Hakcipta: Isu Tempoh Izin Penerbitan
Apabila saudara menandatangani dokumen perjanjian penerbitan dengan penerbit saudara, baca betul-betul, ada ataupun tidak disebutkan dengan tepat dan jelas tempoh kuatkuasa perjanjian itu?
Apabila dokumen perjanjian penerbitan yang telah saudara tandatangani itu tidak menyebut dengan tepat tempoh kuatkuasa perjanjian itu, saudara masih mempunyai harapan menyelamatkan hakcipta karya-karya saudara itu daripada terlepas buat selama-lamanya kepada penerbit saudara.
Menurut Peguam Nisah Haron (dan beliau sudah mendapatkan pandangan peguam-peguam lain berkenaan perkara ini), sesuatu dokumen kontrak yang tidak menyebut tempoh kuatkuasa perjanjian itu adalah BATAL, yakni tidak sah, di sisi undang-undang.
Justeru saudara boleh menerbitkan semula karya saudara itu ataupun menyerahkannya kepada mana-mana penerbit lain.
Para penerbit yang sekian lama menindas penulis-penulisnya tentu tidak suka dengan maklumat ini.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

“Para penerbit yang sekian lama menindas penulis-penulisnya tentu tidak suka dengan maklumat ini.” mungkinkah sama dengan “pencuri yang tidak suka dengan hukuman potong tangan bagi pencuri”?
——-
Post a comment