lagi cogan kata Minang yang meletakkan agama (adat) diatas segalanya.
Bacaan saya sepanjang yang saya ingat ialah sumber rujukan Adat Perpatih dalam pembahagian harta berbeda dari kaedah Shafie kerana di zaman gemilang Minangkabau, fiqh Shafie masih belum begitu meluas, ahhh, zaman dulu…...jangan lupa kisah konflik ahlul fiqh /tasauf sampai kepada membakar bakar kitab…walaahua’lam!
Tuan Rastom, perawi-perawi yang merawikan hadith Perpatih itu ada missing link!
Hidup bersendikan
Adat bersendikan hukum
Hukum bersendikan kitab
“Biar mati anak, jangan mati adat”
Dulu-dulu adat itulah hukum. Adat itulah undang-undang. Walau anak siapa yang buat salah, tiada kompromi. Nabi Muhammad pun pernah kata, “Walau Fatimah mencuri tetap kena potong tanga” - Hadith Sahih ini Sifu.
Akan tetapi macam mana saya mahu kaitkan dengan kes harta sepencarian ini! Pening kepala.
Saya pun pening, Tuan Riduan!
Puan
Apabila saya menulis, isteri saya akan buatkan saya air milo panas dan sediakan biskut ‘low salt hi-fibre’. Manakala anak saya akan tolong picitkan bahu saya ataupun menemani saya sehingga dia tertidur di tepi komputer.
Jadi, adakah kedua-dua mereka pun boleh menuntut bahagian mereka?...
Sdr Abu Marwan,
Harta sepencarian hanya boleh dituntut oleh pihak suami ataupun isteri. Anak-anak tidak boleh menuntut harta sepencarian ibu bapa mereka.
Pada tahun 2003, saya pernah menulis entri blog tentang “biar mati anak, jangan mati adat”. ini linknya:
klik sini
Sekian, terima kasih.
Salam Puan Sifu & semua yang lain.
Teruja saya untuk mencelah sedikit.
Menurut penghakiman Raja Azlan Shah bagi kes dahuluan Roberts v Umi Kalthum (1966) antara lain, apabila telah jelas sesuatu harta itu diperoleh semasa perkahwinan secara usaha ataupun sumber bersama, maka wujudlah andaian (presumption) ia harta sepencarian.
Andaian ini boleh dipertikai, melalui bukti/keterangan yang harta itu diperoleh secara usaha dan sumber seorang sahaja (sama ada oleh suami, atau oleh isteri).
Apabila si pengarang lelaki meninggal dunia, isu tuntutan harta sepencarian tidak begitu rumit.
Namun bila si pengarang seorang wanita (isteri), adakah si suami boleh menuntut harta sepencarian dengan mudah,
kerana antara lain, si suami adalah “pemberi nafkah” dalam keluarga (surah An-Nisa kalau tidak silap), dan status wanita Islam yang berkahwin ialah status peribadinya kekal - iaitu hartanya, upah/gajinya dan seumpama kekal miliknya sendiri.
Tidakkah ini bererti, apabila dia meninggal dunia, harta peninggalannya tadi menjadi pusaka (sama ada melalui wasiat ataupun pembahagian faraid), dan si suami tidak menuntutnya sebagai harta sepencarian?
<strong>
Tuan Belalang,
Inilah yang saya pening berkenaan konsep ‘harta sepencarian’ ini, yang secara sejarawi adalah suatu konsep ciptaan minda manusia biasa. Masakan Quran ataupun Nabi Muhammad ‘terlupa’ bab ‘harta sepencarian’ ini, kerana konsep ini tidak ada dalam Quran ataupun Sunnah. Allah lebih mengetahui undang-undang pembahagian harta yang bagaimana yang paling baik bagi suami isteri. Kalau tidak ada konsep ‘harta sepencarian’ dalam Islam, tentulah keadaan itu baik bagi umat Islam.
assalammualaikum..
saya ingin kepastian,apabila seseorang lelaki yang berasal bukan dari negeri sembilan dan berkahwin ngan wanita yang berasal dari negeri sembilan yang kuat dengan adat…ketika berlaku penceraian,si isteri berhak menggunakan adat negeri nyer untuk menuntut semua harta sepencarian dengan suami nyer selama mereka berkahwin…maknanya si suami tidak berhak dan tidak akan mendapat walau sesen pon dari harta sepencarian tersebut…
soalan saya..benarkah semua itu?
Post a comment