Wednesday, April 14, 2010

Hakcipta Ilustrasi Buku Kanak-kanak dan Remaja

Banyak buku terpaksa diterbitkan dengan menggunakan banyak ilustrasi. Sebagai contoh, buku-buku untuk bacaan kanak-kanak dan remaja awal terpaksa menggunakan banyak lukisan. Lebih cantik lukisan itu, lebih laku jualan buku itu.

Adakah tuan dan puan berminat menjadi ilustrator buku kanak-kanak dan remaja awal?

Ada dua cara tuan dapat menjadi ilustrator buku.

(i) Buka blog rasmi tuan di mana dalam blog itu tuan pamerkan contoh-contoh karya tuan yang terbaik. Syarat ini adalah wajib dalam zaman internet sekarang.

(ii) Tulis surat dan hantarkan contoh-contoh karya lukisan tuan kepada penerbit-penerbit buku. Mereka mungkin berminat menggunakan perkhidmatan tuan bagi menyediakan ilustrasi buku-buku mereka.

Hakcipta bagi semua ilustrasi yang tuan lukis itu adalah hak kepunyaan tuan. Jika mahu, tuan boleh menjual hakcipta itu kepada penerbit. Jikalau tuan menjualkannya, tuan akan dibayar sekali sahaja.

Tuan boleh juga tidak menjualkan hakcipta lukisan itu. Dengan demikian tuan berkongsi royalti dengan penulis buku. Sebagai ilustrator buku, undang-undang harta intelektual negara kita tetap melindungi hakcipta karya tuan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Jawatan Kosong Editor Agama di PTS Islamika Sdn. Bhd. Previous entry: Pelajar Tahun 2 Sudah Dapat Membaca Siri "Penyiasat Ekstrovert" Terbitan PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/28  at  04:39 PM

Salam, Saya berminat mengikuti Taklimat Penulisan Genre Sastera Pahlawan. Di sini saya sertakan no H/P saya: 0173896403 dan alamat email: .(JavaScript must be enabled to view this email address)
Sekian, Terima kasih

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: