Sunday, May 20, 2007

Hakcipta Karya Buruk

Bagi orang awam yang tidak faham undang-undang hakcipta, mereka menyangka undang-undang hakcipta hanya melindungi hasil tulisan yang sudah diterbitkan oleh penerbit profesional.

Undang-undang hakcipta melindungi SEMUA hasil tulisan saudara. Karya yang penerbit tidak mahu, karya yang tidak laku, karya yang mengandungi unsur lucah, karya cabul, karya ajaran sesat sekalipun, adalah dilindungi.

Undang-undang hakcipta adalah untuk semua orang. Hasil tulisan kanak-kanak sekalipun adalah dilindungi.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Menjalin Hubungan Profesional dengan Penerbit Melalui Emel Previous entry: Siapa Setuju dengan Rayuan Ini?
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/21  at  12:10 AM

Puan,

Bagaimana pula jika menjadikan semua buku bestseller PTS sebagai bahan rujukan untuk tulis buku baru? Saya ada rancangan seperti itu.

Pada buku berkenaan akan disebutkan dari mana sumber rujukan tersebut, sebagai contoh: rujukan buku ini daripada petua 55 orang berjaya, dll…. (semua buku terbitan PTS yang saya beli).

Harap penjelasan lanjut dengan segera.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)

Sdr Alexious, silah datang ke kursus PTS! Saya pun ingin berkenalan dengan saudara, sebab saudara selalu baca UNIKA dan tulis komen. Saudara berminat menulis buku jenis apa?
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/21  at  09:44 AM

Saya di Kota Kinabalu, puan. Gaji di sektor awam sebagai kerani, untuk beli tiket KK-KLIA, saya perlu tunggu beberapa bulan untuk kumpul.

Saya kagum dengan buku Penyiasat Ekstovert disiri-sirikan, mungkin idea yang boleh ditiru.

Rekod Malaysia yang dibuat Ahadiat Akhasah dalam penulisan novel buatkan saya ingin jadi seperti dia. Itu cerita 1996.

Zaman selepas itu, Norhayati Berahim pula. Dan sekarang ada Ramli Awang Murshid, ada Faisal Tehrani. Saya minat dengan duit yang mereka terima.

Buat masa ini, bidang penulisan yang saya mahu menulis ialah dalam bidang di atas. Kalaulah saya boleh buat rekod macam J.K. Rowling ataupun Stephen Cover…

Razzi Almansur pula laju menulis buku-bukunya dan di pasaran mesti bestseller.

Kisah saya ini sudah boleh buat buku puan…

Saya perlu ada ilmu KJ Method dan penulisan teknik surah Yusof. Rasanya artikel2 lepas sudah sedikit membantu tetapi kalau saya minta buku saya diterbitkan, saya wajib ikut kelas PTS. Harap2 satu hari nanti, saya akan sampai ke sana, ataupun buat arahan untuk En. Fauzul buat akademi 3 hari di KK.

Lama dulu saya pernah mencadangkan dalam email kursus penulisan PTS dibuat di Kota Kinabalu istimewa untuk saya/kami di sini. Jawapan yang saya terima, PTS belum ada rancangan untuk buat di luar Lembah Kelang.

Sdr Alexious, bolehkah saudara dan kawan-kawan memohon Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah mengendalikan kursus penulisan di Kota Kinabalu, dan undang wakil PTS ke sana? Bolehlah DBP masukkan nama saya dalam senarai pembimbingnya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/22  at  12:30 AM

Cadangan yang baik!

Dua bulan lepas DBP buat kursus untuk penulisan cerpen.
Saya tidak pergi sebab bertindih dengan jadual sendiri & anggap DBP akan ajar teknik versi 1 sahaja.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.