Wednesday, June 20, 2007

Hakcipta Pencipta Siri

Inilah siri pertama buku Melayu yang berjaya menggunakan 2 konsep yang berbeza, iaitu 'pencipta siri' dan 'penulis siri'.

Sejarah siri ini begini:

Langkah pertama Sifu menawarkan kepada Fred Suriya, seorang gadis Perancis, supaya dia mencipta jalan cerita siri Adam ini dan dituliskan dalam bahasa Inggeris, sebab Fred tidak pandai menulis dalam Bahasa Melayu.

Kemudian Sifu memperkenalkan Fred kepada Ashadi Zain yang mepunyai bakat menulis buku kanak-kanak.

Fred dan Ashadi bersetuju berkongsi hakcipta siri ADAM yang mereka berdua hasilkan.

Kemudian PTS memanggil pertemuan dan mengajak penulis-penulis lain menulis siri ADAM. Puan Zalisa adalah antara penulis yang hadir dalam pertemuan itu.

Inilah buku pertama siri ADAM yang tidak ditulis oleh Fred dan Ashadi. Ia ditulis oleh Puan Zalisa, seorang ustazah tadika.

Semua urusan pembahagian royalti antara Fred, Ashadi dan Puan Zalisa dicadangkan oleh pihak PTS kepada mereka, dengan mengambil contoh amalan penerbit-penerbit antarabangsa.

Siri ADAM ini adalah siri PTS ONE yang paling ngetop di pasaran. Sudah ada 2 buah syarikat animasi berminat menganimasikan siri ini. Juga sudah ada syarikat yang mahu melesenkan siri ini untuk pasaran Vietnam.

Bagi saudara yang berminat menjadi penulis siri ini, hubungi Puan Nor Hazizam, Pengurus PTS ONE.

Kejayaan projek siri ADAM ini akan meyakinkan penulis-penulis lain mengikut jejak Fred dan Ashadi.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Royalti
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mencipta Watak Jahat dalam Novel Fantasi Previous entry: Datang Julai, 20 Judul PTS ONE Mesti Diulangcetak Serentak
faizul  on  06/20  at  09:45 AM

Wah tahniah untuk kak Zalisa.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/20  at  10:01 AM

Siri Adam Kecil ini mempunyai aura olahan ayat dan gaya penceritaan seperti siri Harry Potter.  Ianya menarik untuk dibaca oleh berbagai peringkat umur.

Bukan setakat anak-anak saudara saya sahaja yang suka siri ini, saya pun suka. 

Tahniah kepada semua yang terlibat.  Harapan saya semoga siri ini dapat mengatasi siri animasi Crayon Shin Chan.

faizul  on  06/20  at  11:08 AM

Saya juga setuju. Apabila saya membacanya, saya tertarik dengan watak Adam dan juga rakan-rakannya. Berada di dalam dunia mereka memang menghiburkan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/20  at  01:35 PM

Tahniah buat Pn. Zalisa,
Harap terus produktif menghasilkan karya-karya yang ‘ngetop’!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: