Friday, December 28, 2007

Hakcipta Kamus Umum

Menyusun dan menerbitkan kamus adalah salah satu projek yang amat menguntungkan. Itulah sebabnya kita dapat lihat terdapat banyak kamus dalam pasaran yang diterbitkan oleh nama-nama syarikat yang tidak pernah kita dengar.

Penerbit-penerbit itu mengupah entah siapa-siapa sahaja supaya menyusun kamus buat mereka terbitkan. Ada yang diupah RM1 ribu, ada yag diupah RM2 ribu, ada yang diupah RM5 ribu, berdasarkan saiz kamus yang disusun itu.

Jika saudara hendak menyusun ataupun menerbitkan kamus, eloklah saudara faham isu-isu hakcipta yang melibatkan kamus.

Pada masa ini, aktiviti mencuri hakcipta kamus adalah sangat aktif. Orang yang tidak tahu menahu tentang ilmu menyusun kamus pun terlibat dalam bisnes ini. Apa yang mereka lakukan adalah membeli kamus-kamus yang ada, dan salin sahaja apa yang ada dalam kamus-kamus itu.

Dua kamus yang paling teruk dirompak adalah "Kamus Dewan" dan "Kamus Dwibahasa Inggeris-Melayu" DBP.

Apakah aspek dalam sesebuah kamus yang dilindungi hakciptanya?

(1) Perkataan yang dijadikan entri kamus tidak dilindungi oleh undang-undang hakcipta.

(2) Struktur sususan seluruh entri dalam sesebuah kamus adalah dilindungi.

(3) Definisi makna setiap entri adalah dilindungi.

(4) Contoh-contoh ayat konteks makna adalah dilindungi. 

(5) Struktur susunan definisi-definisi bagi setiap entri adalah dilindungi.

(6) Ilustrasi yang digunakan adalah dilindungi. 

Individu yang terlibat mencuri hakcipta kamus-kamus ternama dalam pasaran adalah mereka yang kesempitan duit. Itu sebab mereka sanggup mengambil upah merompak!

Perompak sebenar adalah penerbit. Merekalah yang mengaut keuntungan. Mereka makan daging. Seperti biasa, perompak upahan cuma makan tulang. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Kamus
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Ini Dipesan 1092 Naskhah oleh PNM Previous entry: Bahan Bagus Tentang Apa Patut Dilakukan Apabila Karya Saudara Diciplak

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.