Monday, September 18, 2006

Hakcipta dan Kontrak Kerja

Apabila saudara bekerja dengan kerajaan ataupun syarikat, apa yang saudara tulis ataupun lukis dalam rangka menjalankan tugas-tugas rasmi saudara itu, hakciptanya dimiliki oleh majikan saudara kerana dalam kontrak kerja saudara itu sudah dipersetujui bahawa saudara dibayar gaji bagi melakukannya.

Katakanlah saudara seorang pelukis yang bekerja dengan sebuah penerbit majalah komik. Dalam kontrak kerja saudara itu sudah disebutkan bahawa saudara dikehendaki menghasilkan lukisan komik bagi majikan saudara.

Lazimnya, pelukis komik di negara ini tidak tahu bahawa mereka boleh berunding dengan bakal majikan mereka tentang hakcipta karya yang mereka hasilkan dalam rangka kontrak kerja mereka. Akibatnya selepas dua ataupun tiga tahun bekerja mereka mula berasa tidak puas hati dengan terma-terma kontrak kerja mereka lalu meletakkan jawatan.

Salah satu isu yang menimbulkan perasaan tidak puas hati mereka adalah di mana semua hakcipta hasil lukisan mereka menjadi milik majikan selama-lamanya. Ini menyebabkan mereka berasa diperah dan dieksploitasi oleh majikan.

Sebenarnya semua orang berhak berunding tentang terma-terma dalam kontrak kerja mereka. Para pelukis komik boleh merundingkan perkara-perkara berikut:

Sebagai contoh:

1. Pelukis setuju dia tidak menerima sebarang royalti apabila komik itu dicetak kali pertama bagi terbitan bulan berkenaan sahaja. Ini kerana majikan sudah membayar gaji dan imbuhan-imbuhan lain kepada pelukis.

2. Apabila komik itu diterbitkan semula dalam apa juga edisi, maka majikan hendaklah membayar royalti kepada pelukis. Jumlah royalti itu boleh dirundingkan, lazimnya jumlah itu lebih rendah daripada kadar pasaran. Terma ini dapat menghiburkan hati pelukis dan mengurangkan perasaan tidak puas hati.

3. Selepas 10 tahun, hakcipta komik-komik itu diserahkan semula kepada pelukis. Jika majikan hendak menerbitkan semula, maka pelukis boleh melesenkan hakciptanya kepada majikan itu dengan terma-terma yang dipersetujui bersama.

4. Apabila syarikat itu berdepan dengan masalah bangkerap ataupun akan dijual kepada pihak lain, majikan bersetuju menyerahkan semula semua hakcipta hasil karya pelukis.

Salah satu masalah yang dihadapi oleh penerbit komik adalah pelukis yang meletakkan jawatan selepas beberapa tahun bekerja. Keadaan ini merugikan kedua-dua belah pihak, baik majikan mahupun pelukis.

Dengan merundingkan terma-terma kontrak kerja berdasarkan prinsip SAMA-SAMA UNTUNG, diharapkan isu pelukis meletakkan jawatan dapat diatasi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Undang-undang & Harta Intelek
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Lesen Hakcipta: Pandangan Peguam Nisah Haron Previous entry: Hakcipta: Apa yang Diwaqafkan?
pezul  on  09/18  at  06:44 AM

ya win win situation… bantu membantu sama sama untung… kan senang….
——-

pezul  on  09/18  at  11:53 AM

ada satu majalah komik, sesiapa yang hantar karya, secara automatiknya karya itu menjadi hak milik penerbit dan tidak boleh di ulang cetak tanpa kebenaran penerbit. saya rasa macam zalim sangatlah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/19  at  11:11 PM

Memang betul tu pezul. Tapi kalau kita dah tahu tapi masih nak hantar jugak… semata-mata kerana nak dapat bayaran cepat, kita sebenarnya yang zalim…. pada diri dan karya kita sendiri.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/20  at  10:37 AM

abistu kau pernah ke berdepan dengan penerbit nih? setakat cakar ayam takpe la, takpun karangan spm, dia nak terbit pun kira nasib baik. len laa ko dah power, lukis org lidi pun org beli. walk the talk man, n know ur place before talk…

Ainon Mohd.  on  09/20  at  11:31 PM

Sdr Akira,
Baca sejarah hidup pelukis2 agung dunia, semasa mula melukis, karya mereka semua dianggap tidak ada kualiti, lalu dijual dan dibeli pada harga amat murah, tetapi kemudian terbukti menjagi karya yang bernilai taraf dunia. Siapa untung? Pembeli! Jangan anggap remeh isu hakcipta.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/27  at  01:30 AM

Saya sokong pendapat Puan Ainon dan saya sudah berpengalaman melaluinya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.